Warga emas ditemukan meninggal dunia dalam bilik air rumah terbakar

PAPAR: Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia selepas rumah dua tingkat yang didiaminya di Kampung Seri Tanjung Pengalat Kecil, di sini, terbakar awal pagi tadi. Dalam kejadian jam 6.20 pagi itu, mangsa Rafiah Badar, 72, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan bilik mandi rumah berkenaan. Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) […]

Penemuan mayat terapung di Pulau Gaya, lelaki tempatan didakwa membunuh

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan didakwa di Mahkamah kerana membunuh, susulan penemuan mayat seorang lelaki yang terapung di perairan Kampung Lobong, Pulau Gaya, awal bulan ini. Ali Bin Daham, 48, didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini selepas berjaya diberkas polis pada 7 Mei lalu. Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada tertuduh di hadapan Majistret […]

Bot kayu sarat tong berisi petrol ditinggalkan di laut

SEMPORNA: Cubaan menyeludup 2,425 liter minyak petrol dipercayai ke negara jiran gagal selepas Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna berjaya merampas bahan api itu dalam satu operasi di kawasan laut Terumbu Pasalat berhadapan Pulau Igang-Igang, di sini, semalam. Rampasan tanpa ‘tuan’ itu kemudian diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Semporna […]

Taktik jadikan rumah stor diesel akhirnya terbongkar

LABUAN: Kegiatan penyimpanan minyak diesel tanpa kebenaran di sebuah rumah di Kampung Tanjung Aru, di sini, terbongkar selepas diserbu dalam Ops Tiris 4.0 (Bersepadu), semalam. Serbuan dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan dengan kerjasama Polis Daerah Labuan hasil risikan dijalankan Unit Risik KPDN WP Labuan. Pengarah KPDN Labuan, Junaidah Arbain […]

Lelaki bertopi keledar dipukul depan kedai, polis buru suspek

RANAU: Seorang lelaki berusia 19 tahun dipukul dan diugut bunuh oleh seorang lelaki bersenjatakan buku lima dalam kejadian di sebuah kedai runcit di Kampung Matupang, di sini, pada Selasa lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa yang bekerja sebagai penimbang sawit dikatakan diserang secara tiba-tiba ketika membeli barangan dapur di kedai berkenaan. Ketua […]

Pembaharuan sektor kesihatan diteliti untuk kukuhkan autonomi Sabah

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri sedang memperhalusi beberapa pembaharuan sektor kesihatan negeri termasuk cadangan pindaan Ordinan Kesihatan Awam (PHO), penerimaan Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951 (Akta 371) dan penubuhan majlis penasihat kesihatan negeri bagi memperkukuh tadbir urus dan autonomi kesihatan Sabah. Perkara itu antara fokus utama Bengkel Kesihatan anjuran Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah […]

Lelaki alami gangguan emosi berjaya dipujuk turun dari menara telekomunikasi

KOTA BELUD: Kecekapan pihak berkuasa mengawal keadaan berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada terjatuh selepas dikesan berada di tingkat dua sebuah menara telekomunikasi di Taman Nikmat, di sini, pagi tadi. Lelaki yang dipercayai kurang siuman dan mengalami gangguan emosi itu berjaya dipujuk untuk turun dari menara berkenaan tanpa sebarang kecederaan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) […]

Dua wanita ditahan bersama dadah di Penampang

PENAMPANG: Dua wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah di daerah ini, malam tadi. Dalam serbuan kira-kira jam 9.30 malam di hadapan sebuah premis di Penampang Baru, sepasukan polis dari JSJN IPK Sabah menahan seorang wanita berusia 21 tahun dalam keadaan […]

Jamawi akan panggil pemaju, siasat kelewatan projek ternakan khinzir Tongod

TONGOD: Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar akan memanggil pihak pemaju projek ternakan khinzir di Tongod pada 8 Jun depan bagi membincangkan serta mengenal pasti punca kelewatan pelaksanaan projek berkenaan. Beliau berkata, perkara itu diputuskan selepas meninjau sendiri tapak projek berkenaan ketika dalam perjalanan pulang ke Kota Kinabalu selepas menghadiri Pesta […]

Operasi empat hari JPJ kesan 108 kes lebih muatan di Sabah

KOTA KINABALU: Sebanyak 108 kesalahan lebih muatan dikesan dalam tempoh empat hari Ops Khas Lebih Muatan yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah bermula 16 hingga 20 Mei lalu. Dalam operasi berkenaan, sebanyak 1,530 kenderaan diperiksa di seluruh negeri dengan 259 kenderaan perkhidmatan barangan diambil tindakan. Pengarah JPJ Sabah, Datuk Mohd Harris Ali berkata, operasi […]