Polis buru pemandu kereta langgar pejalan kaki

TAWAU: Polis sedang mengesan pemandu kereta yang dipercayai melarikan diri selepas melanggar seorang pejalan kaki hingga maut di Kilometer 45, Jalan Tawau-Kunak, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa lelaki berusia 50-an tercampak kira-kira 10 meter akibat pelanggaran berkenaan. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan pada jam 1.40 petang. […]

Food Bank UNITAR Sabah bantu pelajar kurang mampu hasil Inisiatif Beliawanis Prihatin

KOTA KINABALU: Inisiatif Beliawanis Prihatin anjuran Pergerakan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) menjadi pemangkin kepada penubuhan Food Bank di UNITAR Sabah yang akan memberi manfaat kepada pelajar kurang berkemampuan di universiti itu. Ketua Beliawanis PGRS, Emmie Martin Idang berkata, usaha itu bertujuan membantu kebajikan pelajar, khususnya mereka yang berdepan kekangan kewangan dan kesukaran mendapatkan […]

SUKMA XXII : Skuad takraw Sabah hampiri sasaran lima emas

SUBANG JAYA: Skuad sepak takraw Sabah semakin hampir merealisasikan sasaran lima pingat emas pada SUKMA XXII Selangor 2026 selepas melakar hatrik emas pada hari ini.Tiga pingat emas itu diraih dalam saingan akhir di Arena Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Puchong, hari ini, sekali gus menyaksikan Sabah kini mengumpul empat emas dalam acara sepak takraw. Sebelum […]

Pelabur dari Dubai berminat beli minyak sawit Sabah untuk pasaran Asia Barat

KOTA KINABALU: Minyak sawit dari Sabah berpotensi menembusi pasaran Asia Barat berikutan minat syarikat antarabangsa berpangkalan di Dubai, Emeriah Arab Bersatu untuk membeli komoditi itu. Timbalan Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu dan Borneo Samudera Sdn Bhd, Datuk Victor P Paut, berkata minat itu dijelaskan Pengarah Eksekutif (Group Expansion) International Mercantile (InMerc) DMCC, Chandrasegaran ketika kunjungan hormat […]

SUKMA XXII : Petanque Sabah cipta sejarah dengan empat emas, satu perak

PUCHONG: Skuad petanque Sabah mencipta sejarah baharu di SUKMA XXII Selangor 2026 apabila menamatkan saingan dengan pencapaian terbaik selepas meraih empat pingat emas dan satu perak. Pada hari terakhir saingan di Arena Petanque, Kompleks Sukan Kuala Selangor, Jumaat, skuad berkenaan menyumbang tiga emas dan satu perak untuk melengkapkan kutipan keseluruhan. Pencapaian itu bukan sahaja melepasi […]

Jersi rasmi Sabah FC bawa imej baharu Sang Badak bersama Carino

KOTA KINABALU: Sabah FC melancarkan jersi rasmi bagi musim 2026/2027 bersama Carino selaku penaja baharu jersi skuad Sang Badak sepanjang kempen Liga Malaysia kali ini. Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Awang Kadin Tang, berkata jersi baharu itu bukan setakat menonjolkan rekaan unik untuk musim ini tetapi turut membawa imej baharu pasukan. Katanya, […]

Lampoopalooza terus perluas komitmen komuniti di Sabah

KOTA KINABALU: Festival Lampoopalooza terus memperluas impaknya kepada masyarakat menerusi pelbagai inisiatif kemasyarakatan yang dilaksanakan sejak 2024, seiring usaha menjadikan acara itu bukan sekadar sambutan cahaya dan kreativiti. Inisiatif berkenaan mencerminkan komitmen Lembaga Pelancongan Sabah (STB) untuk memastikan Lampoopalooza memberi manfaat lebih luas dengan mewujudkan peluang menyokong komuniti serta menggalakkan keterangkuman menerusi kerjasama bermakna. Pada […]

Jangan tunggu tayar ‘lesap’

BEAUFORT: Biarpun hanya dua kes dilaporkan, kecurian tayar kenderaan tetap jenayah yang tidak boleh dipandang ringan kerana mendatangkan kerugian dan menyusahkan pemilik. Dua kejadian itu masing-masing dilaporkan berlaku di Kampung Bingkol dan tepi jalan Kampung Binunuk, di sini. Susulan kejadian berkenaan, polis mengingatkan orang ramai supaya tidak memberi ruang kepada pencuri dengan meletakkan kenderaan di […]

Bengkel motosikal, kedai basikal terbakar

PENAMPANG: Sebuah bengkel motosikal dan kedai basikal dua tingkat terbakar di Jalan Penampang Baru, di sini, petang ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Zeno Tingalan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.28 petang. Katanya, sembilan anggota BBP Penampang bersama enam anggota BBP Putatan dikerahkan ke lokasi dengan dua […]

Empat rumah teres terbakar

TUARAN: Empat rumah teres dua tingkat terbakar di Lorong 10, Taman D Sri Gayang, di sini, tengah hari tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Timbalan Penguasa Bomba II Kurong Beki berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.28 tengah hari. Katanya, seramai 12 anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit […]