Penghormatan terakhir buat tiga anggota polis

KOTA KINABALU: Tiga jenazah anggota polis yang maut dipercayai akibat renjatan elektrik di luar Balai Polis Weston, Beaufort, semalam, dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing selepas selesai urusan bedah siasat di Hospital Queen Elizabeth (HQE), di sini, hari ini. Ketiga-tiga jenazah dibawa keluar dari Jabatan Perubatan Forensik HQE kira-kira jam 2.50 petang sebelum bergerak dalam […]

Potong di garisan berkembar undang tragedi

KENINGAU: Tindakan seorang pemandu pacuan empat roda dipercayai memotong di garisan berkembar mengundang tragedi apabila seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Batu 11, Jalan Keningau – Sook, di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 12.37 tengah hari itu, mangsa, Wann Samuji, 27, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala selain […]

James Ligunjang bersama beberapa pemimpin di Penampang sertai Gagasan Rakyat

PENAMPANG: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, Datuk James Ligunjang bersama beberapa tokoh politik dan profesional dari kawasan Parlimen Penampang secara rasmi menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), pada Jumaat. Antara yang menyertainya ialah Datuk Edmund Doudilim, Dr Tan Jun Kwang, Wilson Chang, Datuk Aloysius Mobijin, Frederick Francis Fung, Anwar Syed Shariff Abdullah, […]

Kereta rempuh pintu masuk balai pelepasan KKIA, pemandu wanita cedera

KOTA KINABALU: Seorang pemandu wanita cedera selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh pintu masuk balai pelepasan di Aras 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, petang ini. Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, cermin di pintu masuk balai pelepasan berkecai akibat rempuhan berkenaan, manakala serpihan kaca bertaburan di […]

Operasi Todak: 10 PATI ditahan, penjaja tanpa lesen dikompaun

KOTA KINABALU: Seramai 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina ditahan dalam Operasi Todak yang dilaksanakan secara bersepadu di kawasan SAFMA, Pasar Besar Kota Kinabalu dan perairan sekitarnya, awal minggu ini. Operasi bermula jam 11 malam pada 4 Ogos lalu itu diselaraskan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan […]

Bedah siasat selesai, jenazah tiga anggota polis dihantar pulang ke kampung halaman

KOTA KINABALU: Jenazah tiga anggota polis yang maut dipercayai akibat renjatan elektrik di luar Balai Polis Weston, Beaufort, petang semalam, akan dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing sebaik selesai urusan bedah siasat dan dokumentasi di Hospital Queen Elizabeth (HQE), di sini, hari ini. Proses bedah siasat yang bermula kira-kira jam 8.30 pagi tadi selesai sekitar […]

Produk haiwan sejuk beku bernilai RM3.42 juta dirampas di Pelabuhan Sepanggar

KOTA KINABALU: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) berjaya membongkar cubaan membawa masuk makanan sejuk beku secara tidak sah menerusi pengikraran tidak sah. Dalam operasi Op Ribat Sepanggar siri 1/2026 itu, sebanyak 12 kontena berisi produk ayam dan babi bernilai RM3.42 juta berjaya dirampas di Pelabuhan Sepanggar. Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily […]

Pemergian tiga anggota polis satu kehilangan kepada masyarakat – Ruslan

BEAUFORT: Pemergian tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas terkena renjatan elektrik di Weston, di sini, lewat petang Khamis disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada keluarga, pasukan dan masyarakat. Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri, Datuk Ruslan Muharam, berkata jasa mereka sepanjang berkhidmat kepada masyarakat akan sentiasa dikenang. “Saya merakamkan ucapan takziah kepada […]

Tiga jenazah anggota polis tiba di HQE untuk bedah siasat

KOTA KINABALU: Tiga kenderaan van membawa jenazah anggota polis yang maut akibat renjatan elektrik di Weston, Beaufort, tiba di Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), di sini, kira-kira jam 1.10 pagi tadi. Ketibaan ketiga-tiga van jenazah itu diiringi beberapa kenderaan peronda (MPV) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort, […]

Jenazah tiga anggota polis dihantar pulang ke kampung halaman

BEAUFORT: Jenazah tiga anggota polis yang terkorban akibat renjatan elektrik ketika mengait buah kelapa di Jalan Weston, Kampung Weston, di sini, petang tadi akan dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing sebaik selesai bedah siasat dan urusan dokumentasi. Ketiga-tiga mangsa yang bertugas di Balai Polis Weston ialah Koperal Chiu Teck Siong, 40, berasal dari Sarawak; Lans […]