Inkues: Penilaian terhadap ibu Zara Qairina tidak diperlukan untuk autopsi psikologi

KOTA KINABALU: Pakar perunding psikiatri forensik Dr Chua Sze Hung pada Rabu memberitahu Mahkamah Koroner di sini bahawa penilaian terhadap ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir tidak perlu dilakukan dalam konteks dan rangka kerja autopsi psikologi. Beliau berkata tumpuan seharusnya diberikan untuk membantu mahkamah dalam menentukan punca dan cara kematian pelajar Tingkatan Satu itu, dengan autopsi […]

Sambutan Hari Malaysia peringkat Sabah diadakan di SICC 16 Sep Ini

KOTA KINABALU: Sambutan Hari Malaysia ke-63 Peringkat Negeri Sabah 2026 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini bermula pukul 8 malam, 16 Sept ini. Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan Datuk Jafry Ariffin berkata program dan persediaan operasi yang dimuktamadkan telah dibentangkan semasa melakukan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman […]

Malaysia tawar bantuan kepada indonesia tangani kebakaran hutan, tanah

PUTRAJAYA: Malaysia bersedia menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan oleh Indonesia bagi menangani kebakaran hutan dan tanah serta mengurangkan risiko jerebu rentas sempadan. Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata bantuan ditawarkan Malaysia merangkumi keupayaan pemadaman kebakaran dari udara termasuk operasi pengeboman air menggunakan helikopter, sokongan pemadaman menggunakan pesawat amfibia serta pelaksanaan […]

Sukan Asia: Rexy percaya emas dalam jangkauan Malaysia

KUALA LUMPUR: Pengarah Kejurulatihan Beregu Kebangsaan Rexy Mainaky percaya skuad badminton negara mempunyai peluang untuk membawa pulang pingat emas pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 yang dijadual berlangsung dari 19 Sept hingga 4 Okt ini. Namun, jurulatih kelahiran Indonesia itu tidak mahu meletakkan tekanan keterlaluan kepada pemain dan mengambil pendekatan realistik dengan menjadikan pingat perak dan […]

Nahas helikopter: Kerajaan akan beri bantuan kepada keluarga mangsa – PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan segala bantuan dan sokongan diperlukan kepada keluarga lima mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak, petang semalam. Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini. Anwar berkata beliau turut berdukacita menerima khabar nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara […]

Proton Saga hilang kawalan, punca kemalangan empat maut

TELUPID: Kemalangan yang menyebabkan empat maut dalam kejadian di Kilometer 7, Telupid-Beluran, di sini disyaki akibat kereta Proton Saga yang hilang kawalan ketika melalui jalan berselekoh di kawasan berkenaan. Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Hasan Majid, berkata kereta itu dipandu lelaki tempatan berusia 63 tahun, manakala tiga lagi penumpang adalah warga asing yang dalam perjalanan […]

Sawah merekah akibat panas, pam rosak, 600 petani terjejas di Tambunan

TAMBUNAN: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) digesa mengambil tindakan segera bagi membaiki pam air yang rosak sejak enam tahun lalu hingga menjejaskan sawah padi di Kampung Kiawayan dan sekitarnya. Penyelaras Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Tambunan, Datuk Victor P Paut, berkata kerosakan pam air itu menyebabkan bekalan air tidak dapat disalurkan ke sawah, mengakibatkan tanaman […]

Empat maut dalam kemalangan kereta, lori

TELUPID: Empat maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Saga dan sebuah lori di Jalan Telupid-Sandakan, di sini, hari ini. Identiti semua mangsa bagaimanapun belum diperolehi dengan kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 7.30 pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran, Nur Azlan Shah Jamaluddin, berkata pasukan bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu dan […]

Nasib Dewan Masyarakat KK tidak diabaikan, kerja baik pulih akan dilaksana – Jafry

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri melalui Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar memberi jaminan tidak akan membiarkan Dewan Masyarakat Kota Kinabalu yang musnah dalam kebakaran sebelum ini daripada terabai. Menterinya, Datuk Jafry Arifin, berkata kementeriannya melalui Majlis Warisan Sabah dan Jabatan Muzium negeri bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam pemulihan bangunan warisan itu. Katanya, […]

Sabah terdedah ancaman ketenteraan AS-China di Laut China Selatan

KOTA KINABALU: Provokasi ketenteraan di antara Amerika Syarikat (AS) dan China di Laut China Selatan boleh menggugat keselamatan rentas sempadan negeri ini jika situasi semasa menjadi konflik yang panas dan tegang. Pengerusi Kelab Backbencers Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Masiung Banah, berkata aktiviti ketenteraan dua kuasa besar itu tidak boleh dipandang ringan kerana berpotensi […]