Pengembalian 40 peratus hasil Persekutuan hak terbesar Sabah, kerajaan terus tuntut – KM

PENAMPANG: Kerajaan Sabah akan terus menuntut hak 40 peratus hasil Persekutuan di Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) melalui rundingan kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata hak 40 peratus adalah hak terbesar Sabah dalam MA63 dan termaktub dalam Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan. “Saya ingin menegaskan […]

Warisan, KDM dan STAR dijangka bergabung hadapi PRU16

KOTA KINABALU: Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal mendedahkan kemungkinan akan bekerjasama dengan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Kesejahteraan Masyarakat (KDM) pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang. Shafie menyatakan kemungkinan kerjasama itu ketika ditanya wartawan, sama ada mereka akan bertanding di semua 25 kerusi Parlimen pada PRU16 nanti. “Kita akan lihat […]

Pengedar ekstasi rempuh kereta cuba lolos

PENAMPANG: Seorang lelaki disyaki pengedar dadah nekad merempuh sebuah kereta ketika cuba meloloskan diri daripada polis dalam operasi di Jalan Penampang Baru, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 pagi itu, suspek berusia 26 tahun yang memandu Perodua Axia turut bertindak agresif dan bergelut dengan anggota polis sebelum berjaya diberkas. Ketua Jabatan […]

Terlupa letak gear ‘P’, SUV terbabas masuk balai pelepasan KKIA

KOTA KINABALU: Gara-gara dipercayai terlupa meletakkan gear pada kedudukan ‘P’ (park), sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) bergerak sendiri sebelum terbabas merempuh pintu kaca Balai Pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), petang kelmarin. Kejadian kira-kira jam 4.55 petang itu berlaku ketika pemandunya, wanita berusia 66 tahun, berhenti di lorong kedua di hadapan bangunan KKIA untuk […]

Remaja 15 tahun lemas ketika mandi di Pantai Tanjung Badak

TUARAN: Aktiviti berkelah dan mandi-manda dua remaja perempuan di Pantai Tanjung Badak, di sini, berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka ditemukan meninggal dunia, petang tadi. Mangsa, Nurul Husna Nurul Ain Amdan, 15, ditemukan pada jam 5.08 petang sebelum dibawa ke kawasan selamat dan diberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR), namun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian […]

11.45 tan serbuk ketum bernilai RM1.4 juta dirampas

TUARAN: Lebih 11 tan serbuk ketum yang sudah diproses dan dibungkus dipercayai menunggu masa untuk diedarkan terbongkar dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Tuaran, di sini, Khamis lalu. Rampasan seberat 11.45 tan itu dipercayai antara rampasan terbesar membabitkan ketum di Sabah, dengan nilai serbuk berkenaan sahaja dianggarkan RM1.145 juta. Operasi kira-kira jam 6 pagi […]

Ugut bunuh ibu, cekik nenek

TAWAU: Seorang lelaki berusia 20 tahun ditahan selepas disyaki mengugut mahu membunuh ibunya selain mencekik neneknya ketika mengamuk di rumah keluarga mereka di Kampung Sungai Tuda, Kalabakan, Jun lalu. Suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau di hadapan sebuah rumah di kampung berkenaan, kira-kira jam 6 […]

Delegasi asing tinjau keselamatan di perairan Sandakan

SANDAKAN: Delegasi antarabangsa menyaksikan sendiri realiti semasa di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone) menerusi lawatan ke beberapa pulau, di sini, baru-baru ini. Program Menteri Dalam Negeri Security Visit and Engagement with International Delegates itu antara lain melawat Pulau Bakungan Kecil dan Pulau Selingan sambil berinteraksi dengan komuniti setempat. Menerusi program itu, kerajaan berharap dapat memperkukuh […]

Empat ditahan, 92kg serbuk ketum dirampas

LAHAD DATU: Taktik menyimpan puluhan bungkusan serbuk ketum terbongkar apabila polis menahan empat individu dalam Op Tapis yang dijalankan di sekitar daerah ini, semalam. Dalam operasi itu, polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu merampas 92 bungkusan serbuk ketum seberat 92 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM9,200. Turut dirampas ialah […]

Wanita ditemui maut dipercayai terjatuh dari tingkat 12 kondominium

KOTA KINABALU: Seorang wanita ditemukan maut selepas dipercayai jatuh dari tingkat 12 sebuah kondominium di Jalan Sulaman, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mayat mangsa berusia 57 tahun ditemui di kawasan parkir bangunan berkenaan sebelum polis menerima laporan mengenai kejadian. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Shahrudin Mat Husain […]