Juragan terjun laut tinggalkan rokok seludup

LAHAD DATU: Cubaan menyeludup pelbagai barangan dipercayai dari negara jiran gagal apabila Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu berjaya memintas sebuah bot mencurigakan dalam operasi di perairan Pantai Merabung, di sini, tengah malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, juragan bot berkenaan bertindak terjun ke laut sebelum melarikan diri ke kawasan pantai […]

Mayat lelaki hanyut ditemui selepas operasi SAR hari kedua

KOTA BELUD: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus sungai ketika mandi-manda di Kampung Tambatuon, Jalan Tamparuli – Ranau, di sini, ditemui meninggal dunia pagi tadi. Mangsa, Abner Lasmel, 24, ditemui oleh orang awam kira-kira jam 7 pagi di kawasan sungai berkenaan selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari kedua. Ketua Balai […]

Kerajaan akui sumbangan wartawan, bekerja tanpa kira waktu

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyatakan sokongan berterusan terhadap industri media di Sabah melalui tajaan kewangan untuk penganjuran Kinabalu Press Awards (KPA). Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata sejak 2025, sumbangan tajaan untuk penganjuran KPA meningkat sebanyak RM110,000 berbanding RM100,000 pada 2024. “Peningkatan sumbangan tajaan ini membuktikan bahawa kerajaan negeri sentiasa menghargai dan mengiktiraf sumbangan […]

Kerajaan Sabah komited pastikan perpaduan kekal utuh

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri sentiasa komited memastikan perpaduan dan keharmonian terus menjadi asas kepada pembangunan Sabah. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata kerajaan pimpinannya sentiasa menyokong semua program berunsur perpaduan yang mempertemukan rakyat daripada pelbagai latar belakang, agar hubungan antara komuniti terus diperkukuh. “Kita juga mengangkat aspirasi Malaysia MADANI yang mengutamakan konsep kesejahteraan, ihsan, […]

Info X pelopor Mobile Journalism di Sabah, mula lakar nama dalam Anugerah Kewartawanan Kinabalu

KOTA KINABALU: Portal berita Info X muncul antara pelopor ‘Mobile Journalism’ (MoJo) di Sabah yang diiktiraf menerusi Anugerah Mobile Jornalism diterima wartawannya sempena Anugerah Kewartawanan Kinabalu (KPA) 2026 pada Sabtu. Wartawan Info X, Junaidi Ladjana juga menjadi pengamal media pertama di negeri ini yang menerima anugerah itu berdasarkan liputan langsung dibuatnya sepanjang berkhidmat dengan Info […]

Mandi bersama rakan, lelaki hanyut dibawa arus

KOTA BELUD: Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus deras ketika mandi-manda di sungai Kampung Tambatuon, Jalan Tamparuli – Ranau, di sini, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa Abner Lasmel, 24, dikatakan menjalankan aktiviti riadah bersama beberapa rakannya sebelum dihanyutkan arus sungai yang kuat dan hilang dari pandangan. Ketua Balai […]

PM umum peruntukan RM250,000 untuk sekolah di Sipitang

SIPITANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan segera RM250,000 untuk sekolah menengah di daerah ini, sempena lawatan kerjanya, di sini, pada Sabtu. Katanya, walaupun peruntukan itu tidak diminta, beliau mengarahkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) untuk menyalurkan segera kepada sekolah di daerah ini. Peruntukan itu, katanya untuk membantu sekolah menambah kemudahan seperti peralatan komputer, […]

Projek Sabah Southern Madani Link pastikan bekalan elektrik lebih stabil untuk pembangunan negeri – KM

SIPITANG: Bekalan elektrik di Sabah disasar lebih stabil dan menjadi pemangkin pembangunan ekonomi negeri menerusi pelaksanaan Projek Sabah Southern MADANI Link, di sini. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata projek infrastruktur penghantaran elektrik itu adalah pelaburan strategik yang akan memberi kesan besar kepada kestabilan dan kemampanan tenaga negeri, sekali gus menyokong pembangunan ekonomi jangka […]

ESSCOM rampas minyak masak, petrol bernilai lebih RM101,000

SANDAKAN: Sebanyak 2,380 paket minyak masak bersubsidi dan 150 liter petrol yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran dirampas dalam serbuan Op Tiris 4.0 di kawasan jeti Sungai Jipon, Jalan Datuk Tay, di sini, malam tadi. Dalam operasi kira-kira jam 10.30 malam itu, Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) turut menahan seorang lelaki yang gagal mengemukakan […]

Objek disyaki bom lama ditemui penyelam, TLDM laksana operasi pemusnahan

KOTA KINABALU: Objek disyaki bahan letupan lama atau Unexploded Ordnance (UXO) yang ditemui di dasar laut berhampiran Pulau Mamutik, di sini berjaya dimusnahkan menerusi operasi khas yang dilaksanakan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), semalam. Markas Pemerintahan Armada Timur dalam kenyataan media, hari ini memaklumkan operasi berkenaan dilaksanakan hasil kerjasama antara Cawangan Selam Markas Pemerintahan Armada […]