Petrol, tong gas, minyak masak tanpa permit dirampas

TAWAU: Sebanyak 220 liter petrol, 12 tong gas petroleum cecair (LPG) dan 340 kilogram (kg) minyak masak dirampas dalam tindakan di Jalan Inderasabah, di sini, semalam. Rampasan dilakukan selepas individu terbabit gagal menunjukkan sebarang permit memiliki barangan kawalan bersubsidi berkenaan ketika diperiksa Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 Tawau. Kes berkenaan kemudian diserahkan kepada Kementerian […]

25 rumah musnah dalam kebakaran Pulau Nunuyan Laut

SANDAKAN: Sebanyak 25 rumah musnah dalam kebakaran di Pulau Nunuyan Laut, dekat sini, awal pagi tadi. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jimmy Lagung, berkata bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 3.50 pagi, bagaimanapun hanya sampai ke lokasi […]

Polis siasat video kanak-kanak dikerumuni di taman permainan

PAPAR: Polis menjalankan siasatan berhubung rakaman video tular memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikerumuni beberapa individu dalam kejadian di sebuah taman permainan di daerah ini. Ketua Polis Daerah Papar, Superintenden Heryan Mohd Tahir berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 14 Ogos lalu sebelum siasatan dijalankan. Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berkenaan […]

Bekas Ketua Hakim Negara Richard Malanjum kembali bergelar peguam

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Richard Malanjum, 73, diterima masuk dan didaftarkan sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya, hari ini. Menurut laporan FMT, perkembangan itu menjadikan Malanjum antara tokoh kehakiman negara yang kembali menyertai profesion guaman selepas menamatkan perkhidmatan dalam badan kehakiman. Malanjum pernah dilantik sebagai Ketua Hakim Negara kesembilan […]

Khairul Shah tekad beri khidmat terbaik di Kota Belud

KOTA BELUD: Ketua Polis Daerah Kota Belud yang baharu, Superintendan Khairul Shah Peri bertekad memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat selepas diberi kepercayaan menerajui Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud. Khairul Shah dinaikkan pangkat daripada Deputi Superintendan (DSP) kepada Superintendan dalam Majlis Pemakaian Pangkat dan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Kota Belud […]

Pesaing tarik diri, jawatan tertinggi Pemuda PBS menang tanpa tanding

KOTA KINABALU: Jawatan tertinggi Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) dimenangi tanpa bertanding sebelum pemilihan parti pada September depan selepas calon pesaing membuat keputusan menarik diri. Menerusi satu kenyataan, di sini, jawatan Ketua Pemuda PBS kekal disandang Datuk Dr Christopher Mandut, selepas pesaingnya, Dr Rockey Jerome Budin menarik diri daripada bertanding jawatan itu. Mengulas keputusan itu, […]

64 warga asing ditahan dalam operasi Imigresen di tiga daerah

KOTA KINABALU: Seramai 64 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menerusi beberapa operasi penguatkuasaan yang dijalankan serentak di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. Kesemua mereka ditahan selepas disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen termasuk tidak memiliki dokumen perjalanan sah serta melanggar syarat pas mengikut Akta Imigresen 1959/63. Di Kota Kinabalu, menerusi Ops Selera, seramai […]

AWCL: Sabah FA berpesta gol, belasah Rovers FC dari Guam 13-0

KOTA KINABALU: Sabah FA membelasah Rovers FC dari Guam 13-0 dalam perlawanan kedua peringkat awal Kumpulan A, Liga Juara-Juara Wanita AFC (AWCL) 2026/2027 di Stadium Likas, di sini, malam ini. Jaringan tuan rumah bermula seawal minit ke-10 menerusi pemain import dari Jepun, Ayuri Terawaki, sebelum empat lagi gol menyusul untuk meletakkan Sabah FA selesa dengan […]

Wanita Gagasan Rakyat teguh bersama Redonah, tolak politik fitnah – Aziah

KOTA KINABALU: Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menegaskan sokongan padu kepada Ketua Pergerakannya, Datuk Redonah Bahanda berdasarkan mandat dan kepercayaan kepimpinan daripada ahli sayap parti itu di seluruh Sabah. Naib Ketua Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat, Datuk Aziah Atoh, berkata pihaknya memandang serius penyebaran poster dan naratif yang cuba mempertikaikan kepimpinan Redonah. Beliau […]

Maritim dekati komuniti menerusi Kembara Jalur Gemilang 2026

KOTA KINABALU: Bukan hanya menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan negara, Maritim Malaysia turut turun padang mendekati masyarakat menerusi pelbagai inisiatif baharu sempena Kembara Maritim Jalur Gemilang 2026. Program dilaksanakan Maritim Malaysia Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan itu mengetengahkan pendekatan berteraskan komuniti, selain menyemarakkan semangat cintakan negara dan patriotisme dalam kalangan masyarakat di Sabah. Pengarah […]