Chris Pereira lancar album sulung selepas lebih dua dekad warnai muzik Sabah

KOTA KINABALU: Selepas lebih dua dekad aktif mewarnai industri muzik tempatan, penggiat seni veteran Sabah, Chris Pereira atau lebih dikenali sebagai DecipherBKI, melancarkan album sulung berjudul Architect of Sound and Syntax dalam satu acara khas di Ruang Tamu Ekosistem, Alamesra, di sini, Jumaat lalu. Chris yang aktif sebagai penerbit, komposer dan penyanyi rap sejak 1999 […]
Sambutan Kaamatan di Keningau, Shafie, Jeffrey cetus spekulasi baharu

KOTA KINABALU: Kehadiran Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ke sambutan Kaamatan atas jemputan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan di Keningau pada Ahad mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan ‘kerjasama baharu’ politik di antara kedua-dua pemimpin veteran itu. Meskipun kehadiran Ketua Pembangkang DUN Sabah itu disifatkan atas semangat Kaamatan […]
Lelaki warga asing ditahan kes amang seksual remaja 15 tahun

BEAUFORT: Seorang lelaki warga asing berusia 43 tahun ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di Kampung Limputong, Weston, di sini, hari ini. Suspek ditahan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort hasil tindakan pantas pihak polis susulan laporan diterima. Ketua Polis Daerah […]
Dua lelaki ditahan memandu bawah pengaruh alcohol

SANDAKAN: Dua lelaki tempatan ditahan selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Operasi Mabuk yang dijalankan di Batu 4, Jalan Utara, di sini, awal pagi tadi. Operasi berkenaan dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan membabitkan seorang pegawai kanan bersama 11 anggota. Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George […]
Gagasan Rakyat sedia hadapi PRU selaras pindaan perlembagaan – Hajiji

KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang selaras pindaan perlembagaannya bagi menjadikan 26 kawasan Parlimen di Sabah dan Labuan sebagai bahagian baharu parti. Menjelaskan perkara itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga Presiden Gagasan Rakyat, berkata persediaan jentera parti itu […]
Gagasan Rakyat ambil langkah berani, progresif pinda struktur bahagian – Azrul Ibrahim

KOTA KINABALU: Pindaan perlembagaan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bagi menjadikan kawasan Parlimen sebagai bahagian baharu parti itu disifatkan sebagai langkah berani dan progresif dalam memperkukuh parti. Pemangku Ketua Pemudanya, Datuk Azrul Ibrahim, berkata pindaan itu juga adalah satu langkah strategik bagi memantapkan keupayaan Gagasan Rakyat menghadapi cabaran politik. “Gagasan Rakyat mengambil langkah berani […]
Adik ditemui lemas, operasi SAR dua beradik tamat

KOTA BELUD: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua beradik yang dipercayai lemas di sungai berhampiran kawasan perkhemahan di Polumpung Melangkap Baru, di sini, tamat sepenuhnya petang ini selepas mangsa kedua ditemukan meninggal dunia. Mangsa, Daniel Abdullah, 18, ditemukan orang awam pada jam 12.04 tengah hari di Sektor A kira-kira 200 meter dari lokasi tempat mandi. […]
Ranjau politik Sabah kuatkan semangat perjuangan GRS – Hajiji

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengingatkan rakan pemimpin dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengenai ranjau politik dihadapi gabungan itu sejak mula-mula mengambil alih kerajaan pada 2020. Katanya, pada masa itu semua sedar aspirasi rakyat Sabah yang tidak mahu terus bergantung kepada percaturan orang lain untuk menentukan masa depan negeri […]
Persidangan Khas Gagasan Rakyat: 26 bahagian baharu kukuhkan lagi parti

KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) mengambil keputusan merombak struktur parti dengan menjadikan kawasan Parlimen berbanding Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai bahagian. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata perubahan itu yang akan dibuat menerusi pindaan perlembagaan parti akan menyaksikan Gagasan Rakyat mempunyai 26 bahagian baharu berbanding 74 bahagian termasuk […]
Polis buru lelaki bantu siasatan kes dadah

KOTA KINABALU: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Sabah sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berkaitan satu kes dadah yang dilaporkan di Penampang. Lelaki berkenaan dikenali sebagai Eric Leon Frankey, 27, dengan alamat terakhir di Taman Sri Kepayan, di sini. Dalam notis yang dikeluarkan JSJN Sabah, lelaki terbabit dikehendaki bersabit kes bernombor Penampang/000821/2026. Pegawai […]