Jauteh mahu warga PDRM Sabah terbuka terima perubahan

KOTA KINABALU: Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah diingatkan supaya menerima setiap arahan dan perubahan yang diperkenalkan dengan sikap terbuka, selain memanfaatkan kemajuan teknologi bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, setiap perubahan yang dilaksanakan bertujuan memperkukuh organisasi dan bukannya membebankan warga pasukan. Katanya, anggota dan pegawai tidak […]

Shahrudin tekad perkasa profesionalisme, penguatkuasaan dan hubungan dengan masyarakat

KOTA KINABALU: Memperkasa profesionalisme pasukan, melaksanakan penguatkuasaan undang-undang secara adil dan tegas serta memperkukuh kerjasama dengan masyarakat menjadi tiga fokus utama Asisten Komisioner Shahrudin Mat Husain dalam memastikan Kota Kinabalu terus kekal aman, selamat dan kondusif. Shahrudin yang secara rasmi mengambil alih teraju Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu berkata, ketiga-tiga fokus itu akan […]

Jambatan Bailey ganti sementara jambatan rosak di Tanjung Lipat

KOTA KINABALU: Jambatan Bailey akan dibina dan dijangka siap antara dua hingga tiga minggu bagi menggantikan sementara jambatan sedia ada di Tanjung Lipat, di sini yang dikesan tidak selamat digunakan. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, berkata kerja pemasangan jambatan Bailey itu kini sedang giat dilaksanakan di lokasi jambatan rosak di Kilometer 2.85 […]

‘Berbilion ringgit diumum, tapi Sabah masih banyak sekolah daif’

KOTA KINABALU: Pemimpin Parti Warisan mempertikaikan langkah diambil kerajaan dalam usaha mengatasi isu sekolah daif di Sabah berikutan jumlahnya yang masih tinggi meskipun berbilion ringgit peruntukan diumumkan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas, Tham Yun Fook, berkata angka peruntukan yang besar tidak membawa makna jika masih banyak masalah sekolah daif di negeri ini belum diselesaikan. […]

Pengusaha pelancongan di Semporna berdepan kenaikan kos operasi, penurunan pelancong

KOTA KINABALU: Persatuan Pengusaha Syarikat Pelancongan Bumiputera Tempatan Semporna (PUSPABUMI) mahu kerajaan memberi perhatian serius terhadap masalah yang dihadapi pengusaha pelancongan di Semporna. Setiausahanya, Anyrishah Mohd Shah, berkata sokongan dan perhatian pihak kerajaan amat penting bagi menjamin kelangsungan industri pelancongan yang menjadi sumber ekonomi utama masyarakat setempat. Katanya, kerajaan juga diharapkan dapat membantu mempergiatkan kempen […]

RM662,088 barang seludup dirampas, dua lelaki ditahan

TAWAU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas barangan kawalan bersubsidi dan rokok tidak berkastam bernilai RM662,088.26 termasuk cukai dalam lima kes sepanjang Julai lalu. Pengarah Kastam Negeri Sabah, Dr Ahmad Taufik Sulaiman berkata, dua lelaki berusia lingkungan 40-an turut ditahan selepas siasatan susulan kes rampasan di Tawau. Beliau berkata, dua kes di Tawau itu […]

‘Geng Andy’ tumpas, polis selesai 10 kes curi rim kenderaan

KOTA KINABALU, Polis berjaya menumpaskan sindiket curi rim kenderaan dikenali sebagai “Kumpulan Geng Andy” menerusi beberapa siri serbuan pada 30 dan 31 Julai lalu. Kumpulan berkenaan yang aktif melakukan jenayah di sekitar bandaraya ini dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya 10 kes kecurian rim. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Ab Rahman, berkata […]

PPM gagalkan penyeludupan minyak masak subsidi

SANDAKAN: Cubaan menyeludup sejumlah besar minyak masak bersubsidi dipercayai untuk dibawa ke negara jiran dipatahkan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah dalam serbuan di tepi Sungai Siguntur, Sibugal Besar, di sini, petang semalam. Dalam operasi kira-kira jam 4.30 petang itu, tiga individu ditahan bagi membantu siasatan. Turut dirampas sebuah bot, sebuah lori Isuzu tiga […]

650 liter diesel disyaki diseleweng dirampas

TAWAU: Sebanyak 650 liter minyak diesel yang disyaki diseleweng dirampas dalam serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Ulu Brantian, di sini, hasil operasi dijalankan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 Tawau. Rampasan kira-kira jam 8.14 malam itu kemudian diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Tawau untuk tindakan […]

KM serah bantuan YKS RM30,600 kepada 102 KIR mangsa banjir Tawau

KOTA KINABALU: Seramai 102 ketua isi rumah (KIR) mangsa banjir di Tawau menerima sumbangan RM300 dari Yayasan Kebajikan Sabah (YKS), membabitkan jumlah keseluruhan RM30,600. Sumbangan itu disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor melalui Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Mohd Shoffian Mohd Said, pada Ahad. Hajiji berkata sumbangan itu bagi membantu meringankan beban keluarga yang […]