Azmin dipelawa sertai semula PKR? Saya tidak dimaklumkan – Anwar

KUALA LUMPUR: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak pernah dimaklumkan mengenai sebarang pelawaan kepada bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menyertai semula parti itu. “Ada orang jemput ke? Ada pelawaan? Saya tidak dimaklumkan,” kata Perdana Menteri ringkas ketika ditemui media selepas merasmikan Expo Inovasi dan Pengkomersialan Kebangsaan […]

Pemandu tertidur, penumpang maut kereta terbalik dalam parit

TAWAU: Seorang wanita warga Indonesia maut selepas kereta Proton Saga dinaiki terbabas, melanggar pokok sebelum terbalik ke dalam parit di Batu 16, Jalan Apas, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 3.26 petang itu, mangsa berusia 24 tahun tercampak keluar dari kenderaan dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.20 malam ketika menerima rawatan di Hospital […]

PM arah kenal pasti segera rakyat Malaysia terjejas di Nepal

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua jabatan berkaitan supaya segera mengenal pasti dan menghubungi rakyat Malaysia yang terjejas susulan kejadian banjir kilat di Nepal. Anwar berkata arahan itu melibatkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Luar, termasuk usaha menghubungi kementerian serta kedutaan Malaysia di New Delhi, India dan Kathmandu, Nepal. “Saya […]

Pegawai trafik udara maut, motosikal terperosok bawah kereta

TAWAU: Seorang Pegawai Trafik Udara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Tawau maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan sebelum terjatuh dan terperosok di bawah sebuah Toyota Camry di Batu 3, Jalan Apas, di sini, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa lelaki tempatan berusia 55 tahun mengalami kecederaan di kepala dan disahkan […]

70 lot kedai bundle musnah terbakar

TAWAU: Kira-kira 70 lot kedai menjual pakaian bundle jenis tidak kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Titingan, di sini, awal pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.44 pagi sebelum jentera tiba di lokasi tujuh minit kemudian. Katanya, kebakaran membabitkan kawasan lot kedai […]

Anggota polis cedera terkena tembakan ketika bertugas di Lahad Datu

LAHAD DATU: Seorang anggota Pasukan Polis Marin (PPM) cedera selepas terkena tembakan ketika bertugas di Pos Pengawal Marin di sini, semalam. Mangsa berpangkat Lans Koperal mengalami kecederaan pada jari tengah tangan kiri dan perut. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada hari sama. Katanya, mangsa […]

Liga Super: Jangan selesa sangat jumpa Pulau Pinang – Garrido

KOTA KINABALU: Sabah FC enggan pemainnya mengambil mudah atau terlalu selesa melayan kunjungan Penang FC dalam perlawanan kedua Liga Super di Stadium Likas, Jumaat ini. Pengendalinya, Juan Torres Garrido menegaskan kemenangan pertama skuad Sang Badak apabila menewaskan Star City FC 3-1 pada Isnin lalu tidak boleh melekakan mereka. Tegasnya, pemain Sabah perlu kekal fokus berdepan […]

CIS catat prestasi kukuh, agih dividen RM40 juta

KOTA KINABALU: Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS) mencatat prestasi kewangan yang kukuh berdasarkan agihan dividen berjumlah RM40 juta kepada pemegang saham bagi tahun kewangan 2025. CIS dalam satu kenyataan, berkata pembayaran dividen itu mencerminkan prestasi kewangan positif yang dicapai syarikat, selain membuktikan komitmen syarikat untuk mengekalkan kecemerlangan operasi, pertumbuhan mampan dan tadbir urus korporat […]

Pembangunan semula Menggatal: Peniaga tuntut ketelusan DBKK

KOTA KINABALU: Pemilik kedai, penyewa dan pengusaha perniagaan di Bandar Baru Menggatal mendesak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memberi penjelasan menyeluruh berhubung proses kelulusan dan perancangan cadangan pembangunan semula di kawasan berkenaan. Desakan itu diketuai jurucakap kumpulan berkenaan, Michael Wong, dan diwakili peguam, Chong Kian Meng, menerusi penyerahan perwakilan rasmi kepada DBKK. Mereka menegaskan tidak […]

SPRM bentang lapan syor perbaiki tatakelola projek pembinaan Sabah

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah mengemukakan lapan syor penambahbaikan tatakelola bagi memperkemas pengurusan projek pembinaan di negeri ini. Syor itu membabitkan fungsi dan bidang kuasa Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, Jabatan Bendahari Negeri Sabah serta Kementerian Kewangan Negeri Sabah. Penyiasatan tatakelola berkenaan memberi tumpuan terhadap pengurusan Projek Pembinaan Jalan Dua Hala Lintasan […]