12 pemimpin, 288 ahli ajaran sesat ditahan dalam operasi JHEAINS – PDRM

KOTA KINABALU: Seramai 300 individu termasuk 12 pemimpin dan penganjur utama sebuah kumpulan yang dikaitkan dengan ajaran sesat ditahan dalam operasi penguatkuasaan bersepadu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di dewan sebuah sekolah menengah di Likas, semalam. Operasi itu dijalankan ketika satu program yang menghimpunkan pengikut Jemaah Ahmadiyah […]
Lima cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kudat

KUDAT: Lima individu cedera dalam kemalangan jalan membabitkan lima kenderaan di Jalan Kampung Kandawayon, di sini, tengah malam tadi. Dalam kejadian jam 12.39 tengah malam itu, kemalangan membabitkan sebuah Perodua Axia, Proton, dua Perodua Myvi dan sebuah Toyota Revo. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, PKPgB Darickson Galanang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung […]
Gelvia Vanessa dinobat juara unduk Ngadau Kaamatan 2026

PENAMPANG: Wakil daerah Papar Gelvia Vanessa Jenny dinobatkan sebagai Juara Unduk Ngadau Kaamatan 2026 pada pertandingan akhir yang berlangsung di Hongkod Koisaan, di sini, hari ini. Kemenangan itu menyaksikan beliau berjaya mengetepikan saingan daripada 52 lagi finalis yang mewakili pelbagai daerah dan cawangan Kadazandusun Cultural Association (KDCA) dari seluruh Sabah serta Semenanjung Malaysia. Naib Juara […]
Dua sepupu lemas ketika mandi di kolam kuari

SANDAKAN: Dua remaja perempuan yang juga sepupu ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai lemas ketika mandi-manda di sebuah kolam kuari di Kampung Gum-Gum, Jalan Kuari 5, di sini, petang tadi. Mangsa dikenali sebagai Nurfatin, 15, dan Nurdina Nirmala, 17, yang berjaya dikeluarkan dari kolam berkenaan hasil usaha orang awam serta pasukan penyelamat. Ketua Balai Bomba dan […]
Warga emas hilang dalam gua ketika cari sarang burung walit

LAHAD DATU: Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas dipercayai sesat ketika menjalankan aktiviti mencari sarang burung walit di dalam Gua Tepadung, Segama, di sini, sejak lima hari lalu. Mangsa, Ismail Ibrahim, 61, dikatakan memasuki gua berkenaan bersama dua rakannya pada Selasa lalu untuk mencari sarang burung walit sebelum dilaporkan hilang. Ketua Balai Bomba dan […]
KM ajak rakyat terus kukuhkan perpaduan, kebersamaan untuk kemajuan

PENAMPANG: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan keteguhan perpaduan dan kebersamaan sebagai teras utama untuk maju ke arah memastikan kelestarian pembangunan Sabah selaras dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0. Katanya, perkara itu seiring dengan komitmen kerajaan negeri yang sememangnya komited dan akan terus melipatgandakan usaha bagi memastikan kepesatan pembangunan negeri dan kebajikan […]
Kerajaan alu-alukan bayaran interim RM1.5 bilion, berharap dapat disalurkan cepat

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri berharap bayaran interim pemberian khas RM1.5 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu dapat disalurkan secepat mungkin demi manfaat rakyat Sabah. Sambil mengalu-alukan pengumuman itu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, berkata ia membuktikan kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Anwar adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan menunaikan janji. […]
Pembiayaan sewa beli lebih adil di bawah Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 yang berkuatkuasa mulai 1 Jun – Armizan

KOTA KINABALU: Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 secara rasmi akan dikuatkuasakan bermula 1 Jun 2026 sebagai langkah memperkukuh perlindungan pengguna dan memastikan sistem pembiayaan sewa beli lebih adil, telus dan berdaya saing. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata bagi fasa awal bermula 1 Jun 2026, sebanyak 11 institusi […]
Untung ketum tak sempat merasa

RANAU: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki terbabit dalam kegiatan penjualan air ketum dalam serbuan di belakang sebuah rumah di Kampung Kinapulidan, di sini, malam tadi. Dalam operasi kira-kira jam 10 malam itu, polis turut merampas lapan botol air ketum serta puluhan paket serbuk ketum dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM3,940. Ketua Polis Daerah Ranau, Superintendan […]
‘Bayaran interim RM1.5 bilion bukti jalan rundingan dipilih GRS bukan lemah’ – Nizam

KOTA KINABALU: Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenaikan bayaran interim untuk Sabah kepada RM1.5 bilion membuktikan pendekatan melalui rundingan dibuat kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor membuahkan hasil yang diharapkan. Perkara itu dinyatakan Ketua Penerangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan ketika mengulas peningkatan bayaran interim pemberian khas […]