Suami isteri ditahan, ganja hampir 300 gram dirampas

PENAMPANG: Kegiatan dipercayai mengedar ganja yang dijalankan sepasang suami isteri berakhir apabila kedua-duanya diberkas dalam dua operasi berasingan di sekitar Putatan dan Penampang, 4 Jun lalu. Dalam operasi itu, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang turut merampas ganja seberat 294.66 gram dengan nilai anggaran RM2,950. Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang, […]

Bertenang dan patuhi arahan pihak berkuasa – KM

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menasihati penduduk di Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu supaya bertenang serta mematuhi arahan pihak berkuasa susulan amaran tsunami berikutan gempa bumi berukuran 7.9 skala Richter yang berlaku di Mindanao, Selatan Filipina, pagi Isnin. Beliau berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) di daerah terbabit sudah diaktifkan bagi […]

Amaran tsunami di Sabah susulan gempa bumi kuat 7.9 magnitud di Mindanao

KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran tsunami bagi beberapa kawasan pantai di Sabah susulan kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang melanda Mindanao, Filipina, pagi ini. METMalaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, gempa bumi berkenaan dikesan berlaku pada jam 7.37 pagi tadi berpusat di koordinat 5.7° Utara dan 125.1° Timur, dengan kedalaman […]

Tiada kejadian luar biasa susulan gempa bumi kuat Mindanao

KOTA KINABALU: Tiada sebarang kejadian luar biasa, kerosakan struktur atau peningkatan paras air laut yang membahayakan dilaporkan di kawasan pantai timur Sabah susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang melanda Mindanao, Filipina, pagi tadi. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan, hasil pemantauan yang dijalankan di beberapa kawasan terjejas setakat […]

Gempa bumi kuat di Mindanao, gegaran dirasai hingga Tawau dan Semporna

KOTA KINABALU: Gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang melanda Mindanao, Filipina pagi ini turut menyebabkan gegaran dirasai di beberapa kawasan di pantai timur Sabah termasuk Tawau dan Semporna. Dalam kejadian jam 7.37 pagi itu, gempa bumi berkenaan dikesan berlaku pada koordinat 5.7 darjah Utara dan 125.1 darjah Timur, kira-kira 97 kilometer (km) selatan Koronadal City, […]

Isteri orang, lelaki bujang dicekup dalam Ops Cegah Maksiat

KUNAK: Seorang penjawat awam yang masih berstatus isteri orang antara individu yang ditahan dalam Operasi Cegah Maksiat dijalankan penguat kuasa Pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Kunak, pada Ahad lalu. Wanita itu ditahan bersama seorang lelaki bujang dalam serbuan di sebuah rumah sewa di daerah ini hasil maklumat awam dan risikan yang […]

Projek SMK Langkon terbengkalai 16 tahun, pelajar menumpang di sekolah lain

KOTA MARUDU: Projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkon, di sini terbengkalai sejak 16 tahun lalu menyebabkan pelajarnya terpaksa menumpang di bangunan sekolah lain. Isu itu mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Sains dan Teknologi negeri, Datuk James Ratib ketika melawat tapak sekolah menengah berkenaan, di sini. Dalam lawatan itu, beliau dimaklumkan seramai kira-kira 650 pelajar SMK […]

Kerajaan tetapkan hala tuju baharu pembangunan sektor pelancongan Sabah

TUARAN: Kerajaan Negeri melalui Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri sedang merangka Pelan Pembangunan Pelancongan Sabah sebagai panduan jangka panjang bagi membangunkan sektor pelancongan negeri. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata pelan komprehensif itu dijangka siap sebelum penghujung tahun ini. Beliau berkata, pelan tindakan itu akan menetapkan hala tuju baharu bagi pertumbuhan sektor […]

‘Umur 20 tahun belum ada MyKad’

‎KOTA BELUD: Ada penduduk tempatan dikesan tidak memiliki dokumen pengenalan diri walaupun sudah berumur 20 tahun akibat kurang kesedaran mengenai undang-undang yang mewajibkan dokumentasi diri setiap individu. Perkara itu didedahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk, Datuk Mohd Arsad Bistari berdasarkan masalah dokumentasi dikemukakan penduduk daerah ini pada Program Mahkamah Bergerak di Pusat Khidmat Rakyat […]

700 berjalan kaki sempena 14th Morther’s Day Walk Abreast 2026

KOTA KINABALU: Kira-kira 700 peserta menjayakan program berjalan kaki 14th Morther’s Day Walk Abreast 2026 di Taman Awam Teluk Likas, di sini, pada Ahad. Program tahunan bertemakan ‘Step by Step, Side by Side’ anjuran Sabah Kinabalu Pink Ribbon itu disempurnakan isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag. Caption Isteri Ketua Menteri yang juga Yang Dipertua […]