Lelaki keluar menjala ikan ditemui meninggal dunia

PAPAR: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar menjala ikan ditemui meninggal dunia di sungai Kampung Benoni, di sini, malam ini. Mangsa, Awang Husin Awang Hasan, 61, ditemukan orang awam pada jam 9.59 malam berhampiran lokasi motosikalnya ditemui sebelum ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Ronny Sikawan berkata, pihaknya menerima panggilan […]

Lelaki keluar menjala ikan dikhuatiri lemas, motosikal dan selipar ditemui di tebing sungai

PAPAR: Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas selepas gagal pulang ke rumah sebaik keluar menjala ikan di sungai Kampung Benoni, di sini, hari ini. Mangsa, Awang Husin Awang Hasan, 61, dipercayai keluar menjala ikan kira-kira jam 6 pagi dan kebiasaannya pulang sekitar jam 1 tengah hari. Namun, sehingga lewat petang, mangsa masih belum pulang, menyebabkan […]

Masalah air di Tawau dijangka selesai sebelum akhir 2027

TAWAU: Masalah bekalan air yang dihadapi penduduk di daerah ini dijangka dapat diselesaikan setelah projek Skim Bekalan Air Tawau Fasa III bernilai RM450.5 juta siap sebelum akhir tahun depan. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata projek yang membabitkan pembinaan empangan untuk membekal air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) Cinta Mata […]

Pelabuhan Tawau kini dilengkapi kren dermaga baharu untuk tingkatkan kecekapan operasi

TAWAU: Kecekapan operasi Pelabuhan Tawau, di sini, dijangka dapat ditingkatkan dengan adanya infrastruktur lengkap menerusi pemerolehan dua kren dermaga bernilai RM70 juta. Penyediaan kemudahan terbaharu di pelabuhan berkenaan dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor ketika lawatannya ke Pelabuhan Tawau, di sini, pada Ahad. Beliau menyifatkan penyediaan peralatan itu sebagai satu pelaburan strategik bagi memperkukuh […]

Tiga sekeluarga cemas kereta terjunam ke sungai ketika mengundur

BEAUFORT: Detik cemas dilalui tiga sekeluarga apabila kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai ketika sedang mengundur dalam kejadian di belakang sebuah bank di sini, malam tadi. Semua mangsa termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh orang awam yang berada berhampiran lokasi sebelum ketibaan pasukan bomba. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat […]

BN-PN menang pilihan raya Negeri Sembilan

KOTA KINABALU: Gabungan Barisan Nasional (BN) – Perikatan Nasional (PN) memenangi dua pertiga kerusi pada pilihan raya Negeri Sembilan selepas memperolehi 25 daripada 36 kerusi pada Sabtu. Daripada jumlah itu, BN mendahului di 18 kerusi, manakala PN di tujuh kerusi. Keputusan tidak rasmi itu sekali gus menidakkan usaha Pakatan Harapan (PH) untuk mengekalkan kerajaan negeri […]

Sabah dapat 40 peratus menerusi projek fasiliti gas terapung

KALABAKAN: Kerajaan Sabah dijangka mendapat 40 peratus bahagian menerusi projek fasiliti gas asli cecair terapung (FLNG) di Sabah yang bakal ditandatangani dengan PETRONAS tidak lama lagi. Perkembangan baharu itu dikongsikan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, yang menyifatkannya sebagai antara kejayaan penting hasil kerjasama baik kerajaan negeri dengan Persekutuan. Beliau berkata, ia […]

Tular heret kabel, dua suspek akhirnya diberkas

PAPAR: Selepas hampir dua minggu diburu, dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian tular mengheret kabel menggunakan sebuah Perodua Bezza akhirnya diberkas polis dalam serbuan di sebuah pondok kebun di Kampung Surapit, di sini, semalam. Dalam serbuan kira-kira jam 4 petang itu, polis bukan sahaja menahan kedua-dua suspek, malah merampas pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan […]

Kerajaan komited perkukuh pembangunan negeri menerusi SMJ 2.0

KOTA KINABALU: Kerajaan komited memperkukuhkan agenda pembangunan negeri melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 sebagai kesinambungan usaha membina sebuah negeri yang lebih maju, berdaya saing dan sejahtera. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata ia selaras dengan aspirasi yang terkandung dalam tema Hari Kebangsaan pada tahun ini iaitu ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’. “Hala […]

Laluan dari bandar raya Kota Kinabalu menuju ke Teluk Likas ditutup sementara

KOTA KINABALU: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah mengumumkan penutupan serta-merta sebuah jambatan di Kilometer 2.850, Jalan Tun Fuad Stephen bermula jam 12 tengah hari hari ini selepas pemeriksaan mendapati berlaku kerosakan struktur yang serius pada lantai konkrit jambatan berkenaan. JKR Sabah dalam satu notis awam memaklumkan, tindakan itu diambil sebagai langkah keselamatan bagi melindungi pengguna […]