Tiga lelaki dicekup, peralatan pecah rumah dirampas

TAWAU: Tiga lelaki berusia antara 17 hingga 38 tahun ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes pecah rumah membabitkan kerugian kira-kira RM20,000 di Kampung Tanjung Batu Tengah, di sini. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Rosdi Mat Jusoh berkata, semua suspek ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dalam operasi di Lorong Jurangan […]
Gempa bumi lemah dikesan berhampiran Sandakan

SANDAKAN: Gempa bumi lemah bermagnitud 3.7 dikesan di Borneo pada jam 10.30 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, gempa berkenaan berlaku pada koordinat 6.6 darjah utara dan 118.3 darjah timur dengan kedalaman 392 kilometer. Menurutnya, lokasi gempa terletak kira-kira 88 kilometer di utara Sandakan dan 354 kilometer di selatan Palawan, Filipina. Bagaimanapun, MetMalaysia mengesahkan […]
Landasan KKIA dibuka semula selepas pemeriksaan keselamatan

KOTA KINABALU: Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dibuka semula pada jam 11 malam ini selepas kerja pembaikan dan pemeriksaan keselamatan selesai dilaksanakan. Malaysia Airports menerusi hantaran di Facebook malam ini memaklumkan, operasi landasan disambung semula selepas pemeriksaan keselamatan terakhir mengesahkan ia selamat digunakan. “Penumpang yang melakukan perjalanan dari dan ke lapangan terbang dinasihatkan […]
Landasan KKIA masih ditutup, 20 penerbangan terjejas

KOTA KINABALU: Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) masih ditutup sementara bagi membolehkan kerja penting diselesaikan dengan selamat. Malaysia Airports dalam kenyataan hari ini memaklumkan, hujan berterusan menjejaskan kemajuan kerja di landasan berkenaan. Menurutnya, penutupan sementara itu menyebabkan 20 penerbangan terjejas hari ini. “Kami sedang bekerjasama rapat dengan syarikat penerbangan bagi menguruskan kesan terhadap […]
Pekerja binaan warga asing maut terjatuh dari tingkat 20

PENAMPANG: Seorang pekerja binaan warga asing berusia 20 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 20 sebuah bangunan yang dalam pembinaan di Jalan Bundusan, di sini, pagi tadi. Kejadian jam 10.40 pagi itu berlaku ketika mangsa lelaki sedang menjalankan kerja pembinaan di aras berkenaan sebelum terjatuh ke tingkat bawah. Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy […]
Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam, pamer ratusan koleksi bersejarah

KOTA KINABALU: Orang ramai kini berpeluang menelusuri sejarah kepolisan Sabah sejak era penjajahan hingga zaman moden menerusi pembukaan Galeri Polis Sabah, bermula hari ini. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, galeri itu menempatkan ratusan koleksi bersejarah termasuk kelengkapan, gambar dan aset logistik yang pernah digunakan pasukan polis. Katanya, antara bahan dipamerkan ialah mesin taip, […]
Polis Sabah terima 13 laporan isu ucapan Ketua UMNO Sepang

KOTA KINABALU: Polis Sabah menerima 13 laporan berhubung ucapan Ketua UMNO Bahagian Sepang, Datuk Noorazli Said yang didakwa menyentuh sensitiviti agama. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, semua laporan diterima sehingga tengah hari tadi daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk pemimpin setempat. Katanya, laporan berkenaan dirujuk kepada laporan awal yang dibuat di Ibu Pejabat Polis […]
Penunggang motosikal maut bertembung lori

KUNAK: Seorang lelaki berusia 50 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 6, Jalan Kunak-Lahad Datu, di sini, hari ini. Kemalangan kira-kira jam 11 pagi itu berlaku ketika lori Mitsubishi Rigid dipandu lelaki berusia 20-an dalam perjalanan dari Lahad Datu menuju ke Kunak. Ketua Polis Daerah Kunak, Superintendan Rejali Angong berkata, […]
Dua jambatan baharu bernilai RM23.3 juta siap di Kadamaian

KOTA BELUD: Dua projek jambatan konkrit bernilai keseluruhan RM23.3 juta di Kampung Kaung dan Melangkap dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian, di sini, kini siap sepenuhnya. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ewon Benedick, berkata, kemudahan itu memudahkan perhubungan, selain membantu merancakkan kegiatan ekonomi penduduk di kawasan itu. Beliau berkata, jambatan konkrit Kampung Kaung sepanjang 100 […]
Landasan KKIA ditutup sementara

KOTA KINABALU: Malaysia Airports mengeluarkan nota penutupan sementara landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) bagi melaksanakan kerja pembaikan. Nota itu dikeluarkan menerusi Facebook Malaysia Airports pada kira-kira jam 2 petang tadi, namun tidak dijelaskan bila penutupan itu bermula dan berapa lama ia dilaksanakan. Pihak berkuasa lapangan terbang itu hanya memaklumkan pembukaan semula landasan […]