Sidang DUN: Kaji semula BUDI Diesel, naik kuota kepada 500 liter sebulan – Masiung

KOTA KINABALU: Kementerian Kewangan Persekutuan dituntut supaya mengkaji semula subsidi BUDI Diesel di Sabah dan Sarawak mengikut kesesuaian geografi dan jarak perjalanan antara kampung dan bandar yang jauh berbeza berbanding negeri di Semenanjung. Pengerusi Backbencher DUN Sabah, Datuk Masiung Banah, berkata kuota pembelian BUDI Diesel sebanyak 200 liter sebulan bagi setiap kenderaan persendirian adalah tidak […]
Rhinos Cup 2026 platform lahirkan bakat baharu bola sepak Sabah

TUARAN: Penganjuran Rhinos Cup (Sportink) 2026 dilihat mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan bola sepak akar umbi di Sabah dengan menyediakan platform terbaik untuk mencungkil serta menggilap bakat muda yang berpotensi mewakili negeri ini di pentas lebih tinggi. Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Mohammad Ghazali Hajiji, berkata kejohanan itu […]
Sidang DUN: 10 langkah atasi isu kesesakan Pelabuhan Sepanggar – Ewon

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri sedang melaksanakan 10 pelan tindakan interim bagi menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP), termasuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Task Force bagi menyelaras pelaksanaannya. Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick berkata, kerajaan memandang serius isu kesesakan di SBCP kerana memberi kesan […]
Sidang DUN: Tanah Skim Nabawan masih dalam penilaian – Jamawi

KOTA KINABALU: Status kawasan tanah Skim Nabawan masih dalam proses penilaian dan penyelesaian susulan dialog dengan penduduk terbabit pada April lalu. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri, Datuk Jamawi Jaafar, berkata beliau mengadakan sesi dialog bersama sebahagian besar penduduk kawasan itu pada 21 April lalu. Katanya, dialog itu turut dihadiri ADUN Nabawan dan pimpinan […]
Sidang DUN: Tiang elektrik punca kelewatan LPB Sabah

KOTA KINABALU: Pengalihan utiliti, khususnya pemindahan tiang elektrik dikenal pasti antara faktor yang memberi kesan kepada kemajuan projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, berkata selain tiang dan aset elektrik, turut menjejaskan kelancaran projek itu ialah pengalihan kabel telekomunikasi dan aset utiliti lain yang berada dalam jajaran pembinaan. […]
Sidang DUN: Tenaga boleh baharu disasar meningkat kepada 1,200 MW pada 2030

KOTA KINABALU: Penjanaan tenaga boleh baharu di Sabah disasar meningkat kepada 1,200 MegaWatt (MW) pada 2030, berbanding 307 MW yang dijana pada masa ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata sasaran itu mewakili 37 peratus daripada campuran kapasiti penjanaan tenaga negeri, berbanding hanya 16 peratus ketika ini. Beliau berkata, sasaran penjanaan tenaga boleh baharu […]
Sidang DUN: Pemberian Khas RM1.5 bilion hanya interim, rundingan 40 peratus diteruskan

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menegaskan persetujuan terhadap kadar baharu Pemberian Khas RM1.5 bilion dari kerajaan Persekutuan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mei lalu hanya penyelesaian interim. Pembantu Menteri Kewangan negeri, Datuk Mohd Ishak Ayub, berkata bayaran itu tidak boleh ditafsirkan sebagai persetujuan terhadap amaun muktamad Pemberian Khas kepada Sabah. Beliau berkata, persetujuan […]
Peniaga kecil di Sulaman bakal terima bantuan tunai RM3,000

TUARAN: Peniaga kecil yang menjalankan perniagaan di tepi jalan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, di sini, bakal menerima bantuan tunai RM3,000 seorang. Bantuan itu diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor ketika merasmikan Karnival Usahawan dan STEM X Challenge sempena pertandingan akhir Piala Dunia FIFA 2026 di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama, Lok […]
Lelaki hilang ketika memukat, dikhuatiri dibaham buaya

KINABATANGAN: Seorang lelaki hilang dikhuatiri dibaham buaya ketika memukat ikan dalam kejadian di kawasan Estet Global, di Sukau, malam tadi. Dalam kejadian serangan terbaharu reptilia itu, mangsa, Nasran Matzen, 57, bersama dua rakannya dipercayai pergi ke sungai berhampiran kawasan ladang itu untuk memukat sebelum mangsa dikatakan tiba-tiba hilang dari pandangan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat […]
Ayam import China dilabel dari Thailand dirampas di Pelabuhan Teluk Sepanggar

KOTA KINABALU: Pihak berkuasa menahan 12 kontena mengandungi 348 tan makanan sejuk beku, sebahagian besarnya ayam diragui status halal yang dianggar bernilai RM3.42 juta menerusi pemeriksaan di Pelabuhan Teluk Sepanggar, di sini. Kontena terbabit ditahan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah selepas dikesan […]