Penunggang maut motosikal dipercayai lawan arus

PAPAR: Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda di kilometer (km) 20, Lebuhraya Pan Borneo, Papar – Kota Kinabalu, di sini, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa lelaki berusia 23 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala. Ketua Polis Daerah […]

Jualan produk Sabah cecah RM95.9 juta tahun lalu

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri melalui pelbagai inisiatif pemerkasaan usahawan tempatan berjaya meningkatkan kebolehpasaran produk Sabah ke pasaran antarabangsa denganmencatatkan nilai potensi jualan mencecah RM95.9 juta sepanjang 2025. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata pencapaian itu direkodkan menerusi penyertaan seramai 124 usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dalam 18 ekspo perdagangan antarabangsa. “Prestasi ini menunjukkan […]

Polis Marin Sabah rampas lebih RM20.6 juta menerusi Op Tiris 4.0

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah merekodkan rampasan melebihi RM20.6 juta menerusi pelaksanaan Op Tiris 4.0 bagi tempoh Januari hingga April tahun ini. Sepanjang tempoh itu, sebanyak 54 kes direkodkan dengan 53 tangkapan dilakukan termasuk membabitkan 13 warga asing. Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Amri Abd Rahman berkata, kejayaan […]

Abang ditemukan lemas cuba selamatkan adik

KOTA BELUD: Percutian sebuah keluarga bertukar tragedi apabila seorang lelaki ditemukan lemas manakala adiknya masih hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus deras ketika mandi di sungai berhampiran kawasan perkhemahan di Polumpung Melangkap Baru, di sini, pagi tadi. Mangsa yang masih belum ditemui dikenali sebagai Daniel Abdullah, 18. Manakala abangnya, Zul Hakim Abdullah, 23, ditemukan meninggal dunia […]

28 ahli sindiket scam diserah kepada Imigresen untuk diusir

TAWAU: Seramai 28 warga asing yang terbabit dalam sindiket penipuan ‘love scam’ dan pelaburan dalam talian diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk tindakan pengusiran selepas dijatuhi hukuman denda oleh Mahkamah Majistret Tawau, Khamis lalu. Semua suspek terdiri daripada 26 lelaki warga China, seorang wanita warga China dan seorang wanita warga Vietnam yang ditahan dalam […]

Kedai berhampiran stesen minyak musnah terbakar

SEMPORNA: Sebuah kedai berhampiran stesen minyak di Batu ¼ Jalan Bubul, di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi Sabtu. Bagaimanapun, kejadian kira-kira jam 5 pagi itu tidak melibatkan sebarang mangsa. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Rastam Keladi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS999 pada jam 5.06 pagi. Katanya, sepasukan lapan anggota […]

Pindaan jumlah bahagian Gagasan Rakyat langkah strategik perkukuh parti – Nizam

KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) meminda perlembagaannya bagi melaksanakan penstrukturan parti daripada 74 bahagian sekarang kepada hanya 26 bahagian pada Persidangan Agung Khas parti itu, di sini, esok. Ketua Penerangannya, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, berkata beliau menyambut baik langkah untuk membawa pindaan berkaitan penstrukturan jumlah bahagian parti itu yang dijelaskan dalam […]

Bekas renjer hutan ditahan simpan koleksi bahagian hidupan liar dilindungi

TUARAN: Aktiviti seorang bekas renjer hutan mengumpul pelbagai bahagian haiwan liar dilindungi sejak puluhan tahun lalu terbongkar selepas diserbu pihak berkuasa di sebuah rumah di Kampung Wokok Batangan, Batu 3 Jalan Timbok, di sini, hari ini. Dalam serbuan jam 7.15 pagi itu, lelaki tempatan berusia 60 tahun ditahan bersama pelbagai bahagian haiwan dilindungi bernilai lebih […]

Lori bawa barang kawalan tanpa permit, lelaki ditahan PPM

BEAUFORT: Cubaan seorang lelaki membawa pelbagai barang kawalan tanpa permit sah terbongkar selepas lori dipandunya ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah di kawasan Kampung Klias, Jalan Bypass, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, lelaki warga tempatan berusia 52 tahun berkenaan ditahan selepas didapati gagal mengemukakan permit membeli, membawa dan […]

54 warga asing ditahan dalam Ops Sapu di Sipitang, Semporna

SEMPORNA: Seramai 54 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah dalam operasi penguatkuasaan Ops Sapu dan Ops Kutip yang dijalankan di Sipitang serta Semporna, semalam. Dalam operasi itu, kebanyakan warga asing yang ditahan dipercayai melakukan pelbagai kesalahan imigresen termasuk tidak memiliki dokumen pengenalan diri sah dan melanggar syarat pas di bawah Akta Imigresen 1959/63. […]