Suspek utama kes pengedaran dan rampasan dadah di Kota Kinabalu dikehendaki JSJN Sabah

KOTA KINABALU: Polis Sabah sedang giat memburu seorang lelaki yang dipercayai suspek utama kes pengedaran dadah di Ibu negeri ini selepas dipercayai melarikan diri ke Sarawak. Suspek Eric Leon Frankey, 27, yang beralamat terakhir di Taman Sri Kepayan, di sini, dikesan berada di negeri jiran itu selepas kenderaan dipercayai digunakan suspek ditemukan di Lawas, Sarawak […]

Lima individu terperangkap 13 jam akibat arus deras di Melangkap

KOTA BELUD: Lima individu yang terkandas di seberang sungai di Kampung Melangkap, di sini, berjaya diselamatkan pasukan bomba selepas operasi mencabar yang mengambil masa hampir 13 jam, awal pagi tadi. Dalam kejadian itu, semua mangsa dilaporkan berada dalam keadaan selamat namun gagal menyeberangi sungai berikutan arus deras selepas hujan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) […]

“Kg Asaon” bukan kampung diwartakan, dakwaan mahasiswa didakwa kelirukan keadaan

KOTA KINABALU: Dakwaan berhubung kewujudan “Kg Asaon” serta tindakan pihak yang mengaku sebagai Suara Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam isu tanah kerajaan di Matunggong didakwa hanya mengeruhkan keadaan apabila kawasan berkenaan bukan sebuah kampung yang pernah diwartakan secara rasmi. Timbalan Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) N5 Matunggong, Alexyus Matius berkata, kawasan terbabit sememangnya […]

5 terkandas di seberang sungai akibat arus deras

KOTA BELUD: Lima individu terpaksa menunggu bantuan pasukan bomba selepas terkandas di seberang sungai akibat arus deras di Kampung Melangkap, di sini, petang tadi. Dalam kejadian itu, semua mangsa dilaporkan berada dalam keadaan selamat namun gagal menyeberangi sungai berikutan keadaan arus yang deras. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Penolong Penguasa Bomba Elge […]

Suara Mahasiswa bertindak sendiri dalam isu Kampung Asaon, bukan pendirian UMS – Pengurusan UMS

KOTA KINABALU: Pihak Pengurusan Universiti Malaysia Sabah (UMS) menegaskan sebarang kenyataan, tindakan atau pendirian dizahirkan kumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri sebagai Suara Mahasiswa UMS adalah atas kapasiti peribadi mereka sendiri. Perkara itu merujuk kepada pembabitan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh kumpulan pelajar terbabit berhubung isu pertindihan tanah di Kampung Asaon, Matunggong, Kudat. Penegasan UMS itu […]

Hornet TUDM mendarat cemas di KKIA akibat masalah enjin

KOTA KINABALU: Pesawat pejuang F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), malam tadi dipercayai mengalami masalah pada sistem enjin ketika penerbangan pulang selepas latihan ketenteraan. Dalam kejadian kira-kira jam 7.47 malam itu, pesawat berkenaan berjaya mendarat dengan selamat selepas juruterbang mengambil tindakan […]

Projek kilang simen di Tongod dapat kelulusan EIA pada April – Masiung

TONGOD: Projek Borneo Cement Sabah Sdn Bhd (BCS) membabitkan pembinaan kilang klinker dan simen di Kampung Kawayoi, di sini, sudah mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA). Pengerusi Kumpulan SEDCO, Datuk Masiung Banah, berkata kelulusan EIA itu diperolehi pada 10 April lalu dengan beberapa syarat perlu dipatuhi. “Kami menerima surat daripada Jabatan Alam Sekitar […]

Tongod tidak tercicir dari arus kemajuan

TONGOD: Kerajaan negeri terus memberi tumpuan terhadap pembangunan kawasan pedalaman menerusi Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ), termasuk memastikan daerah Tongod tidak tercicir daripada arus kemajuan negeri. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, sepanjang tahun lalu hingga pertengahan tahun ini, Tongod merekodkan lonjakan signifikan dalam pembangunan infrastruktur meliputi jaringan jalan raya, […]

Warga emas hilang ketika menjala ikan ditemukan meninggal dunia

TAMBUNAN: Misteri kehilangan seorang lelaki warga emas yang keluar menjala ikan sejak petang kelmarin terjawab apabila mangsa ditemukan meninggal dunia di bawah jambatan gantung Sungai Nouduh, Kampung Nouduh, di sini, pagi tadi. Mangsa dikenali sebagai Markus @ Marchous Antigang, 74, ditemukan di bawah jambatan gantung Sungai Nouduh kira-kira jam 9.42 pagi oleh anaknya sendiri. Ketua […]

Kastam Sabah rampas dadah lebih RM3 juta dalam tiga serbuan

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya menggagalkan cubaan pengedaran pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM3 juta menerusi tiga rampasan berasingan di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTA) Tawau dan Gudang Pos Aviation Kota Kinabalu, awal bulan ini. Pengarah Kastam Negeri Sabah, Dr Ahmad Taufik Sulaiman berkata, rampasan terbesar membabitkan 57.27 kilogram (kg) dadah disyaki […]