Yusof Apdal ‘berteka-teki’ sebelum membuat kenyataan berkaitan pampasan projek Pan Borneo

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Apdal menimbulkan spekulasi apabila memuat naik hantaran di Facebook mengenai satu kenyataan yang akan dibuatnya pada Selasa. Hantaran berkenaan menimbulkan teka-teki, selain ditafsir sebagai sesuatu yang ‘besar’ bakal diumumkan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu, khususnya berkaitan politik. “Malam ini, ada sesuatu yang penting […]
Jangan ulang kesilapan Tabung Haji dalam GLC Sabah – Shafie

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mahu kerajaan negeri mengambil iktibar daripada isu Tabung Haji dan mengelak amalan berhutang untuk membayar hutang dalam menguruskan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Ketua Pembangkang DUN Sabah itu, berkata penstrukturan kewangan tidak seharusnya sekadar memindahkan hutang daripada satu entiti kerajaan kepada entiti lain sehingga punca masalah […]
PPM patahkan cubaan seludup 5,000 liter petrol subsidi ke negara jiran

PITAS: Cubaan menyeludup kira-kira 5,000 liter petrol bersubsidi ke negara jiran berjaya dipatahkan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah dalam serbuan di tepi sungai Kampung Mapan-Mapan, di sini, tengah malam tadi. Dalam serbuan kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, tiga lelaki berusia antara 36 hingga 39 tahun ditahan ketika dipercayai sedang memindahkan tong berisi […]
Jadikan laporan RCI panduan tambah baik Tabung Haji – Matbali

KOTA KINABALU: Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan Lembaga Tabung Haji perlu dijadikan panduan ke arah penambahbaikan institusi berkenaan. Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah, sehubungan itu berharap semua rekomendasi laporan berkenaan dilaksanakan bagi memastikan apa yang berlaku sebelum ini tidak berulang lagi. Beliau turut mengucapkan syabas kepada kerajaan kerana membawa laporan berkenaan untuk […]
Tangani segera isu tambang penerbangan Sabah-Semenanjung

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan digesa mengambil tindakan segera bagi menangani harga tiket penerbangan Sabah-Semenanjung yang tinggi dan membebankan rakyat. Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS), Hendri Hamsah, berkata ia termasuk mengkaji semula struktur tambang dan mempertimbangkan mekanisme had siling harga bagi laluan strategik. Katanya, kerajaan juga perlu memperkenalkan mekanisme penetapan harga yang lebih telus […]
SPRM lumpuh sindiket import ayam sejuk beku, pegawai pelabuhan disyaki dirasuah

KOTA KINABALU: Kegiatan sindiket membawa masuk ayam sejuk beku secara tidak sah ke Sabah terbongkar selepas 10 kontena dipercayai diimport dari China disita dalam operasi khas, pagi tadi. Operasi dikenali sebagai ‘Op Chick’ itu turut membawa kepada penahanan tiga lelaki berusia lingkungan 30-an hingga 50-an yang dipercayai berperanan sebagai ejen penghantaran dan pengurus syarikat. Menurut […]
Pinda akta pastikan syor RCI dilaksana sepenuhnya – Madius

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu meminda Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 bagi memastikan setiap syor yang dikemukakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dilaksanakan sehingga masalah yang menjadi asas kepada sesuatu siasatan benar-benar diselesaikan. Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, berkata ketika ini cabaran negara bukan lagi sekadar mencari kebenaran melalui RCI, sebaliknya memastikan penemuan dan […]
Polis tahan tiga lelaki kes curi motosikal

PENAMPANG: Kegiatan tiga sekawan yang disyaki terbabit dalam kes kecurian motosikal di sekitar daerah ini berakhir apabila mereka diberkas polis dalam satu operasi, semalam. Ketiga-tiga suspek warga tempatan berusia antara 17 hingga 25 tahun itu ditahan sepasukan polis, selain sebuah motosikal serta anak kunci motosikal yang dipercayai mempunyai kaitan dengan hasil curian turut dirampas. Ketua […]
KM pastikan Tuaran terus membangun dan maju

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengulangi komitmennya untuk memastikan empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Tuaran menerima limpahan pembangunan sama seperti kawasan lain di Sabah. Beliau berkata, sebagai Ketua Menteri dari Tuaran, menjadi tanggungjawabnya untuk membangunkan bukan saja kawasan yang diwakilinya di DUN Sulaman, malah memastikan DUN Pantai Dalit, […]
115 pencari kerja, graduan hadiri Karnival Lindung Kerjaya MYFutureJobs di UMS

KOTA KINABALU: Seramai 115 pencari kerja, termasuk graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) menghadiri Karnival Lindung Kerjaya MYFutureJobs x UMS 2026 yang diadakan di kampus universiti itu, di sini, baru-baru ini. Karnival anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Sabah dengan kerjasama Pusat Pembangunan Kerjaya dan Keusahawanan Pelajar (CEDeC) UMS itu turut dihadiri Timbalan Pengarah PERKESO Negeri […]