Percikan air lopak cetus pergaduhan dua lelaki

BELURAN: Gara-gara terkena percikan air lopak, seorang lelaki Pakistan dan lelaki tempatan terbabit dalam pergaduhan di Kampung Kubambangan, Paitan, malam tadi. Kejadian kira-kira jam 8 malam itu berlaku selepas kenderaan dipandu lelaki tempatan berkenaan melalui lopak di tepi jalan hingga menyebabkan air terpercik mengenai lelaki Pakistan yang sedang berjalan kaki. Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan […]
17 syarikat ayam Thailand diaudit pastikan produk dihantar ke Sabah halal, selamat

KOTA KINABALU: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Sabah sedang melaksanakan audit terhadap 17 syarikat dan kilang ternakan ayam di Thailand bagi memastikan pematuhan terhadap pensijilan halal, keterjaminan makanan yang bersih dan selamat serta semua prosedur ditetapkan. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri, Datuk Jamawi Jaafar, berkata beliau berkesempatan mengikuti proses audit yang dilaksanakan DVS di […]
Wujudkan Skim Rebat Elektrik bersasar untuk golongan berpendapatan rendah – Masiung

KOTA KINABALU: Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Sabah, mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan Skim Rebat Elektrik secara bersasar bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah berikutan kenaikan tarif elektrik ketika ini. Pengerusinya, Datuk Masiung Banah, berkata rebat itu wajar diberikan secara bersasar selari dengan kejayaan pelaksanaan BUDI Diesel yang terbukti berkesan. “Kita berharap cadangan ini dapatditerjemahkan menjelang mesyuarat […]
BUDI Diesel: Pastikan rakyat akar umbi terima manfaat – Mustapha

KOTA KINABALU: Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta agensi berkaitan digesa bekerjasama dengan struktur kepimipinan akar umbi bagi menyebar maklumat dan membantu rakyat mendapatkan manfaat BUDI Diesel. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud, berkata langkah itu sejajar penambahbaikan dilakukan terhadap program BUDI […]
Isuzu lancar empat model baharu GIGA Euro 5, tingkat kecekapan pengangkutan

KUALA LUMPUR: Isuzu Malaysia Sdn Bhd (IMSB) memperluaskan rangkaian trak tugas berat GIGA menerusi pelancaran empat model baharu penggerak utama (prime mover) berstandard Euro 5, yang menawarkan prestasi tinggi, kecekapan bahan api dan pelepasan lebih bersih. Pelancaran pada 14 September lalu itu membabitkan model EK5 410T (MT), EK5 410T (AMT), EW5 410 (MT) dan EW5 […]
Sorok senjata tajam di pinggang, warga asing ditahan

TAWAU: Perselisihan faham dua lelaki di hadapan sebuah pasar raya membawa kepada penemuan senjata tajam yang disembunyikan di pinggang seorang warga asing di Jalan Dunlop, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Rosdi Mat Jusoh berkata, suspek berusia 30-an itu ditahan anggota Rondaan BIT Balai Polis Tawau kira-kira jam 1.30 petang. Katanya, anggota […]
PPM, SPRM bongkar penyeludupan rokok RM4.89 juta

SANDAKAN: Cubaan menyeludup 3.55 juta batang rokok tidak bercukai dari negara jiran tumpas dalam dua serbuan di Sungai Seguntur, di sini, membabitkan rampasan keseluruhan bernilai RM4.89 juta. Operasi Bersepadu Khas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu turut membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 45 tahun. Komander PPM […]
Hari Malaysia: Hajiji ajak rakyat Malaysia terus pelihara keamanan

KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengajak rakyat Malaysia untuk terus menjaga keamanan dan menjadikan Hari Malaysia sebagai titik tolak untuk bekerja lebih kuat agar kemajuan dan kemakmuran akan terus dikecapi bersama. Katanya, di Sabah, semangat perpaduan dan saling menghormati antara kaum terus diberikeutamaan sejajar amalan rakyatnya yang tidak menjadikan perbezaan tradisi dan budaya […]
Jalan Silam terputus hampir dua jam akibat air sungai melimpah

LAHAD DATU: Ribuan pengguna laluan Lahad Datu – Tawau, di sini, terkandas apabila Jalan Silam tidak dapat dilalui hampir dua jam akibat limpahan air sungai susulan hujan lebat, petang tadi. Kejadian menyebabkan kenderaan dari kedua – dua arah terpaksa berhenti, manakala sebahagian pengguna jalan raya dilaporkan terkandas sehingga hampir jam 6 petang. Tinjauan di lokasi […]
Lesap RM12,400 terpedaya projek generator tidak wujud

LABUAN: Seorang individu kerugian RM12,400 selepas terpedaya dengan tawaran projek pembekalan generator set yang tidak wujud daripada individu menyamar sebagai kakitangan Jabatan Bekalan Air Labuan. Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, mangsa menerima tawaran pembekalan berkenaan melalui panggilan telefon. Menurut kenyataan itu, suspek turut mengemukakan surat pesanan tempatan (LPO) dan […]