PPM tumpaskan stor rokok seludup di Tenom

TENOM: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah merampas 134,600 batang rokok disyaki tidak bercukai bernilai lebih RM167,520 dalam serbuan di sebuah stor di Kampung Amboi, di sini, semalam. Dalam operasi jam 8.20 pagi yang dijalankan bersama Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom itu, seorang lelaki yang […]

ESSCOM bongkar pelbagai kegiatan haram, 25 PATI ditahan

SANDAKAN: Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) membongkar pelbagai aktiviti menyalahi undang-undang menerusi operasi bersepadu selama dua hari di beberapa lokasi sekitar daerah ini. Operasi pada 29 hingga 30 Julai itu menyaksikan 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan, selain tindakan penguatkuasaan, rampasan dan kompaun membabitkan nilai keseluruhan RM433,077. Operasi yang dijalankan di Jalan Istana, Kampung […]

Kerjasama Yayasan Sabah, IJN tambah tenaga pakar kesihatan

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mengambil inisiatif memperluaskan peluang pendidikan dalam bidangpenjagaan kesihatan menerusi kerjasama Yayasan Sabah dengan Institut Jantung Negara (IJN) dan Kolej Universiti IJN. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata menerusi kerjasama itu, seramai 30 anak Sabah akan dipilih mengikuti program pembangunan bakat dalam bidang penjagaan kesihatan pada tahun ini. Katanya, ia merangkumi […]

Stadium Likas dipilih semula venue AFC Women Champions League

KOTA KINABALU: Stadium Likas, sekali lagi dipilih sebagai venue Pusingan Kelayakan Kumpulan A, kejohanan AFC Women’s Champions League 2026 yang dijadual berlangsung dari 17 hingga 23 Ogos 2026. Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Negeri Sabah (SAFA), Shamsuddin Mohd Shah, berkata kejohanan itu membabitkan empat pasukan iaitu East Bengal FC dari India, Sabah FA dari Malaysia, Rovers […]

Pemuda GRS komited jadi suara anak muda Sabah – Jonnybone

KOTA KINABALU: Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) komited untuk terus menjadi suara anak muda Sabah dengan memperjuangkan isu yang dekat di hati rakyat. Ketuanya, Datuk Jonnybone J Kurum, berkata ia termasuk peluang pekerjaan, pendidikan, keusahawanan, pembangunan modal insan dan penyediaan infrastruktur serta kemudahan asas yang lebih baik. “Pemuda GRS juga akan terus mendukung agenda pembangunan […]

Warga emas hilang lebih 26 jam ditemui selamat

KOTA BELUD: Seorang lelaki warga emas yang dikhuatiri hilang selepas tidak pulang ke rumah pada Selasa, ditemui selamat, semalam, selepas lebih 26 jam. Mangsa berusia 78 tahun itu ditemui orang awam dalam keadaan lemah, sekitar jam 5.30 petang, di Kampung Payas-Payas, di sini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Elge Bakuk berkata, mangsa […]

Lelaki warga asing disyaki rogol remaja diberkas

TAWAU: Polis menahan seorang lelaki warga asing berusia 18 tahun yang disyaki merogol seorang remaja perempuan tempatan bawah umur dalam operasi di kawasan parkir sebuah masjid di Batu 2, Jalan Apas, di sini. Penahanan suspek dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau susulan siasatan yang dijalankan selepas […]

Shafie kekal Ahli Parlimen, ADUN, boleh tanding pilihan raya – Azis

KOTA KINABALU: Kedudukan Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ahli Parlimen Semporna dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang tidak terjejas berikutan hukuman penjara lima minggu dikenakan terhadapnya oleh mahkamah pada Rabu. Ketua Penerangan Warisan, Datuk Mohd Azis Jamman, berkata bekas Ketua Menteri itu juga tidak hilang kelayakan untuk bertanding pada pilihan […]

Sabah FC terima tajaan RM4 juta dari Emas Sri Semantan

KOTA KINABALU: Sabah FC menerima tajaan RM4 juta dari sebuah syarikat perniagaan barangan kemas bagi menyokong operasi pasukan menghadapi Liga MFL bagi musim baharu 2026/2027. Tajaan Syarikat Emas Sri Semantan Sdn Bhd itu hasil kerjasama yang dimeterai menerusi Perjanjian Persefahaman (MoU) ditandatangani kedua-duanya, di sini, pada Rabu. Pengarah Sabah FC, Datuk Alijus Sipil, berkata MoU […]

‘Saya hormati keputusan mahkamah’ – Shafie

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata beliau menghormati keputusan mahkamah berhubung hukuman penjara lima minggu yang dijatuhkan ke atasnya hari ini. Ia selepas bekas Ketua Menteri itu didapati bersalah menghina mahkamah berkaitan inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir. Bagaimanapun, katanya keputusan itu tidak menjejaskan amanah dan integritinya sebagai wakil rakyat, […]