Galah besi terkena kabel elektrik punca tiga anggota polis maut terkena renjatan

BEAUFORT: Tiga anggota polis yang maut akibat renjatan elektrik di Jalan Weston, Kampung Weston, di sini, petang tadi, dipercayai sedang menjolok buah kelapa menggunakan galah besi sebelum alat itu terkena kabel elektrik. Dalam kejadian 5.50 petang itu berlaku apabila galah besi yang digunakan secara tiba-tiba hilang keseimbangan lalu terkena kabel elektrik di atas. Dua lagi […]

Tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrik

BEAUFORT: Tiga anggota polis maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kejadian di tepi jalan berhampiran Balai Polis Weston, di sini, petang tadi. Mangsa dikenali sebagai Koperal Chiu Teck Siong, 40; Koperal Mohamad Nur Hafiz Ibrahim, 29; dan Konstabel Muhammad Raimi Ismarubee, 26. Difahamkan, ketiga-tiga mangsa ditemui terbaring di kawasan berumput di tepi jalan berhampiran […]

Empat pemilik syarikat, seorang pegawai pemasaran didakwa kemuka dokumen palsu kepada PERKESO

KOTA KINABALU: Empat pemilik syarikat antara lima individu, didakwa di di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, di sini, pada Khamis atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu berhubung tuntutan insentif Daya Kerjaya 2.0 Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), dua tahun lalu. Tertuduh, Pausia Abu, 49; Arzeanti Jafar, 40; Nur Farhanah Jamil, 38; Mohd Azhar Ramali, 39 dan seorang eksekutif […]

Lelaki melecur di muka akibat kepala dapur gas terbakar

KOTA KINABALU: Seorang lelaki melecur di bahagian muka selepas kepala dapur gas (gas regulator) tong gas terbakar di sebuah restoran di Jalan Cyber City, di sini, tengah hari tadi. Dalam kejadian itu, mangsa berusia 30 tahun dihantar ke hospital oleh rakan sekerja menggunakan kenderaan sendiri untuk mendapatkan rawatan lanjut. Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat […]

Yayasan Sabah tawar rebat bayaran balik pinjaman hingga 30 peratus dan pengampunan CTOS

KOTA KINABALU: Peminjam Pengajian Yayasan Sabah sekali lagi berpeluang menikmati insentif rebat menarik melalui pelaksanaan Program Rebat Budi Madani 2026 yang akan berlangsung dari 6 hingga 26 Ogos ini. Menerusi satu kenyataan pada Khamis, Yayasan Sabah berkata program itu adalah satu inisiatif khas bagi menghargai peminjam yang komited melaksanakan pembayaran balik pinjaman pengajian serta memupuk […]

Perwakilan asing perlu dijelaskan situasi keselamatan di ESSZONE – KM

KOTA KINABALU: Perwakilan asing di negara ini perlu dimaklumkan mengenai perkembangan positif di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) sebagai langkah proaktif menurunkan nasihat perjalanan berkaitan tahap keselamatan di kawasan itu. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata situasi di ESSZONE yang kini selamat untuk dikunjungi perlu dijelaskan dengan lebih berkesan kepada pihak kedutaan dan suruhanjaya […]

Tiga wanita tiba dari Kota Kinabalu ditahan di Jakarta, disyaki seludup dadah

JAKARTA: Tiga wanita warga Malaysia ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas disyaki cuba menyeludup pelbagai jenis dadah sebaik tiba dengan penerbangan dari Kota Kinabalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta, Isnin lalu. Menurut laporan mStar yang memetik media Indonesia, CNN Indonesia, penahanan itu dilakukan oleh pegawai Kastam Indonesia di Terminal 2F Ketibaan Antarabangsa selepas ketiga-tiga suspek […]

Sabah, JAKIM perkukuh kerjasama bangunkan Pusat Pembangunan Industri Halal

KUALA LUMPUR: Kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan memperkukuh kerjasama strategik dalam pembangunan industri halal menerusi beberapa projek berimpak tinggi yang dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi serta memperkukuh ekosistem halal di negeri ini. Perkara itu dibincangkan dalam kunjungan hormat diketuai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah merangkap Exco Agama, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif […]

Innoprise Plantations raih pengiktirafan The Edge Malaysia Centurion Club Awards 2026

KOTA KINABALU: Anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah (KYS), Innoprise Plantations Bhd, menerima pengiktirafan The Edge Malaysia Centurion Club Awards 2026. Anugerah berprestij itu diterima pada majlis yang menghimpunkan syarikat berprestasi cemerlang yang tersenarai di Bursa Malaysia di Grand Ballroom, Hilton Kuala Lumpur pada Selasa. Pencapaian itu sekali gus mengukuhkan reputasi Innoprise Plantations sebagai antara syarikat […]

10 kru bot nelayan warga asing ditahan, bot guna lesen tamat tempoh

KOTA KINABALU: Seramai 10 kru bot nelayan warga asing ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas dikesan bekerja tanpa dokumen pengenalan diri yang sah, selain bot dinaiki mereka menggunakan lesen perikanan yang sudah tamat tempoh di perairan Pulau Tiga, semalam. Bot nelayan tempatan itu ditahan dalam operasi penguatkuasaan kira-kira jam 5.36 petang di kedudukan […]