Karung penuh tembaga belum sempat ‘jalan’, dua lelaki diberkas

KOTA MARUDU: Kegiatan mencuri kabel di sekitar Pitas terbongkar selepas dua lelaki tempatan ditahan dalam operasi khas dijalankan sepasukan polis, awal pagi tadi. Dalam serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu bersama Balai Polis Pitas itu, polis turut merampas lima karung berisi tembaga dipercayai hasil kupasan kabel curi. Turut […]

Cubaan seludup PATI, lembu, diesel guna bot jongkong tidak lepas

KUDAT: Taktik menyelinap masuk menggunakan bot jongkong dalam keadaan gelap di perairan Pulau Balambangan, di sini, tidak berhasil apabila cubaan membawa lima pendatang asing tanpa izin (PATI) bersama muatan seludup berjaya dipatahkan Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2), semalam. Dalam operasi menerusi Op Pasir itu, pasukan keselamatan turut merampas beberapa barangan dipercayai cuba diseludup termasuk […]

Projek restorasi terumbu karang Pulau Selakan musnah akibat bom ikan

SEMPORNA: Restorasi Terumbu Karang di Pulau Selakan, Taman Marin Tun Sakaran (TMTS), di sini, yang dilaksanakan sejak dua tahun lalu mengalami kerosakan serius akibat aktiviti pengeboman ikan yang dikesan pada Sabtu lalu. Menerusi satu kenyataan pada Isnin, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Jafry Arifin, berkata aktiviti haram itu dilaporkan Renjer Kehormat Taman-Taman […]

Carlsberg Malaysia salur RM600,000 untuk pemuliharaan biodiversiti hutan

KUALA LUMPUR: Carlsberg Brewery Malaysia Berhad mengumumkan kerjasama strategik bernilai RM600,000 bersama Dana Hutan Malaysia (Malaysia Forest Fund, MFF) bagi menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti hutan negara menerusi program Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) baharunya, Brewing Tomorrow. Kerjasama itu menandakan langkah pertama syarikat berkenaan dalam bidang pemuliharaan hutan, sekali gus memperkukuh komitmen terhadap penyelesaian […]

Bapa dituduh bunuh anak berusia dua bulan selepas melakukan penderaan

LABUAN: Seorang lelaki tempatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, pada Isnin, atas pertuduhan membunuh anak kandung berusia dua bulan setelah menjadi mangsa penderaan pada awal bulan ini. Tertuduh, Azmi Amat, 37, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di hadapan Majistret Dr Melissa Chia Pui Fung. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis, Asisten Superintendan Ruslan Tarai […]

Warisan sokong cadangan jawatankuasa dwipartisan, lima perkara kritikal perlu ditambah – Assaffal

KOTA KINABALU: Seorang pemimpin Parti Warisan mengesyorkan lima tambahan perkara bagi menyokong cadangan penubuhan jawatankuasa dwipartisan untuk membincangkan hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Dewan Undangan Negeri (DUN). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tungku, Assaffal P Alian, ketika mengulas kenyataan Ketua Penerangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Joniston Bangkuai mengenai perkara itu, berkata […]

Sabah amal model pertumbuhan seimbang, tolak pembangunan musnahkan alam sekitar – KM

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menggunakan model pertumbuhan seimbang dalam menangani isu alam sekitar dan pembangunan di Sabah. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata kerajaan pimpinannya tidak mahu pembangunan yang memusnahkan alam sekitar negeri ini. Pada masa yang sama, beliau juga menegaskan Sabah tidak boleh menerima idealisme alam sekitar yang melambatkan kemajuan untuk rakyat. “Kita […]

Rumah, kereta musnah dalam kebakaran di Manggatal

KOTA KINABALU: Sebuah rumah jenis separuh kekal dan sebuah kenderaan musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Jalan Kampung Taman Kemas, Kampung Dombung, Manggatal, di sini, pagi tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.38 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba […]

Mangsa terkorban insiden bangunan runtuh di utara Filipina berasal dari Pitas

KOTA KINABALU: Seorang rakyat Malaysia yang dilaporkan terkorban dalam insiden bangunan runtuh di Filipina pada Ahad dikenal pasti seorang ahli perniagaan berasal dari Pitas. Memetik hantaran di Facebook Pitas Hari ini, mangsa dikenali sebagai Ng Lai Thau @ Dusun, seorang ahli perniagaan yang turut aktif dalam politik di Pitas. Berdasarkan info yang dikongsikan Facebook Pitas […]

13 ‘hiker’ sesat ketika mendaki ditemui selamat

SANDAKAN: Seramai 13 pendaki yang dilaporkan sesat ketika melakukan aktiviti mendaki bukit di Rainforest Discovery Centre (RDC) Sepilok, di sini, malam tadi, berjaya ditemui dalam keadaan selamat oleh pasukan bomba. Dalam kejadian itu, semua mangsa membabitkan 12 perempuan dan seorang lelaki dilaporkan sukar mencari jalan turun dari kawasan bukit berikutan keadaan gelap. Ketua Balai Bomba […]