Blok lima pintu, rumah dan empat kenderaan musnah terbakar

TAWAU: Lima pintu rumah dalam sebuah blok serta sebuah rumah kediaman musnah sepenuhnya dalam kebakaran berhampiran Jambatan Kampung Kalabakan, di sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 7.03 malam itu, kebakaran turut memusnahkan dua kereta dan dua motosikal. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.03 […]
Pembangunan Sabah perlu seiring pembangunan insan – KM

KOTA KINABALU: Kemajuan sebenar Sabah tidak boleh hanya diukur melalui pembangunan fizikal, pertumbuhan ekonomi atau kecanggihan teknologi, sebaliknya perlu turut disertai pembangunan insan yang memiliki ilmu, integriti, akhlak dan rasa tanggungjawab kepada masyarakat. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata pengajaran daripada sirah Rasulullah SAW menunjukkan pembangunan sesebuah masyarakat perlu dilakukan secara menyeluruh dengan memperkukuh […]
Terminal pengecasan EV disedia di projek pembangunan baharu luar bandar – Perkasa Realty

KOTA KINABALU: Perkasa Realty Sdn Bhd (PRSB) merancang membina terminal pengecasan kenderaan elektrik (EV) di setiap projek pembangunan baharu yang dilaksanakannya di kawasan luar bandar negeri ini. Pengurus Besar PRSB, Mat Saidi Minting, berkata ia adalah antara komponen baharu yang dimasukkan dalam pelan pembangunan (DP) PRSB untuk projek baharu yang dilaksanakan, sebagai perancangan strategik jangka […]
Liga Super: Kemenangan Sang Badak permulaan baik tarik sokongan peminat – Garrido

KOTA KINABALU: Pengendali Sabah FC, Juan Torres Garrido, menyifatkan kemenangan 3-1 ke atas Star City malam tadi sebagai permulaan yang positif bagi menarik sokongan peminat bola sepak di Sabah untuk menyaksikan perlawanan pasukan mereka, khususnya apabila bermain di Stadium Likas. Katanya, pemain Sabah FC berjaya mempamerkan persembahan yang baik dalam aksi sulung Liga Super 2026/2027 […]
Liga Super: Sang Badak langkah kanan mulakan saingan musim baharu

KOTA KINABALU: Sabah FC memulakan saingan Liga Super musim 2026/2027 dengan langkah kanan apabila menewaskan Star City FC 3-1 dalam aksi pertamanya di Stadium Likas, di sini, malam ini. Sang Badak bagaimanapun terpaksa bekerja keras untuk menambah jaringan selepas terikat 1-1 pada babak pertama sebelum melakar dua gol pada baki permainan separuh masa kedua. Pemain […]
Terjun laut tinggal rokok seludup RM601,400

TAWAU: Individu dipercayai penyeludup sanggup terjun ke laut dan meninggalkan dua bot membawa hampir 300,000 batang rokok tidak bercukai selepas kegiatan mereka dihidu Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah, awal pagi tadi. Dalam serbuan kira-kira 2.20 pagi di Jeti Kampung Sri Aman, Batu 3, di sini, PPM merampas rokok, bot dan enjin dengan nilai […]
Upah ubah suai, kenaikan sewa dipercayai motif warga emas dibunuh

SANDAKAN: Perselisihan faham mengenai upah mengubah suai rumah serta rasa tidak puas hati terhadap kenaikan kadar sewa bulanan dipercayai menjadi motif pembunuhan seorang wanita warga emas di Tanah Merah, Jalan Leila, di sini. Mangsa berusia 62 tahun ditemukan dalam keadaan mereput di dalam tandas rumah kayu dua tingkat miliknya, dengan tangan diikat menggunakan tali di […]
Cabul teman wanita dalam kereta, lelaki ditahan

TAWAU: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki mencabul teman wanitanya di dalam sebuah kereta di kawasan Megah Jaya, di sini, semalam. Suspek berusia 23 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau pada 12.01 tengah malam selepas menerima laporan berhubung kejadian berkenaan. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner […]
30 emas di Selangor antara pencapaian terbaik Sabah

SUBANG JAYA: Kutipan 30 pingat emas, 27 perak dan 36 gangsa pada SUKMA XXII Selangor 2026 yang berakhir malam ini antara pencapaian terbaik Sabah dalam sejarah penyertaan temasya sukan dwi tahunan itu. Pencapaian terbaik Sabah masih dicatat pada SUKMA Perak 2018 apabila kontinjen negeri itu membawa pulang 33 emas, 27 perak dan 46 gangsa. Sabah […]
Pemuda OKU ditemukan selamat lima kilometer dari rumah

RANAU: Seorang pemuda orang kurang upaya (OKU) pertuturan yang dilaporkan hilang sejak petang semalam ditemukan selamat di kawasan tadahan air di Kampung Kirokot, di sini, pagi tadi. Mangsa berusia 25 tahun ditemukan penduduk kampung pada 7.30 pagi, kira-kira lima kilometer dari rumahnya. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Rantey Fred berkata, pihaknya menerima panggilan […]