Penunggang motosikal maut bertembung lori

TAWAU: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori rigid di Jalan Timur, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa berusia 43 tahun yang bekerja sebagai kelindan lori mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kaki. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten […]

Tenaga kerja Sabah Electricity ditegah ambil butiran peribadi pengguna

KOTA KINABALU: Sabah Electricity menegaskan tidak pernah mengarahkan mana-mana anggota kerjanya untuk berkunjung ke rumah pengguna bagi mendapatkan maklumat atau butiran peribadi tanpa urusan rasmi yang dimaklumkan terlebih dahulu. Menerusi satu kenyataan pada Selasa, syarikat utiliti itu berkata penegasan berkenaan dibuat susulan terdapat kemungkinan pihak tidak bertanggungjawab menyamar sebagai anggota kerja Sabah Electricity dan berkunjung […]

Syabu lebih RM550,000 dirampas, suspek terjun laut

SEMPORNA: Dadah disyaki syabu seberat 11.06 kilogram (kg) bernilai lebih RM550,000 dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah dalam operasi di perairan Kampung Terusan Hujung, Pulau Bum Bum, di sini, awal pagi semalam. Rampasan dadah itu dibuat selepas pasukan operasi PPM Wilayah 4 Sabah mengesan sebuah bot laju dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 1.45 […]

KTI Group, UMS meterai kerjasama sedia penginapan luar kampus

KOTA KINABALU: KTI Group menerusi K.T.I Development Sdn Bhd memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi menyediakan pilihan penginapan luar kampus kepada pelajar, kakitangan Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) dan warga bersekutu universiti itu. Kerjasama berkenaan turut membabitkan penyediaan penginapan untuk pelajar pertukaran antarabangsa serta pelajar sedia ada UMS. Menerusi MoA itu, […]

‘Blok Borneo Warisan caturan terdesak cari talian hayat’ – Aksyah

KOTA KINABALU: Hasrat Parti Warisan (Warisan) membentuk Blok Borneo menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) disifatkan sebagai manipulasi politik dan caturan terdesak untuk mencari talian hayat ketika kedudukan parti itu dikatakan semakin mengecil. Aktivis politik, Aksyah Nasrah, berkata cadangan berkenaan, termasuk usaha mengadakan rundingan awal dengan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Kesejahteraan Demokratik […]

Polis siasat video tular individu dipukul di Kota Belud

KOTA BELUD: Polis membuka kertas siasatan berhubung rakaman video dan beberapa gambar tular di media sosial yang memaparkan kejadian pergaduhan sehingga menyebabkan seorang individu cedera di daerah ini. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5.30 petang, Sabtu lalu, dan polis kini sedang mengenal pasti individu yang terbabit serta mendapatkan keterangan saksi. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota […]

Sabah, Sarawak ‘kingmaker’ tentukan Kerajaan Persekutuan, siapa jadi PM – Ewon

PENAMPANG: Sabah dan Sarawak mempunyai peranan penting dalam menentukan pembentukan Kerajaan Persekutuan termasuk siapa yang akan menjadi Perdana Menteri. Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick, berkata kedudukan Sabah dan Sarawak perlu dilihat dalam konteks yang lebih besar kerana kewujudan Persekutuan Malaysia tidak dapat dipisahkan daripada kedua-dua wilayah itu. “Saya melihatnya dalam konteks […]

Isu bekalan air, elektrik boleh diselesai segera melalui projek kecil – KM

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mahu isu berkait kepentingan rakyat, khususnya bekalan air, elektrik, jalan raya, banjir dan sistem saliran, diselesai segera melalui pelaksanaan projek kecil. Beliau berkata, sebahagian isu yang dibangkitkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu perlu diselesaikan segera supaya impaknya dapat dirasai rakyat tanpa menunggu pelaksanaan projek berskala […]

2026 titik mula era baharu politik Sabah – Ewon

PENAMPANG: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick mahu 2026 menjadi titik mula kepada era baharu politik Sabah yang berteraskan kerjasama, perpaduan dan kepentingan masa depan negeri serta rakyat. Beliau berkata, penyertaan UPKO dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membuka ruang kepada parti itu untuk bersama-sama memperkukuh kesatuan politik Sabah serta memberi tumpuan kepada […]

Aksi pra musim bina kombinasi pemain Sang Badak

KOTA KINABALU: Aksi pra musim bersama kelab dari luar dijadikan sandaran Sabah FC untuk membina keserasian dan kombinasi pemain bagi menghadapi musim baharu Liga Super 2026/2027. Pengurus Sabah FC, Muhd Arziz Afizy Rumsani, berkata Sabah FC beraksi dalam tiga perlawanan persahabatan dengan kelab luar sebelum melangkah ke perlawanan pertama Liga Super pada 23 Ogos ini, […]