Langkah UPKO kukuhkan kesatuan parti tempatan Sabah – Azrul

KOTA KINABALU: Keputusan UPKO memohon menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menunjukkan semakin banyak pihak melihat keperluan untuk parti tempatan bersatu dalam satu kerangka yang lebih kukuh, matang dan berpaksikan kepentingan Sabah. Pemangku Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Azrul Ibrahim, berkata langkah UPKO itu sejajar hasrat untuk melihat politik Sabah terus bergerak […]

UPKO mohon sertai GRS

KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) hari ini mengemukakan permohonan menjadi parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Permohonan itu diserahkan Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick ketika mengetuai delegasi partinya mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi GRS, hari ini. Ewon berkata, UPKO mahu menyumbang kepada penyatuan dan kerjasama […]

Warga asing ditahan bersama syabu 50 gram

SEMPORNA: Kegiatan seorang lelaki warga asing yang dipercayai terbabit dalam pengedaran dadah di daerah ini terbongkar apabila ditahan polis bersama syabu seberat 50.08 gram dalam operasi di Kampung Selamat, awal pagi tadi. Dalam operasi kira-kira jam 2 pagi itu, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Semporna turut merampas satu bungkusan plastik mengandungi ketulan hablur jernih […]

Lelaki Indonesia hilang ketika tarik pasir ditemui lemas

KOTA BELUD: Seorang lelaki warga Indonesia yang dilaporkan terjatuh ke dalam sungai ketika menjalankan aktiviti menarik pasir menggunakan bot penarik di Kampung Paka-Paka, di sini, ditemui lemas hari ini. Mangsa, Vinsensius Sare Tukan, 42, ditemukan oleh Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah pada jam 11.20 pagi di lokasi […]

Penyelidik UMS sahkan penemuan spesies baharu tumbuhan di Tawau

KOTA KINABALU: Spesimen tumbuhan misteri yang ditemukan di Taman Bukit Tawau pada 2014 akhirnya disahkan sebagai spesies baharu selepas melalui kajian saintifik mendalam oleh penyelidik Universiti Malaysia Sabah (UMS). Spesies baharu itu dikenali sebagai Ardisia condensiflora dan diterbitkan secara rasmi pada 26 Mei lalu dalam jurnal taksonomi botani antarabangsa, Phytotaxa (Vol. 758, No. 3). Penemuan […]

Lelaki hilang selepas terjatuh sungai ketika tarik pasir

KOTA BELUD: Seorang lelaki warga Indonesia dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Kampung Paka-Paka, di sini, semalam. Mangsa Vinsensius Sare Tukan, 42, dipercayai terjatuh ke sungai kira-kira jam 6 petang ketika menjalankan aktiviti menarik pasir menggunakan bot penarik. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Elge Bakuk berkata, pihaknya menerima panggilan […]

Dua rumah, sebuah Myvi musnah dalam kebakaran

SANDAKAN: Dua buah rumah jenis tidak kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Gum-Gum Batu 16, di sini, tengah malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 12.08 tengah malam itu, sebuah kereta jenis Perodua Myvi turut hangus terbakar. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan melalui talian NG999 […]

Polis tahan tujuh pelajar kes belasah pelajar perempuan

KOTA KINABALU: Seramai tujuh pelajar sekolah menengah ditahan bagi membantu siasatan susulan video tular melibatkan kes membelasah pelajar perempuan, sejak semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Abdul Rahman berkata, semua pelajar berkenaan ditahan kira-kira jam 3 petang tadi. “Tangkapan melibatkan enam pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki berusia lingkungan 15 […]

Tergelincir ketika memancing, kanak-kanak ditemukan lemas

KUDAT: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam tali air ketika memancing bersama rakannya di Kampung Masangkong, di sini, petang tadi. Mangsa dikatakan memancing di kawasan tali air yang terletak kira-kira 300 meter dari rumahnya sebelum dipercayai tergelincir dan jatuh ke dalam air. Ketua Polis Daerah Kudat, Superintendan Mohd […]

‘Putrajaya diyakini setuju semak semula, naikkan pemberian khas kepada Sabah tahun ini’

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yakin Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk membuat semakan kadar pemberian khas kepada Sabah sejajar pendirian tegas kerajaan negeri supaya semakan terkini di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan dilaksanakan pada tahun ini. Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata ketegasan itu tetap disuarakan meskipun kes berkaitan hak 40 peratus […]