Piala Dunia: 500 anak muda meriahkan program santai Belanda vs Sweden di Sandakan

SANDAKAN: Kira-kira 500 anak muda dari sekitar daerah ini memeriahkan Program Santai Menyaksikan FIFA World Cup di Bandar Utama IJM, di sini, pada awal pagi Ahad. Ia bagi perlawanan Kumpulan F, Belanda menentang Sweden bermula jam 1 pagi yang berkesudahan 5-1. Program anjuran Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) itu turut dihadiri pemangku Ketua […]

Jambatan konkrit Kampung Tanjung Aru berdepan hakisan teruk, berisiko runtuh bila-bila masa – Junz Wong

KOTA KINABALU: Jambatan konkrit Kampung Tanjung Aru kini dalam keadaan bahaya berikutan kerosakan tiang sokongan akibat hakisan air laut. ADUN Tanjung Aru, Datuk Junz Wong, berkata keadaan itu sangat membimbangkan keselamatan dan boleh menjejaskan laluan penduduk. “Saya amat bimbang dengan keadaan Jambatan Konkrit Kampung Tanjung Aru yang kini berada pada tahap yang sangat membahayakan. “Berdasarkan […]

BN Sabah kekal sokong kepimpinan Hajiji, peranan dalam kerajaan bukan jadi parti dominan – Salleh

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah kekal komited menyokong kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan pelaksanaan Agenda Sabah demi pembangunan negeri, kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat negeri ini. Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Salleh Said Keruak, berkata sebagai sebahagian daripada Kerajaan negeri, BN Sabah akan terus memainkan peranan secara konstruktif dalam menyokong kepimpinan […]

Kerajaan komited dekati usahawan muda melalui pelbagai bantuan, inisiatif

TAWAU: Usaha mendekati dan membantu usahawan muda menerusi Jelajah Outreach Usahawan Muda diteruskan di Zon Tawau dan Kalabakan, baru-baru ini. Pemangku Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Azrul Ibrahim, berkata program itu membuktikan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam menyantuni golongan belia dan usahawan muda melalui pelbagai bantuan, inisiatif serta program yang signifikan. […]

Lelaki ditahan bersama 10 tenggiling, sisik disyaki hidupan dilindungi

KINABATANGAN: Seorang lelaki warga asing ditahan selepas didapati memiliki beberapa hidupan liar dan bahagian hidupan liar yang dipercayai dilindungi dalam satu operasi di Kampung Paris 3, di sini, malam tadi. Dalam operasi kira-kira jam 8.30 malam itu, Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 15 menjalankan pemeriksaan terhadap suspek berusia 27 […]

Pillars of Sabah hasilkan mural unik untuk KupiKupiFM, tonjol kepelbagaian etnik Sabah

KOTA KINABALU: Persatuan Seni Masyarakat Tonggak Sabah (Pillars of Sabah) mencipta sejarah tersendiri apabila menghasilkan mural khas untuk stesen radio komuniti nombor satu Sabah, KupiKupiFM, yang mengetengahkan identiti serta kepelbagaian etnik di negeri ini. Wakil persatuan itu, Jared Abd Rahman, 39, berkata mural berkenaan adalah karya asli yang dihasilkan sepenuhnya oleh pasukan mereka tanpa meniru […]

166 PATI warga Filipina dihantar pulang ke negara asal

LAHAD DATU: Seramai 166 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina dihantar pulang ke negara asal menerusi program pemindahan tahanan yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah melalui Pelabuhan Lahad Datu, di sini. Pemindahan itu membabitkan tahanan dari Depot Imigresen Kota Kinabalu dan Depot Imigresen Sandakan yang dibawa ke Pelabuhan Bongao, Tawi-Tawi, Filipina menggunakan perkhidmatan […]

Lelaki ditemui meninggal dunia di belakang kedai buku

TAWAU: Seorang lelaki berusia lingkungan 50-an ditemui meninggal dunia di kawasan belakang sebuah kedai buku di Batu 3, Jalan Apas, di sini, petang tadi. Dalam kejadian itu, Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau menerima maklumat berhubung penemuan lelaki terbabit kira-kira jam 2.08 petang sebelum sepasukan polis dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan […]

KPDN rampas diesel disimpan dalam lori peti ikan

SEMPORNA: Taktik menyembunyikan minyak diesel bersubsidi di dalam lori yang diubah suai dengan peti ikan bagi mengaburi pihak berkuasa terbongkar selepas diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam Ops Tiris 4.0 di Kampung Simunul, di sini, hari ini. Dalam operasi kira-kira jam 10.30 pagi itu, sepasukan penguat kuasa KPDN Cawangan Semporna […]

Sotong ‘inti’ ikan bukan ‘mainan’ peniaga – KPDN diberitahu

KOTA KINABALU: Peniaga di Pasar Besar Kota Kinabalu, di sini, menafikan memasukkan ikan dalam badan sotong bagi menambah berat makanan laut itu apabila dibeli pengguna. Penafian itu dijelaskan kepada Pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ketika menyiasat aduan pengguna yang mengesyaki ditipu peniaga apabila mendapati sotong dibelinya ‘disumbat’ dengan ikan, dipercayai […]