Perhentian kecil kereta api di laluan Sembulan-Kinarut beroperasi mulai Oktober

KOTA KINABALU: Enam perhentian kecil kereta api yang siap dibina di sepanjang laluan Stesen Sembulan-Kinarut bakal beroperasi mulai Oktober depan bagi memperluas akses rakyat kepada perkhidmatan kereta api di negeri ini. Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan negeri, Datuk Ewon Benedick, berkata enam perhentian itu ialah Perhentian Kecil Lok Kawi, […]
Lebih 500 bekas ahli STAR, Warisan dan KDM sertai PGRS Tambunan

TAMBUNAN: Lebih 500 bekas ahli Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Warisan dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) bertindak keluar parti untuk menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Tambunan pada Sabtu. Daripada jumlah itu, kira-kira 300 adalah bekas ahli dari enam cawangan STAR Tambunan yang diketuai bekas Ketua Kempennya, Patricia Yusuf, diikuti seramai 120 […]
Hajiji iringi Perdana Menteri pada Rundingan Tahunan Malaysia-Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Rundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei Darussalam Ke-27 (ALC-27) di Istana Nurul Iman, di sini pada Sabtu. Hajiji turut menghadiri mesyuarat pra-majlis ALC-27 di Hotel Empire yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri pada Jumaat. Turut bersama Hajiji ialah Premier Sarawak, Tan […]
Pekerja maut terkena renjatan elektrik

SANDAKAN: Seorang pekerja kontraktor elektrik maut selepas terkena renjatan ketika melakukan kerja pemasangan tiang elektrik di Bandar Tabin Jaya, di sini, malam ini. Mangsa lelaki berusia 30 tahun ditemukan masih berada di atas tiang elektrik ketika pasukan bomba tiba di lokasi kejadian. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Penolong Kanan Penguasa Bomba Jimmy Lagung […]
Dua remaja dikhuatiri lemas ketika mandi sungai

KENINGAU: Dua remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi bersama rakan-rakan di Sungai Pagalan berhampiran Jeti Feri Pagalan, Jalan Bakti Logam, di sini, petang tadi. Mangsa dikenali sebagai Jastey Goment, 16, dan Khend Romel Ponce Caceres, 13, yang sehingga kini masih belum ditemukan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Penolong Kanan Penguasa Bomba Severinus Nidzam […]
SUKMA XXII : Karate Sabah naik taraf kutipan kepada dua emas, empat gangsa

SUBANG JAYA: Skuad karate Sabah meningkatkan kutipan pingat pada hari kedua saingan apabila meraih dua emas dan dua gangsa pada SUKMA XXII Selangor 2026 di IDCC Shah Alam, hari ini. Pencapaian itu menyaksikan Sabah menambah dua emas dan dua gangsa selepas mengumpul dua perak dan dua gangsa pada hari pertama pertandingan, kelmarin. Dua pingat emas […]
Skuad pelayaran Sabah kotakan sasaran dua emas

SUBANG JAYA: Skuad pelayaran Sabah menutup tirai saingan SUKMA XXII Selangor 2026 dengan cemerlang apabila mengotakan sasaran dua pingat emas, selain menambah tiga gangsa pada hari terakhir pertandingan di Pusat Latihan Perahu Layar Batu Laut, Kuala Langat, hari ini. Emas pertama disumbangkan Muhammad Aiman Aqeel selepas mengungguli acara ILCA 4 individu lelaki dengan catatan 34 […]
Lesen tamat tempoh, positif dadah cuba lolos sekatan jalan raya

KOTA BELUD: Tindakan seorang lelaki cuba meloloskan diri daripada sekatan jalan raya sebelum menghalang anggota polis menjalankan tugas membawa padah apabila dia ditahan, hari ini. Pemeriksaan lanjut mendapati lesen memandu lelaki tempatan itu sudah tamat tempoh, manakala ujian saringan air kencingnya positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine. Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Khairul Shah […]
Restoran Hotel Pacific Semporna terbakar, seorang lelaki melecur

SEMPORNA: Seorang lelaki melecur di lengan selepas sebuah restoran di Hotel Pacific Semporna terbakar dalam kejadian tengah hari tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Zainal Sinsian, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian menerusi talian balai sebelum jentera tiba di lokasi pada jam 12.52 tengah hari. Beliau berkata, kebakaran membabitkan restoran jenis separuh kekal […]
Hatrik pingat Marvell bantu gimnastik artistik Sabah capai sasaran

SUBANG JAYA: Hatrik pingat diraih Marvell Vincent Voo membantu skuad gimnastik artistik Sabah mencapai sasaran satu pingat emas pada SUKMA XXII Selangor 2026. Atlet kebangsaan berusia 18 tahun itu menyumbang satu emas dan satu perak pada hari kedua terakhir pertandingan yang berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Bangi, hari ini. Marvell meraih emas dalam […]