Seorang maut, tujuh cedera dalam nahas di Chanang Hill

KENINGAU: Seorang wanita maut manakala tujuh lagi cedera selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dinaiki mereka terbabas di Jalan Chanang Hill, Bandukan, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa yang juga penumpang kenderaan berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Timbalan Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Alizam Dalaman […]

‘Bayaran khas RM1.5 bilion tidak harus dipandang sinis, dipolitikkan’

KOTA KINABALU: Pengumuman bayaran pemberian khas interim RM1.5 bilion kepada Sabah oleh Kerajaan Persekutuan membuktikan usaha berterusan Kerajaan Negeri memperjuangkan hak negeri melalui saluran rundingan mula membuahkan hasil. Menjelaskan perkara itu, bekas Presiden Persatuan Ahli-Ahli Kehormat Ikatan Relawan Malaysia (RELA) Negeri Sabah, Datuk Jerry Ambuting Mohd Said, berkata peningkatan bayaran interim daripada RM600 juta itu […]

Gagal curi kabel Sabah Electricity, suspek dicekup polis

BEAUFORT: Cubaan seorang lelaki mencuri kabel milik Sabah Electricity di tapak Projek Jalan Pan Borneo berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Patrick, Membakut, gagal apabila kegiatannya disedari pengawal keselamatan sebelum dia diberkas polis. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam Sabtu lalu, pekerja keselamatan mengesan aktiviti mencurigakan sebelum menemui sebuah motosikal dan peralatan dipercayai digunakan […]

Pemandu maut pacuan empat roda dihempap pokok reput

NABAWAN: Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya dihempap sebatang pokok reput yang tumbang secara tiba-tiba di Kilometer 36.30, Jalan Sepulut – Kalabakan, di sini, tengah hari tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa berusia 33 tahun sedang memandu dari arah Sepulut menuju ke Kalabakan bersama isterinya. Timbalan Ketua Polis […]

Power bank dipercayai milik pencari sarang burung walit hilang ditemui dalam gua

LAHAD DATU: Pengecas mudah alih (power bank) dipercayai milik seorang lelaki yang hilang ketika mencari sarang burung walit di Gua Tepadung, Segama, di sini, ditemui pasukan penyelamat pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR), hari ini. Bagaimanapun, petunjuk berkenaan masih belum membawa kepada penemuan mangsa yang dikenali sebagai Ismail Ibrahim, 61, yang dilaporkan hilang […]

Tindakan tegas terhadap mana-mana pihak sebarkan ajaran sesat – Arifin

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) memandang serius sebarang usaha untuk menyebarkan mana-mana ajaran yang difatwakan salah, sesat dan menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diwartakan di Sabah pada 2019. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Mohd Arifin Arif, berkata berikutan itu, satu tindakan diambil […]

Pemandu maut dihempap pokok tumbang

NABAWAN: Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Sepulut – Kalabakan, berhampiran Kantin Pertama, di sini, tengah hari tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengah hari itu, mangsa berusia 33 tahun dilaporkan memandu sebuah Toyota Hilux Vigo sebelum kenderaannya dihempap pokok yang tumbang secara tiba-tiba. Ketua […]

Tambahan dana RM1.5 bilion bolehkan kerajaan tumpu selesai isu asas secara menyeluruh – Azrul

KOTA KINABALU: Dana RM1.5 bilion yang bakal diterima Sabah menerusi bayaran interim pemberian khas dari Kerajaan Persekutuan disifatkan sebagai perkembangan penting dalam agenda pembangunan infrastruktur negeri ini. Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Azrul Ibrahim, berkata tambahan dana itu meletakkan Sabah di landasan yang semakin kukuh dalam usaha mengatasi masalah infrastruktur asas, khususnya berkaitan […]

Cubaan ‘bunuh diri’ di tiang lampu gagal

KOTA KINABALU: Seorang remaja memanjat tiang lampu dalam cubaan ‘bunuh diri’ selepas merajuk dimarahi ibunya di Kampung Sembulan Lama, dekat sini, pada Isnin. Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi tadi, lelaki berumur 18 tahun itu dikatakan merajuk setelah dimarahi ibunya sebelum lari ke tebingan Sungai Sembulan dekat Sadong Jaya dan memanjat tiang lampu. Dia dikatakan […]