13 ‘hiker’ dikhuatiri sesat ketika mendaki

SANDAKAN: Seramai 13 orang dikhuatiri tersesat ketika mendaki bukit dalam kejadian di Pusat Penemuan Hutan Hujan (RDC) Sepilok, di sini, hari ini. Difahamkan, operasi mencari dan menyelamat kesemua mangsa masih lagi dilakukan oleh sepasukan anggota bomba. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jimmy Lagung, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 7.38 malam […]

Remaja dicekup pecah rumah, larikan wang tunai RM3,630

TAWAU: Tindakan seorang remaja lelaki dipercayai memecah masuk sebuah rumah dan melarikan wang tunai lebih RM3,600 mengundang padah apabila dia berjaya diberkas polis, awal pagi tadi. Suspek berusia 15 tahun yang juga seorang pelajar ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau kira-kira jam 2.30 pagi di sebuah hotel di […]

Tegur buat bising, lelaki disyaki ugut jiran guna topi keledar

TAWAU: Hanya kerana ditegur membuat bising, seorang lelaki dipercayai naik angin sebelum mengugut jirannya menggunakan topi keledar dalam kejadian di Taman Ria 6, Jalan Utara, di sini, Jumaat lalu. Dalam kejadian itu, mangsa lelaki berusia 41 tahun dikatakan menegur suspek yang membuat bising di kawasan kejiranan sebelum berlaku pertengkaran mulut antara mereka. Pemangku Ketua Polis […]

Guna LC ‘cantik’, rupanya nombor casis dan enjin meragukan

TAWAU: Taktik dua lelaki menggunakan motosikal Yamaha LC135 dipercayai ‘clone’ terbongkar selepas mereka ditahan polis dalam pemeriksaan di Batu 3 1/2, Jalan Apas, di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Tawau menjalankan pemeriksaan terhadap dua motosikal di hadapan sebuah bengkel motosikal di Taman Sri […]

80 Menu Sabahan angkat warisan, galak budaya kebun dapur

KOTA KINABALU: Program 80 Menu Sabahan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari RTM Ke-80 bukan sekadar mengetengahkan keunikan makanan tradisional negeri ini, malah menjadi platform penting dalam usaha memelihara warisan budaya dan memperkukuh identiti masyarakat pelbagai kaum di Sabah. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Jamawi Jaafar, berkata program yang digerakkan RTM Sabah itu wajar dipuji […]

Curi kabel TM: Suspek nekad rempuh polis, Hilux terbabas ketika cuba melarikan diri

KOTA KINABALU: Tindakan dua lelaki dipercayai mencuri kabel telekomunikasi dengan bersembunyi di dalam mainhole berakhir gagal apabila mereka diberkas selepas kenderaan dinaiki terbabas ketika cuba meloloskan diri daripada polis, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 3.13 pagi di Jalan Tuaran berhampiran Jabatan Audit, anggota polis bersama kakitangan Telekom Malaysia (TM) yang menjalankan rondaan mengesan […]

Op pusat hiburan: Empat termasuk wanita positif dadah

PENAMPANG: Empat individu termasuk seorang wanita ditahan selepas didapati positif dadah dalam Op Pusat Hiburan yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, awal pagi tadi. Semua suspek tempatan berusia antara 19 hingga 30 tahun itu ditahan selepas pemeriksaan dan ujian saringan air kencing dijalankan di dua premis hiburan […]

Lori muatan minyak masak terbalik, pemandu parah

TUARAN: Seorang lelaki cedera parah selepas lori 10 tan membawa muatan minyak masak yang dipandunya terbabas sebelum terbalik di bahu jalan di Kampung Minangkop, Jalan Tamparuli – Ranau, di sini, tengah hari tadi. Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari itu, mangsa bagaimanapun berjaya dikeluarkan orang awam sebelum ketibaan pasukan penyelamat di lokasi kejadian. Ketua Balai […]

Kawasan Ekologi Sensitif kekal dilindungi di bawah Pelan Induk Hutan – KM

SOOK: Kerajaan negeri memastikan Kawasan Ekologi Sensitif (ESA) sentiasa dilindungi di bawah Pelan Induk Hutan yang sedang dirangka sebagai garis panduan pengurusan sumber hutan Sabah bagi tempoh 25 tahun akan datang. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata inisiatif yang dilaksanakan menerusi Jabatan Perhutanan Sabah itu selari dengan aspirasi kerajaan negeri untuk melaksanakan rasionalisasi guna […]

Pemandu Hilux lari selepas rempuh warga emas

KOTA KINABALU: Polis sedang mengesan pemandu sebuah Toyota Hilux berwarna hitam yang dipercayai terbabit dalam kemalangan maut membabitkan seorang pejalan kaki warga emas di Jalan Sepanggar berhampiran Kampung Sepakat Jaya, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 4.25 petang itu, mangsa lelaki berusia 69 tahun dilaporkan sedang melintas jalan dari arah kanan ke kiri untuk menuju […]