Remaja 15 tahun lemas ketika mandi di sungai

PAPAR: Seorang remaja lelaki disahkan meninggal dunia selepas dipercayai lemas ketika menjalankan aktiviti mandi-manda di sungai berhampiran Kaiduan Luluba Eco-Tourism, di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa berusia 15 tahun terbabit berjaya ditemui orang awam dan diberikan bantuan pernafasan CPR oleh pasukan bomba. Bagaimanapun, usaha menyelamatkan mangsa yang dikenali […]
11 motosikal disita, penunggang mabuk ditahan

TAWAU: Polis menyita 11 motosikal selain menahan seorang penunggang yang didapati memandu di bawah pengaruh alkohol menerusi Op Samseng Jalanan dan Op Mabuk di beberapa lokasi sekitar daerah ini, semalam. Operasi bermula jam 10 malam hingga 2 pagi itu dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau di Jalan Apas, […]
Jesselton Berselawat 2026 angkat nilai kasih sayang dan perpaduan

KOTA KINABALU: Jesselton Berselawat 2026 yang berlangsung di Jeti DBKK, di sini, pada 18 Julai 2026 berjaya menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat bagi menyemarakkan budaya berselawat serta mengangkat nilai kasih sayang dan perpaduan. Inisiatif Sekretariat Borneo Berselawat (SBB) itu membawa tema ‘Menjunjung Adab & Keharmonian’ dengan slogan ‘Dari Borneo Untuk Rasulullah SAW’ bagi sama-sama berselawat ke […]
Taktik seludup ganja dalam parcel tumpas, enam ditahan

KOTA KINABALU: Penahanan seorang lelaki bersama parcel mengandungi 329 gram ganja membawa kepada beberapa serbuan susulan sehingga enam individu termasuk dua wanita ditahan di sekitar bandar raya ini, kelmarin. Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah itu bermula selepas menerima maklumat daripada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) berkaitan […]
Polis tumpas kegiatan pecah rumah, curi motosikal di Lahad Datu

LAHAD DATU: Polis menahan enam lelaki termasuk tiga remaja menerusi beberapa siri tangkapan bagi membantu siasatan kes pecah rumah, curi dan curi motosikal di sekitar daerah ini. Semua suspek berusia antara 15 hingga 53 tahun ditahan dalam operasi berasingan yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, antara 15 hingga […]
Warga emas ditahan disyaki rogol wanita OKU

TAWAU: Seorang warga emas ditahan polis selepas disyaki merogol seorang wanita orang kurang upaya (OKU) yang menghidap gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD) dalam kejadian di daerah ini. Suspek warga tempatan berusia 66 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dalam serbuan di sebuah […]
Dua ditahan, CPO lebih RM400,000 dirampas

TAWAU: Cubaan menyimpan minyak sawit mentah (CPO) tanpa lesen tumpas apabila Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah menyerbu sebuah premis di Kampung Nasib Kita, Balung, di sini, semalam. Dalam serbuan itu, dua individu ditahan bagi membantu siasatan selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti penyimpanan CPO tanpa lesen yang sah. Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten […]
Polis giat buru suspek curi kabel di Papar

PAPAR: Polis sedang giat mengesan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes kecurian kabel yang dilaporkan berlaku di sekitar Jalan Takis Hospital, di sini, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Heryan Mohd Tahir, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada jam 2.27 pagi daripada saksi awam. Katanya, saksi mendapat melihat sebuah kereta Perodua […]
Lelaki yang dilaporkan dibaham buaya ditemukan maut

KINABATANGAN: Seorang lelaki yang dilaporkan dibaham buaya ketika mencuci bot di Sungai Kampung Batu Putih, di sini, petang semalam, ditemukan meninggal dunia awal pagi tadi. Mangsa, Rusli Mardin, 57, ditemukan oleh orang awam kira-kira 500 meter dari lokasi dia dipercayai disambar reptilia berkenaan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Suriyadi Darwis berkata, pihaknya menerima […]
Anak lihat bapa dibaham buaya ketika cuci bot

KINABATANGAN: Seorang anak berdepan detik paling mengerikan apabila melihat bapanya dipercayai dibaham seekor buaya sebelum mangsa hilang dari pandangan ketika mereka mencuci bot di Kampung Batu Putih, di sini, petang tadi. Mangsa, Rusli Mardin, 57, sehingga kini masih belum ditemukan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Suriyadi Darnis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada […]