Viva hitam ingkar arahan berhenti, lima notis dikeluarkan

KOTA KINABALU: Lima notis dikeluarkan terhadap sebuah Perodua Viva hitam selepas pemandunya didakwa ingkar arahan berhenti ketika cuba diperiksa anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Tuaran, hari ini. Kesalahan dikesan membabitkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL), gagal berhenti serta memandu secara melulu dan membahayakan. JPJ […]
Loke tawar diri letak jawatan Menteri Pengangkutan

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, sebagai respons parti itu terhadap isu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang diberi pengampunan bersyarat untuk jalani baki hukuman secara tahanan di rumah. Beliau berkata surat peletakan jawatan itu akan dihantar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim […]
RM4.065 bilion nilai 83 projek BALB, hanya RM143 juta dibelanja tahun ini – Azrul

KOTA KINABALU: Peruntukan besar RM4.065 bilion untuk 83 projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) yang diluluskan di Sabah pada tahun ini tidak menggambarkan jumlah sebenar peruntukan semasa yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada negeri ini. Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri, Datuk Azrul Ibrahim, mendedahkan daripada jumlah besar itu, hanya RM143 juta dibelanjakan untuk melaksanakan projek BALB […]
Kunci tambahan elak motosikal ‘lesap’

KOTA KINABALU: Pemilik motosikal digalakkan menggunakan kunci tambahan sebagai langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko kenderaan mereka dicuri. Kesedaran itu diterapkan menerusi Kempen Kunci Tambahan, Keselamatan Terjamin dan Bersama Mencegah Jenayah Kecurian Motosikal di perkarangan utama One Borneo Hypermall, hari ini. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Shahrudin Mat Husain berkata, penggunaan kunci tambahan mampu […]
Kem badminton Malaysia berdepan laluan sukar di Aichi-Nagoya 2026

Oleh Muhammad Afiff Md Adnan NAGOYA: Skuad badminton Malaysia berdepan laluan yang mencabar dalam acara berpasukan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 bagi pasukan lelaki dan wanita yang akan memulakan aksi bermula esok. Menerusi undian dikeluarkan hari ini, skuad lelaki akan memulakan kempen menentang Mongolia pada pusingan pertama Isnin depan, yang akan berlangsung di Ichinomiya City Municipal […]
Prabowo sambut baik tawaran bantuan Malaysia tangani kebakaran hutan

Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil JAKARTA: Presiden Indonesia Prabowo Subianto menyambut baik tawaran Malaysia untuk membantu menangani kebakaran hutan di negara itu, termasuk menerusi sokongan aset dan kepakaran. Beliau berkata tawaran berkenaan melibatkan sebuah pesawat, tiga helikopter serta pasukan pemadam kebakaran. Prabowo berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad […]
Polis bantuan rakan strategik, jadi mata dan telinga PDRM

KUALA LUMPUR: Anggota polis bantuan merupakan rakan strategik utama yang bertindak sebagai mata serta telinga bagi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memelihara keselamatan dan ketenteraman awam. Timbalan Pengarah (Operasi Pencegahan/Koordinasi Sumber Sokongan) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata peranan itu amat penting bagi menyalurkan […]
Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB yang sedang berjalan – SPRM

KAJANG: Status kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak kekal tidak berubah walaupun bekas perdana menteri itu diberikan pengampunan bersyarat, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abd Halim Aman. Abd Halim berkata setiap kes perlu dikendalikan secara berasingan mengikut isu dan siasatan yang terlibat. “Bagi pihak […]
Duit tabung masjid pun ‘disapu’

TAWAU: Tidak cukup mencuri harta orang, wang tabung masjid berjumlah kira-kira RM350 turut menjadi sasaran seorang lelaki di Ladang Kapilit, Batu 8, Kalabakan, Khamis lalu. Perbuatan itu terbongkar selepas mandor ladang yang juga ahli jawatankuasa masjid menyedari wang berkenaan hilang dipercayai dilarikan individu yang memasuki masjid tidak berkunci. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Rosdi […]
Cagar ‘kad kereta’ untuk pinjaman, lelaki warga asing ditahan

TAWAU: Seorang lelaki dipercayai mencagarkan dokumen kereta milik abang iparnya untuk mendapatkan pinjaman wang sebelum ditahan polis di hadapan sebuah stesen minyak di Bombalai, semalam. Suspek warga asing berusia 35 tahun itu turut disyaki membawa kereta berkenaan ke Tawau tanpa kebenaran pemiliknya serta mengugut mahu membakar kenderaan terbabit. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Rosdi […]