Penagih di Sabah berkurang tahun lalu

KOTA KINABALU: Sabah menunjukkan pengurangan sebanyak 5.9 peratus jumlah penagih yang dikesan pada 2025 kepada seramai 8,665 orang berbanding 9,607 orang pada 2024. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata Sabah turut merekodkan kadar yang terbaik di seluruh negara pada tahun lalu dengan seramai 230 penagih dadah dan penyalahgunaan bahan dikesan. “Ini menunjukkan keberkesanan tindakan […]
Syarikat pengangkutan darat barangan, awam perlu daftar SKDS untuk dapat subsidi diesel

KOTA KINABALU: Syarikat sektor pengangkutan darat barangan dan awam di Sabah, Sarawak dan Labuan digesa mendaftar segera dalam Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS). Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata langkah itu perlu bagi memastikan mereka menerima fleet card untuk kenderaan berdaftar bagi membeli diesel pada harga subsidi. Katanya […]
Mayat wanita ditemui terapung di tasik

TAWAU: Mayat seorang wanita dipercayai berusia lingkungan 30-an ditemukan terapung di sebuah tasik di Jalan Sin Onn, di sini, pagi tadi. Mayat berkenaan ditemui orang awam sebelum kejadian itu dilaporkan kepada pihak berkuasa pada jam 9.45 pagi. Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Timbalan Penguasa Bomba II Jemishin Ujin berkata, sepasukan enam anggota […]
Polis serbu ‘port’ sabung ayam

PENAMPANG: Kegiatan perjudian sabung ayam yang dipercayai dijalankan secara rahsia di sebuah rumah di Kampung Buit Hills, di sini, terbongkar selepas diserbu polis dalam operasi khas, petang semalam. Dalam serbuan kira-kira jam 3 petang itu, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang menyerbu lokasi berkenaan hasil maklumat dan […]
251 atlet muda sertai Kejohanan Karate Antara Sekolah Telupid-Tongod

TELUPID: Sebanyak 251 peserta daripada 49 sekolah membabitkan 11 daerah di Sabah menyertai Kejohanan Karate Antara Sekolah Telupid-Tongod Kali Ke-2 2026 yang berlangsung selama tiga hari di Dewan DMO, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telupid. Kejohanan yang berlangsung dari 12 hingga 14 Jun itu menghimpunkan atlet dari Telupid, Tongod, Ranau, Kinabatangan, Kiulu, Tuaran, Kota Belud, Tamparuli, […]
Kempen keselamatan kebakaran perkukuh kesiapsiagaan penduduk Petagas

PUTATAN: Kesedaran terhadap aspek keselamatan kebakaran dalam kalangan masyarakat terus diperkukuhkan menerusi penganjuran Kempen Keselamatan Kebakaran Bomba Komuniti DUN Petagas yang berlangsung di Kampung Petagas, di sini, semalam. Program yang dihadiri kira-kira 150 penduduk kampung itu dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan […]
Peminat Manchester United berpeluang menang pakej ke Old Trafford

KOTA KINABALU: Sekurang-kurangnya 10 penyokong bertuah Manchester United berpeluang memenangi pakej lawatan lengkap ke Stadium Old Trafford menerusi cabutan bertuah pada Majlis Makan Malam Tahunan United Malaysia Ke-8 yang akan berlangsung pada 27 Jun ini. Presiden United Malaysia, Batholomew Jingulam, berkata sambutan terhadap acara tahunan terbesar kelab penyokong rasmi Manchester United di negara ini amat […]
Rumah, lapan kenderaan musnah dalam kebakaran

LAHAD DATU: Sebuah rumah dua tingkat musnah dalam kebakaran yang turut merosakkan enam kereta dan empat motosikal di Kampung Bumiputra Silam, Lorong Usman Duri 3, di sini, petang tadi. Dalam kejadian itu, empat kereta dan empat motosikal musnah sepenuhnya, manakala dua lagi kereta mengalami kerosakan akibat bahang kebakaran. Tiada mangsa dilaporkan cedera atau terlibat. Ketua […]
Dua warga asing ditahan bersama bom ikan

SEMPORNA: Cubaan dua lelaki warga asing meloloskan diri daripada pemeriksaan pihak berkuasa gagal apabila bot yang dinaiki mereka berjaya dipintas dalam operasi khas di perairan Pulau Karindingan, semalam. Lebih membimbangkan, pemeriksaan terhadap bot berkenaan membawa kepada penemuan enam botol yang disyaki mengandungi bom ikan, dipercayai digunakan untuk aktiviti penangkapan ikan secara haram yang boleh merosakkan […]
Rizab Biosfera Kinabatangan dan Banjaran Crocker penting untuk Sabah

KOTA KINABALU: Pemasyhuran Rizab Biosfera Kinabatangan, yang kedua di Sabah selepas Rizab Biosfera Banjaran Crocker menjadi detik bersejarah dan pencapaian membanggakan bagi Sabah dan Malaysia. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata pengiktirafan oleh UNESCO pada tahun lalu membuktikan landskap Kinabatangan yang meliputi 413,866 hektar memiliki nilai biodiversiti dan kepentingan ekologi yang luar biasa di […]