Kemajuan Projek LPB dipantau rapi, jika lewat ada kos perlu ditanggung – Salleh

KOTA KINABALU: Setiap kelewatan terhadap Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) membawa kos kepada kerajaan, selain menangguhkan manfaat yang sepatutnya dinikmati rakyat. Ketua Merinyu Projek Kerajaan Negeri, Datuk Seri Salleh Said Keruak, berkata atas sebab itu beliau menegaskan komitmennya untuk terus memantau secara rapi pelaksanaan projek berkenaan. Katanya, setakat ini beberapa pakej utama projek LPB Sabah […]

6,850 liter petrol disyaki diseleweng dirampas di Semporna

SEMPORNA: Sebanyak 6,850 liter minyak petrol disyaki untuk tujuan penyelewengan dirampas dalam dua operasi berasingan di kawasan perkampungan atas air Kampung Mesra, di sini, hari ini. Rampasan itu diperoleh hasil pemeriksaan yang dijalankan Pasukan Polis Marin (PPM) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah sebelum diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) […]

Pengedar dadah warga asing ditahan

LAHAD DATU: Kegiatan seorang lelaki warga asing yang dipercayai aktif mengedar dadah di daerah ini terbongkar apabila ditahan dalam serbuan Op Tapis di Kampung Sharip Simunul, di sini, semalam. Dalam serbuan itu, polis turut merampas dadah disyaki syabu seberat 50.75 gram yang dianggarkan bernilai RM5,582.50. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, […]

Tindakan tatatertib: Setiap pelajar diberi peluang yang adil – UMS

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) komited untuk memastikan setiap pelajar diberikan peluang yang adil dan sewajarnya selaras dengan prinsip keadilan, tadbir urus yang baik dan peraturan universiti yang berkuat kuasa. Menerusi satu kenyataan pada Isnin, UMS menyatakan pihaknya mengambil maklum pelbagai pandangan yang dikemukakan berhubung proses tindakan yang sedang dilaksanakan membabitkan dua pelajarnya. “Proses […]

Kadar pengangguran turun bukti ekonomi Sabah semakin baik – Azrul

KOTA KINABALU: Sabah berada di landasan yang betul dalam usaha meningkatkan ekonomi dan menambah peluang pekerjaan sebagai langkah utama untuk menurunkan kadar pengangguran yang sebelum ini pada tahap yang tinggi. Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Datuk Azrul Ibrahim, berkata sehingga suku pertama tahun ini, kadar pengangguran di negeri ini menurun kepada 5.5 peratus berbanding […]

Wanita ditahan, air dan daun ketum dirampas

PENAMPANG: Aktiviti memproses air ketum yang dipercayai dilakukan secara senyap di sebuah rumah di Kampung Ulu Seberang, di sini, berakhir apabila seorang wanita diberkas bersama puluhan botol minuman terbabit dalam serbuan polis. Dalam operasi kira-kira jam 1 petang pada 19 Jun lalu, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah […]

Lima nelayan terselamat selepas bot karam dipukul ombak

SANDAKAN: Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki karam selepas dipukul ombak besar di perairan berhampiran Pulau Nunuyan, dekat sini, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, semua mangsa lelaki warga tempatan berusia antara 38 hingga 59 tahun dipercayai sedang dalam perjalanan pulang ke Jeti Nelayan Karamunting selepas keluar memancing sejak […]

The Male-Efficient dari Sabah harumkan nama negara di festival koir antarabangsa

KOTA KINABALU: Kumpulan koir lelaki dari Sabah, The Male-Efficient, mengharumkan nama negeri dan negara apabila mencatat kejayaan cemerlang pada Sarawak International Choral Festival & Symposium 2026 yang berlangsung di Kuching, Sarawak, dari 19 hingga 21 Jun lalu. Festival anjuran Kuching Choral Society itu menghimpunkan kira-kira 1,200 peserta dari lima negara iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina […]

96 warga asing ditahan dalam operasi JIM Sabah

KOTA KINABALU: Seramai 96 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah dalam beberapa operasi penguatkuasaan bersepadu yang dijalankan di Kota Kinabalu dan Tawau bagi mengesan serta membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI). Dalam operasi di Kota Kinabalu, seramai 214 individu diperiksa menerusi Ops Bersepadu bersama Majlis Perbandaran Penampang (MPP), Ops Kutip dan Ops […]

13 lagi rumah setinggan dirobohkan dalam operasi terbaru DBKK

KOTA KINABALU: Sebanyak 13 rumah setinggan haram di kawasan belakang Alamesra, Likas dirobohkan dalam operasi penguatkuasaan terbaru yang dilaksanakan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), 19 Jun lalu. Operasi bersepadu yang berlangsung dari jam 8 pagi hingga 5 petang itu dijalankan bagi menangani isu pencerobohan tanah kerajaan, pembinaan struktur haram dan pertumbuhan penempatan setinggan yang tidak […]