Suami isteri disyaki edar dadah ditahan, syabu dirampas

KENINGAU: Kegiatan sepasang suami isteri yang disyaki terbabit dalam pengedaran dadah terbongkar selepas mereka ditahan bersama tujuh paket syabu dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Kiawayan, Tambunan, semalam. Pasangan masing-masing berusia 33 dan 23 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau kira-kira jam 12 tengah […]
Bekas isteri cedera dibelasah, lelaki warga asing ditahan

TAWAU: Seorang lelaki warga asing ditahan polis selepas disyaki menyerang bekas isterinya sehingga cedera dalam kejadian di Kampung Sri Menanti, di sini, bulan lalu. Suspek berusia 40-an ditahan kira-kira jam 2.45 petang semalam di kawasan Kampung Jawa hasil risikan dan maklumat susulan laporan polis yang dibuat mangsa. Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Wilynton Enchana […]
Baru dua bulan berkursus, ERT hotel berjaya padam kebakaran

KOTA KINABALU: Baru dua bulan menjalani kursus Pasukan Tindak Balas Kecemasan (ERT), kakitangan sebuah hotel di bandar raya ini berjaya membuktikan keberkesanan latihan diterima apabila bertindak pantas memadam kebakaran membabitkan lima unit kompresor penghawa dingin, hari ini. Kejadian berlaku di tingkat 24 sebuah hotel di Jalan Gaya, di sini, dan tindakan awal pasukan ERT hotel […]
PPM tumpaskan stor rokok seludup, rampas lebih RM500,000

LABUAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah berjaya menumpaskan kegiatan penyimpanan rokok tidak bercukai selepas menyerbu sebuah rumah yang dijadikan stor di Kampung Sungai Keling, di sini, hari ini. Dalam operasi yang dijalankan bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan itu, seorang lelaki tempatan dipercayai penjaga stor ditahan bagi membantu siasatan. Komander Ahmad Amri […]
Dua kanak-kanak lemas ketika mandi kolam

SANDAKAN: Dua kanak-kanak lelaki ditemukan lemas selepas mandi dalam sebuah kolam terbiar dalam kejadian di Jalan Sungai Manila, dekat sini, petang tadi. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4 petang tadi dengan mangsa dikenali sebagai Mohd Ikmal, 9, dan seorang lagi berusia 11 tahun yang belum diperolehi identitinya. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jimmy Lagung, […]
Sidang DUN: Bina Rumah Kasih, bukan kondominium – Junz Wong

KOTA KINABALU: Bina Rumah Kasih Rakyat atau perumahan mampu milik dan bukan kondominium atau pusat beli belah di tapak rumah pangsa Tanjung Aru. Perkara itu adalah antara tiga isu disuarakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Aru, Datuk Junz Wong ketika Persidangan DUN Sabah, di sini, pada Isnin. Pemimpin Parti Warisan itu berkata, penduduk asal […]
Mengamuk tidak dapat wang, lelaki positif dadah ditahan

BEAUFORT: Berang selepas tidak diberikan wang oleh ibunya, seorang lelaki bertindak mengamuk dan mengugut ahli keluarga sebelum dipercayai menampar anak saudaranya dalam kejadian di daerah ini. Suspek berusia 25 tahun itu kemudiannya ditahan polis sebelum hasil saringan awal air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine. Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintendan Champin Piuh […]
Sidang DUN: 25,000 penduduk Putatan berdepan masalah air, JANS diminta proaktif tangani isu

KOTA KINABALU: Dianggarkan antara 10,000 hingga 25,000 penduduk di sekitar daerah Putatan terkesan teruk berikutan kegagalan fungsi sistem agihan air, terutama pada waktu puncak. Mendedahkan perkara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Shah Alfie Yahya, mahu Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) membelanjakan peruntukan secara bersasar untuk Putatan. Katanya, peruntukan kira-kira RM201 juta diagihkan […]
Chester Pang terus terajui KREATIF Sabah bagi penggal 2026-2028

KOTA KINABALU: Chester Pang Thien Fook terus diberi kepercayaan untuk menerajui Pertubuhan Gabungan Persatuan Kreatif Sabah (KREATIF Sabah) selepas dipilih sebagai Pengerusi bagi penggal 2026-2028 pada Mesyuarat Agung Pertama pertubuhan itu yang berlangsung di sebuah hotel di Inanam, di sini. Pemilihan itu dilihat sebagai langkah penting dalam memperkukuh hala tuju gabungan yang menghimpunkan pelbagai persatuan […]
Laluan dua hala LPB kini dari Kinarut ke Sungai Damit, Membakut

KOTA KINABALU: Pengguna jalan raya dari selatan ibu negeri kini boleh memandu dengan lebih lancar berikutan pembukaan laluan dua hala Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) bermula dari Jambatan Bongawan sejak Sabtu lalu. Pembukaan laluan dua hala itu diumumkan menerusi laman Facebook Pan Borneo Sabah sebagai makluman kepada orang ramai mengenai perkembangan terkini LPB Sabah. “Orang […]