Tragedi Double Six: Masa depan Sabah dipandu keberanian, perpaduan dan komitmen pertahan negeri – Donald Mojuntin

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog, Datuk Donald Mojuntin menyifatkan Tragedi Double Six bukan sekadar satu peristiwa yang perlu dikenang. Sebaliknya, beliau berkata ia adalah peringatan bahawa masa depan Sabah mesti sentiasa dipandu oleh keberanian, perpaduan dan komitmen untuk mempertahankan hak serta kepentingan negeri ini. Katanya, semangat itulah yang terus menjadi asas perjuangan […]
Ulang tahun ke-50 Tragedi Double Six

KOTA KINABALU: Tragedi Double Six yang menyaksikan sebahagian anggota Kabinet Sabah, termasuk Ketua Menteri, Allahyarham Tun Fuad Stephens terkorban dalam nahas pesawat di pantai Sembulan, di sini, pada 6 Jun 1976, sudah berlalu selama setengah abad. Hari ini, 6 Jun 2026 adalah ulang tahun ke-50 tragedi sedih itu dan ia masih diingati sebagai peristiwa penting […]
Isu kekurangan doktor di Hospital Lahad Datu: Pastikan khidmat kesihatan tidak terjejas – Julita

KOTA KINABALU: Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat menegaskan keutamaan untuk memastikan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat di Hospital Lahad Datu tidak terjejas. Menterinya, Datuk Julita Majungki, berkata pihaknya memahami kebimbangan yang dibangkitkan berhubung kekurangan Pegawai Perubatan di hospital itu dan tidak akan membiarkannya menjejaskan perkhidmatan kepada rakyat. Katanya, beliau dimaklumkan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) […]
Dua warga asing ditahan disyaki buat bom ikan

SEMPORNA: Taktik dua warga asing menjadikan dua rumah di Kampung Hidayat, Pulau Bum Bum sebagai lokasi menghasilkan bom ikan terbongkar apabila diserbu polis, semalam. Serbuan kira-kira jam 11 pagi itu membawa kepada penahanan seorang lelaki dan seorang wanita berusia 25 dan 24 tahun serta rampasan pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan berkenaan. Ketua Polis […]
Kilang ais blok diserbu, aset RM2.1 juta dirampas

TAWAU: Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan kegiatan sebuah premis pengeluaran ais blok dipercayai beroperasi tanpa kelulusan dan lesen dalam operasi bersepadu bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Tawau dan Majlis Perbandaran Tawau (MPT), pada Khamis. Menurut kenyataan Batalion 14 PGA Tawau, operasi yang dijalankan kira-kira jam 8 pagi itu disasarkan ke atas premis Fresh Ice […]
Operator kilang didakwa rogol adik kandung

LAHAD DATU: Seorang lelaki dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan merogol adik kandung sehingga hamil pada Disember tahun lalu. Operator kilang berumur 31 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suhailla Selag. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram dengan merogol adik kandung perempuannya berusia […]
675 liter petrol dirampas, lelaki ditahan di jeti

SEMPORNA: Cubaan menyimpan dan memiliki sejumlah besar petrol tanpa kebenaran gagal apabila seorang lelaki ditahan dalam operasi penguatkuasaan di Jeti Kampung Air, Pekan Semporna, di sini, semalam. Dalam operasi yang dijalankan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 22 Kunak itu, sebanyak 675 liter petrol bersama sebuah bot kayu tanpa nombor pendaftaran dan sebuah enjin sangkut Yamaha […]
Lebih 20,000 petak parkir di pusat bandar raya, DBKK galak orang ramai guna kemudahan disediakan

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memaklumkan bahawa kemudahan tempat letak kereta di pusat bandar adalah mencukupi dengan lebih 20,000 petak parkir disediakan bagi memastikan kelancaran trafik, keselamatan pengguna jalan raya serta keselesaan pengunjung. DBKK menjelaskan, ketika ini kira-kira 4,005 petak parkir awam disediakan di kawasan pusat bandar dan sekitarnya, selain beberapa kemudahan parkir […]
Dituduh ceroboh tanah, dua individu mengaku tidak bersalah

TAWAU: Dua individu dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan menceroboh tanah milik sebuah syarikat dengan niat mengganggu operasi pekerja syarikat itu, bulan lalu. Tertuduh, masing-masing seorang penyelia dan juruukur kanan sebuah syarikat perlombongan emas bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Don Stiwin Malanjum. Kedua-dua tertuduh, Chok Kat Leong, 65, dan […]
Tiga lelaki ditahan, 1,000 liter diesel dirampas

BEAUFORT: Taktik menggunakan kenderaan yang diubah suai bagi memindahkan diesel gagal apabila tiga lelaki ditahan dan 1,000 liter bahan api itu dirampas dalam operasi penguatkuasaan di sebuah stesen minyak di Pekan Beaufort, dekat sini. Rampasan turut membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda, pam minyak elektrik, hos dan dokumen berkaitan dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM23,320. Kes […]