Permohonan pengampunan Najib ditangguh, Agong perkenan bebaskan 65 banduan – BHEUU

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan supaya permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dibawa ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak. Perkara itu dinyatakan menerusi satu kenyataan dikeluarkan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri, selepas Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya […]
PKR perlu kukuhkan pentadbiran persekutuan, negeri – Anwar

KOTA KINABALU: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu perlu terus memperkukuh pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan negeri bagi memastikan dasar yang dilaksanakan memberi manfaat nyata kepada rakyat. Beliau berkata parti itu juga mesti bergerak dengan kekuatan seluruh anggota, merapatkan saf dan merangkul sokongan semua lapisan masyarakat agar PKR kekal dekat […]
PM bincang isu MA63 bersama Abang Johari, Hajiji

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pagi ini bagi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63). Mesyuarat itu turut dihadiri Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor. Anwar tiba pada kira-kira jam 8.30 […]
Pendaki Croatia selamat dibawa turun selepas lima hari

RANAU: Selepas lima hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang mencabar, pendaki warga Croatia yang terjatuh di Gunung Kinabalu akhirnya selamat dibawa turun ke Pintu Timpohon, malam tadi. Mangsa, Mauro Persic, 46, tiba di Pintu Timpohon pada jam 7.06 malam sebelum diberikan rawatan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) […]
Lapan ditahan, minuman keras dan lori RM785,000 dirampas

BEAUFORT: Sindiket penyeludupan minuman keras tidak bercukai yang menggunakan alur sungai muara dan kawasan tepi pantai sekitar Menumbok serta Kuala Penyu untuk mengelak dikesan pihak berkuasa akhirnya tumpas. Dalam operasi khas hasil risikan itu, polis menahan lapan individu selain merampas 650 karton minuman keras pelbagai jenis dan tiga lori dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM785,263.50. Ketua […]
Inkues: Pemeriksa dokumen kekal kesimpulan catatan jurnal ditulis Zara Qairina

KOTA KINABALU: Pemeriksa dokumen dari Jabatan Kimia Malaysia hari ini kekal dengan kesimpulan bahawa catatan tulisan tangan pada beberapa halaman jurnal bertanda W2 dan W3, yang dipercayai milik Zara Qairina Mahathir, ditulis oleh remaja berkenaan. Nurul Atiqah Mohd Noh, yang dipanggil semula memberi keterangan, berkata kesimpulan itu tidak berubah selepas beliau menjalankan pemeriksaan kali pertama […]
AADK cadang ujian urin juruterbang, kru penerbangan sebulan sekali

BACHOK: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mencadangkan ujian urin secara rambang terhadap juruterbang dan kru penerbangan dilaksanakan sekurang-kurangnya sebulan sekali, sebagai langkah memperkukuh usaha pencegahan penyalahgunaan dadah dalam sektor penerbangan. Ketua Pengarah AADK Datuk Ruslin Jusoh berkata cadangan itu akan dibincangkan menerusi kerjasama lebih erat antara AADK dan Malaysia Aviation Group (MAG), termasuk melalui memorandum persefahaman […]
Empat usahawan tempatan terima bantuan RM1.16 juta

KOTA KINABALU: Empat perusahaan tempatan yang beroperasi di Inanam dan Penampang menerima bantuan mesin dan peralatan bernilai RM1,167,640 atau RM1.16 juta daripada Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR). Empat perusahaan itu ialah Sri Mas Foods Industries Sdn Bhd di Inanam, C&S Tasty Bakery Sdn Bhd, Rich Maju Holdings dan Dir Rich Global […]
Seludup diesel terbongkar, rampasan lebih RM2 juta

SANDAKAN: Kegiatan disyaki menyeleweng minyak diesel bersubsidi di sebuah jeti, di sini, terbongkar dengan keseluruhan rampasan kapal kargo, lori tangki, diesel dan peralatan bernilai lebih RM2 juta, petang semalam. Dalam operasi jam 3.55 petang itu, dua lelaki berusia 25 dan 28 tahun turut ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen berkaitan sumber bekalan minyak diesel daripada pembekal […]
Para SUKMA: Selangor belum selamat, Sabah terus kejar

SHAH ALAM: Perebutan juara keseluruhan Para Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 kian sengit memasuki hari terakhir temasya sukan dwitahunan itu, hari ini. Setakat 10 malam ini, tuan rumah Selangor terus mendahului carta pungutan pingat dengan 71 emas, 45 perak dan 43 gangsa sekali gus mengatasi sasaran 60 pingat emas diletakkan kali ini serta membuka ruang […]