Buli bukan hal remeh, Akta Antibuli 2026 wajar disokong

KOTA KINABALU: Persatuan Kebajikan Masyarakat Bingkor menyatakan sokongan penuh terhadap pelaksanaan Akta Antibuli 2026 yang mula berkuat kuasa pada 16 Jun lalu sebagai langkah memperkukuh perlindungan terhadap mangsa buli serta mewujudkan persekitaran yang lebih selamat, harmoni dan berteraskan nilai kemanusiaan. Pengerusinya, Yazid Mohd Hasnan Tawik @ Charles, berkata penguatkuasaan akta berkenaan membuktikan kesungguhan kerajaan dalam […]

Madius tuntut penjelasan isu persetujuan Sabah dalam pelaksanaan AKPS

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menuntut penjelasan jelas daripada Kerajaan Persekutuan berhubung sama ada persetujuan rasmi Kerajaan Sabah diperoleh sebelum pelaksanaan Akta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 (AKPS) diperluaskan ke negeri itu. Beliau berkata, persoalan yang dibangkitkannya di Parlimen sebelum ini masih belum dijawab secara langsung walaupun penjelasan […]

PIBG, sekolah perlu giatkan usaha kesedaran elak kejadian buli – Jamawi

TENOM: Semua pihak, khususnya Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta sekolah perlu mempergiatkan usaha kesedaran bagi membendung gejala buli dalam kalangan pelajar. Perkara itu ditekankan Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri, Datuk Jamawi Jaafar ketika mengulas insiden buli membabitkan murid sebuah asrama sekolah rendah di Tenom yang tular baru-baru ini. “Kita mengharapkan kerjasama […]

Agong kurnia sumbangan RM500,000 kepada mangsa kebakaran Kudat dan Sandakan

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor merakamkan penghargaan bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar mengurniakan sumbangan untuk mangsa kebakaran di Kudat dan Sandakan. Sumbangan berjumlah RM500,000 itu disampaikan Pemegang Amanah Urusan Yayasan Sultan Ibrahim Johor, Tan Sri Avinderjit Singh kepada Ketua Menteri sambil […]

Team Futsal SUKMA Sabah sasar tiga terbaik pada temasya SUKMA 2026

KOTA KINABALU: Pasukan Futsal SUKMA Sabah menyasarkan kedudukan tiga terbaik pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Selangor yang dijangka berlangsung Ogos depan. Ketua Jurulatih SUKMA Futsal Sabah, Azman Soaibah, berkata pasukannya kini berada di landasan tepat dalam mempersiapkan diri menghadapi perlawanan SUKMA dengan sasaran untuk melangkah sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir. Katanya, persiapan rapi […]

Laporan polis dibuat selepas komen hina TYT Sabah tular

KOTA KINABALU: Tindakan seorang pengguna media sosial dipercayai memuat naik komen berunsur penghinaan dan kata-kata kesat terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah (TYT), Tun Musa Aman, mengundang kecaman ramai selepas kandungan itu tular di media sosial. Susulan itu, Pengerusi Wakil Pertubuhan Kebajikan Komuniti Kingfisher Sabah (PERKINGSA), Mohd Zul Feqar Mudry tampil membuat laporan polis di Balai […]

CCTV, rondaan berkala pastikan pengguna LPB patuhi had laju, undang-undang

KOTA KINABALU: Kerajaan perlu memperkukuh penguatkuasaan di sepanjang jajaran Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah bagi menjamin keselamatan pengguna dan mengelak kemalangan jalan raya. Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah, berkata ia boleh dilakukan melalui pemasangan kamera litar tertutup (CCTV), rondaan berkala dan pendidikan keselamatan jalan raya yang berterusan. Perkara itu dibangkitkan ketika beliau membahas Rang […]

Murid perempuan dibuli dalam asrama, tiga pelajar dipanggil bantu siasatan

TENOM: Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian seorang murid perempuan berusia 10 tahun yang dipercayai menjadi mangsa buli di sebuah asrama sekolah di daerah ini selepas video kejadian itu tular di media sosial. Dalam kejadian dipercayai berlaku pada 11 Jun lalu di asrama puteri sebuah sekolah rendah di pedalaman Tenom, mangsa dilaporkan dipukul, ditendang dan […]

Kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas selepas tergelincir ke sungai

PAPAR: Seorang kanak-kanak berusia 8 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Jalan Manggis, Kampung Kaiduan, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian jam 8.15 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Najmal Walki dikatakan sedang bermain di tepi sungai berkenaan sebelum tiba-tiba tergelincir ke dalam sungai. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rony […]

PPM tumpaskan sindiket seleweng bahan api, rampas lebih setengah juta ringgit

KOTA KINABALU: Kegiatan penyelewengan barang kawalan bersubsidi membabitkan minyak diesel dan petrol berjaya dibongkar Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah menerusi dua operasi berasingan di Semporna dan Kota Kinabalu yang membawa kepada rampasan bernilai lebih RM526,000. Dalam operasi dijalankan di bawah Op Taring Landai Khas itu, enam individu termasuk dua warga asing turut ditahan […]