Kastam tumpas sembilan kes seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

KOTA KINABALU: Cubaan menyeludup 190,080 liter minuman keras menggunakan kontena dengan menyamarkannya sebagai kargo perdagangan biasa berjaya dipatahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah. Rampasan bernilai keseluruhan RM4.15 juta termasuk duti dan cukai itu dilakukan menerusi sembilan kes berasingan di Pelabuhan Sepanggar, di sini, bulan ini. Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Amran Ahmad berkata, enam […]

JBPM gempur ‘Bilik Sarang Burung’, ‘Bilik Liang Lahad’

KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menggempur beberapa premis kedai yang diubah suai tanpa kebenaran untuk dijadikan tempat penginapan menerusi operasi sekitar bandar raya ini. Operasi bersepadu bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) itu mendapati premis terbabit mempunyai pelbagai bahaya kebakaran termasuk laluan keluar sempit, pendawaian elektrik tidak teratur dan tiada pelan […]

Varieti padi TR8 berpotensi hasilkan hingga 10 tan padi sehektar

TENOM: Varieti padi TR8 berpotensi menghasilkan sehingga 10 tan sehektar berdasarkan pencapaian penanaman di beberapa kawasan termasuk Kalibatang Lama, Kalibatang Baru, Kuala Tomani dan Merais, di sini. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri, Datuk Jamawi Jaafar, berkata potensi itu turut dibuktikan menerusi hasil tuaian di kawasan Penuaian Sawah Satelit Benih Padi Sah (SSBPS) Kalibatang […]

Kerjasama ketenteraan AS-Filipina, perkembangan di Pulau Balabac perlu dipandang serius – PN Sabah

KOTA KINABALU: Kerajaan perlu memandang serius peningkatan kerjasama dan keupayaan ketenteraan Amerika Syarikat – Filipina di kawasan selatan negara jiran itu, termasuk perkembangan di Pulau Balabac yang dibangunkan sebagai tapak ketenteraan Filipina. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Dr Aliakbar Gulasan, berkata kedudukan kawasan berkenaan yang berdekatan dengan utara Sabah mendedahkan negeri ini terhadap sebarang […]

Syabu 2kg bernilai RM94,000 dirampas, lelaki ditahan

LAHAD DATU: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun selepas merampas dadah disyaki syabu seberat dua kilogram bernilai kira-kira RM94,000 dalam Op Tapis di kawasan tempat letak kereta Darvel Bay Plaza, Jalan Teratai, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbahrin Ismail, berkata operasi itu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik […]

Pelajar maut dilanggar lori selepas motosikal terbabas

KOTA BELUD: Seorang pelajar maut dilanggar lori ketika cuba menyelamatkan diri selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Jalan Kota Belud-Kota Marudu berhampiran Kampung Jawi-Jawi, di sini, petang tadi. Dalam kejadian jam 6.43 petang itu, mangsa, Muhammad Safwan Muad, 16, yang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Ketua Polis Daerah Kota […]

Tiga sekeluarga maut, tiga lagi cedera Viva terbabas

KUNAK: Tiga sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak maut manakala tiga lagi cedera selepas kereta dinaiki enam sekeluarga terbabas sendiri di Kampung Sungai Atas, Jalan Sungai Atas, di sini, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 6.05 petang itu, kereta Perodua Viva terbabit dipercayai terbabas sebelum keenam-enam mangsa ditemui berada di luar kenderaan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat […]

Post-mortem pastikan sasaran 40 emas Sabah tercapai

l SHAH ALAM: Sesi “post-mortem” pencapaian kontinjen Sabah pada SUKMA XXII Selangor 2026 akan menjadi landasan utama untuk memastikan sasaran 40 pingat emas yang gagal dicapai kali ini dapat direalisasikan pada temasya akan datang. Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, berkata penilaian menyeluruh akan dilakukan bagi mengenal […]

Dua rumah terbakar di Sepanggar

KOTA KINABALU: Dua rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Sepanggar berhampiran Masjid Nurul Huda, Kampung Gentisan, Sepanggar, di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 1.52 petang itu, dua rumah masing-masing jenis tidak kekal dan separuh kekal terbakar kira-kira 95 dan 90 peratus. Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu Mohd Hannis Mokhtar berkata, […]

Ibu maut, dua anak cedera kereta bertembung lori

KOTA BELUD: Seorang guru GiatMARA maut manakala dua anaknya cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kota Belud – Tuaran berhampiran Taman Nikmat, di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 11.05 pagi itu, mangsa, Norasida Mayur, 42, disahkan meninggal dunia di lokasi selepas tersepit di tempat duduk pemandu. Ketua […]