Tendang belakang, ketuk kepala isteri dengan hulu parang

TAWAU: Seorang wanita mengalami lebam dan kecederaan pada beberapa bahagian badan selepas dipercayai ditendang serta diketuk di kepala menggunakan hulu parang oleh suaminya. Kejadian dipercayai berlaku susulan perselisihan faham pasangan berkenaan di sebuah rumah di Kampung Muhibbah Raya, di sini, pada 11 September lalu. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Rosdi Mat Jusoh berkata, suspek […]
Masuk rumah mahu baiki telefon, lelaki ditahan kes rogol

TAWAU: Alasan mahu membantu membaiki telefon bimbit menyebabkan seorang lelaki dibenarkan masuk ke kediaman jirannya sebelum dipercayai merogol wanita berusia 19 tahun di Kampung Titingan, di sini, Selasa lalu. Suspek yang bekerja sebagai tukang gunting rambut itu ditahan di kediamannya kira-kira jam 10 malam, Khamis lalu, susulan laporan dibuat mangsa. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten […]
Lari masuk bakau, tinggal 850 liter petrol

SEMPORNA: Individu dipercayai terbabit dalam penyelewengan petrol bertindak melarikan diri ke kawasan bakau dan meninggalkan dua bot bersama 850 liter bahan api itu dalam dua operasi berasingan, semalam. Kedua-dua rampasan tanpa ‘tuan’ di perairan Kampung Halo dan Kampung Tobok Tobok itu kemudiannya diserahkan Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos […]
Masiung kepada PAS – jangan campur urusan politik Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU: Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Masiung Banah mengingatkan pemimpin PAS di Semenanjung supaya tidak mencampuri urusan politik Sabah dan Sarawak berikutan persetujuan kerajaan Persekutuan berhubung penambahan nisbah kerusi Parlimen di kedua-dua wilayah itu. Beliau berkata, kenyataan Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari pada Isnin lalu yang menyebut ‘jangan jatuh […]
Hormati keputusan pengampunan, tumpu kestabilan politik – Mustapha

KOTA KINABALU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud menggesa semua pihak menghormati keputusan Lembaga Pengampunan Persekutuan dan menumpukan kestabilan politik dengan meneruskan dokongan kepada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau yang juga Ketua PKR negeri, berkata perkara itu perlu diberikan tumpuan dalam usaha meneruskan agenda reformasi dan pemulihan […]
‘Port’ depan rumah terbongkar, dua lelaki dicekup

PENAMPANG: Tindakan seorang lelaki warga asing menjadikan kawasan hadapan sebuah rumah sebagai lokasi menyimpan dadah terbongkar selepas dia dicekup polis, petang semalam. Penahanannya membawa kepada rampasan 20 paket plastik berisi ketulan kristal disyaki syabu seberat 56.91 gram, manakala seorang lagi lelaki turut ditahan dalam operasi berasingan, tengah malam tadi. Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy […]
Ular sawa 50 kilogram jadi ‘tetamu’ di beranda rumah

PUTATAN: Sebuah keluarga di Kampung Lembising, di sini, dikejutkan dengan kemunculan ‘tetamu tidak diundang’ apabila seekor ular sawa seberat kira-kira 50 kilogram ditemukan di luar beranda rumah mereka, petang tadi. Kehadiran reptilia sepanjang kira-kira 4.3 meter itu memaksa penghuni mendapatkan bantuan bomba sebelum ia berjaya ditangkap menggunakan penjerut. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan, […]
Belanjawan 2027: Sabah harap inisiatif premis tamu desa diteruskan – Ewon

SANDAKAN: Kerajaan Persekutuan diharap dapat meneruskan peruntukan bagi inisiatif premis tamu desa pada Belanjawan 2027 sebagai usaha memperkasakan aktiviti ekonomi luar bandar. Timbalan Ketua Menteri III Sabah Datuk Ewon Benedick berkata inisiatif itu wajar diteruskan, memandangkan aktiviti tamu di kampung begitu sinonim dengan negeri ini. “Sabah mempunyai sekitar 3,000 kampung yang ada pentadbiran Jawatankuasa Kemajuan […]
Pengampunan bersyarat Najib: DAP bincang pendirian, tindakan parti esok – Loke

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan diadakan esok bagi membincang dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan parti itu berhubung pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata DAP menghormati kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan serta menjunjung prinsip Raja […]
Najib masih berhadapan pelbagai kes walaupun jalani tahanan rumah

KUALA LUMPUR: Keputusan membenarkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan di rumah, tidak menamatkan kes jenayah dan sivil lain yang sedang dihadapinya. Aturan tahanan di rumah itu, merujuk kepada hukuman penjara enam tahun dalam kes SRC International Sdn Bhd yang melibatkan penyelewengan dana berjumlah RM42 juta. […]