‘Geng Angel’ bergaduh, seorang lebam dikeroyok lima rakan

KOTA KINABALU: Seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun dipercayai menjadi mangsa pukul beramai-ramai oleh lima pelajar perempuan lain dalam kejadian di sekitar bandar raya ini, minggu lalu. Kejadian itu terbongkar selepas rakaman video memaparkan mangsa dipukul tular di media sosial sejak semalam sebelum menerima perhatian ramai. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot […]

Seorang lagi ‘pusher’ dadah Telipok Ria dicekup JSJN Sabah

TUARAN: Seorang lelaki dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah diberkas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dalam serbuan di kawasan Taman Telipok Ria, di sini, Ahad lalu. Suspek warga Filipina berusia 52 tahun itu ditahan kira-kira jam 8 malam ketika berada di kawasan parkir hadapan sebuah premis di taman perumahan […]

Lelaki kena cekup kes tipu

TAWAU: Seorang lelaki tempatan dicekup polis ketika berada di kawasan tempat letak kereta Kampung Melati Burut, di sini, selepas disyaki terbabit dalam kes penipuan. Suspek berusia 47 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Balai Polis Bombalai menerusi operasi dijalankan kira-kira jam 8.20 malam semalam hasil maklumat dan risikan berkaitan kes berkenaan. Ketua Polis Daerah Tawau, […]

Ketua Menteri serah lembu korban di IPD Tuaran

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyempurnakan Majlis Penyerahan Lembu Korban sempena sambutan Aidiladha di Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran, di sini, pada Rabu. Beliau bersama Ahli Parlimen Tuaran yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Madius Tangau; Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri yang juga ADUN Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai; ADUN Pantai […]

MyDesa ResQ latih 120 wakil komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU: Seramai 120 wakil komuniti termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah menyertai Kursus MyDesa ResQ anjuran Institut Kemajuan Desa (INFRA) Cawangan Sabah. Kursus dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) itu diadakan di sebuah hotel di Inanam, di sini, baru-baru ini. Antara […]

Muzik Kaamatan kembali bersinar menerusi karya baharu terbitan AJ Productions

KOTA KINABALU: Syarikat penerbitan muzik tempatan, AJ Productions kembali memeriahkan industri hiburan Sabah menerusi penerbitan beberapa karya istimewa yang dikumandangkan khusus sempena sambutan Kaamatan tahun ini. Dengan mengetengahkan identiti budaya, semangat perpaduan dan keunikan warisan masyarakat Borneo, lagu berentak tradisi yang disesuaikan dengan sambutan Pesta Kaamatan itu pasti menggamit minat penggemar muzik tempatan Sabah. AJ […]

Lori diubah suai jadi ‘stor diesel’, lelaki diberkas dalam Op Tiris

PENAMPANG: Tindakan seorang lelaki tempatan dipercayai membeli dan mengumpul minyak diesel bersubsidi menggunakan lori yang diubah suai membawa padah apabila dia diberkas dalam Op Tiris dijalankan polis awal pagi tadi. Dalam operasi khas dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang itu, pasukan operasi turut merampas lebih 300 liter minyak diesel bersubsidi bersama sebuah lori rigid […]

Perutusan Aidiladha: Jaga silaturahim, elak berpecah dan berbalah – KM

KOTA KINABALU: Rakyat Sabah diingatkan supaya sentiasa menjaga silaturahim, bersatu padu dan mengelakkan daripada berpecah serta berbalah sesama sendiri. Perkara itu ditekankan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dalam perutusannya sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang disambut pada Rabu. Bagi umat Islam, beliau mengajak agar sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anakandanya, Nabi Ismail AS […]

Tipu projek korek sungai, lelaki dipenjara enam tahun enam bulan

KOTA MARUDU: Seorang lelaki tempatan dipenjara enam tahun enam bulan selepas mengaku bersalah menipu tawaran projek tidak wujud dan memalsukan dokumen membabitkan kerugian RM57,000. Ia berkaitan tawaran projek pengorekan dan pembersihan Sungai Kampung Damai, di sini yang didakwa dilakukan pada 2023. Berikutan itu, tertuduh, Mohd Azuan Galpun, 31, yang berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 468 dan […]

Perutusan Aidiladha: Ketepi segala perbezaan yang boleh renggangkan masyarakat – Tun Musa

KOTA KINABALU: Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menyeru seluruh rakyat Sabah agar terus memupuk nilai kasih sayang, persefahaman dan saling hormat menghormati sesama insan. Menerusi perutusan sempena Hari Raya Aidiladha yang disambut pada Rabu, beliau mengingatkan supaya rakyat Sabah mengenepikan segala perbezaan yang boleh merenggangkan hubungan masyarakat. Tun Musa […]