Pasang lampu isyarat pintar dengan teknologi AI di KK – ADUN Likas

KOTA KINABALU: Pengurusan trafik di bandar raya ini perlu dinaik taraf, termasuk melalui pelaksanaan sistem lampu isyarat pintar berasaskan AI, seperti yang dilaksanakan Perbadanan Putrajaya di Semenanjung. Menyuarakan perkara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas, Tham Yun Fook, berkata sistem pengurusan trafik sedia ada di bandar raya Kota Kinabalu perlu dinilai semula bagi meningkatkan […]

Hampir RM1 bilion untuk pertanian, perindustrian dan pelancongan tahun ini – KM

KENINGAU: Kerajaan Negeri memperuntukkan hampir RM1 bilion untuk pembangunan sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan selaku antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi Sabah tahun ini. Sehubungan itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mahu setiap Pegawai Daerah melihat potensi ekonomi yang ada di kawasan masing-masing. “Ada daerah yang mempunyai kekuatan dalam pertanian. Ada yang mempunyai potensi pelancongan. […]

Pegawai Daerah perlu berani ambil pendekatan baharu – KM

KENINGAU: Pegawai Daerah dan Pegawai Daerah Kecil digesa supaya sentiasa mengamalkan budaya kerja yang responsif, proaktif dan berintegriti serta berani mengambil pendekatan baharu. Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, berkata tindakan berani mengambil pendekatan baharu perlu jika pendekatan itu dapat meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. “Namun, pada masa yang sama, setiap tindakan hendaklah dibuat […]

Mara Lasak 1.0 uji ketahanan warga JSJN Sabah

KOTA KINABALU: Bukan sekadar berlari sejauh 15 kilometer, warga Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah turut perlu melepasi 12 halangan sebelum menguji kemahiran menembak pistol dalam Ujian Kecergasan dan Ketahanan Fizikal (Mara Lasak 1.0) JSJN Sabah 2026. Program yang berlangsung pada 15 Ogos lalu itu menghimpunkan pegawai dan anggota JSJN dari seluruh daerah di Sabah […]

Beri pertimbangan cadangan naikkan Budi Diesel kepada 500 liter sebulan – AMK Sabah

KOTA KINABALU: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sabah mahu kerajaan menimbangkan sebaik mungkin cadangan peningkatan kuota subsidi diesel di bawah inisiatif BUDI Diesel kepada 500 liter sebulan, khususnya di Sabah. Ketuanya, Zaidi Jatil, berkata cadangan yang dibangkitkan Junaidah Makku selaku wakil pembahas Sabah pada Kongres Nasional KEADILAN memang wajar dan disokong sepenuhnya. “Saya mengikuti penuh perbahasan […]

RM945,000 belum lulus, Jasnih perjelas dakwaan YS belanja besar untuk majlis malam ulang tahun

KOTA KINABALU: Dakwaan peruntukan RM945,000 bagi penganjuran malam ulang tahun Yayasan Sabah (YS) seperti didedahkan di media sosial sebelum ini belum mendapat kelulusan pihak pengurusan YS. Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn Bhd, Datuk Jasnih Daya, berkata setakat pengetahuannya, belum ada cadangan atau permohonan bajet bagi tujuan itu dikemukakan kepada pihak pengurusan untuk kelulusan. “Pihak Jawatankuasa […]

Sabah FA berdepan kelab dari Guam, India dan Bangladesh dalam aksi AFC

KOTA KINABALU: Pasukan bola sepak wanita Sabah FA bakal berdepan tiga pasukan terbaik Asia dalam aksi preliminary Juara-Juara Liga Wanita AFC (AWCL) 2026/2027 yang dijadual berlangsung di Stadium Likas, di sini, bermula Isnin (17 Ogos). Wakil Malaysia itu bakal berdepan Rovers FC dari Guam dalam aksi pertama mereka esok, disusuli Rajshahi Stars FC dari Bangladesh […]

Lelaki maut dalam kemalangan membabitkan bas

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabit kemalangan dengan sebuah bas ketika dipercayai keluar dari jalan susur untuk membuat pusingan U di Jalan Tuaran berhampiran sebuah stesen minyak di Likas, awal pagi tadi. Dalam kejadian jam 1.25 pagi itu, mangsa warga Indonesia berusia 46 tahun mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia ketika […]

Rusdin kekal komited khidmat kepada rakyat, kestabilan kerajaan negeri – Armizan

KOTA KINABALU: Satu-satunya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Rusdin Riman kekal menyokong kestabilan kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Memaklumkan perkara itu, Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata sokongan itu dinyatakan sendiri ADUN Paginatan itu ketika dihubunginya pada Sabtu. Katanya, beliau menghubungi Rusdin selepas pemangku Presiden […]

KDM tamatkan kerjasama dengan GRS

PAPAR: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) menarik diri daripada kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Pemangku Presidennya, Pricella Peter, berkata keputusan itu dipersetujui sebulat suara Majlis Tertinggi KDM bagi membolehkan parti berkenaan bergerak mengikut kehendaknya di luar GRS. Beliau mengakui keputusan itu sesuatu yang berat, tapi […]