Dua ahli korporat syarikat beroperasi di Sabah raih anugerah berprestij Golden Bull Awards 2026

KOTA KINABALU: Dua ahli korporat sebuah syarikat tempatan bertaraf antarabangsa, di sini, menempa kejayaan dalam dunia korporat di peringkat kebangsaan apabila meraih anugerah berprestij Golden Bull Awards 2026 pada majlis penganugerahan yang berlangsung di ibu negara, malam tadi. Anugerah itu menjadikan kedua-dua mereka, Datuk Seri Mossco Woo Chin Teck dan Subha Sathiamoorthy Maraiah yang kini […]

500 pelajar sekolah menengah menjadi “Duta Keselamatan” di Labuan

LABUAN: Seramai 500 pelajar Tingkatan Tiga daripada 11 sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Labuan menyertai Kempen Kesedaran Keselamatan “Let’s Be Safe” bagi memupuk budaya keselamatan dalam kalangan generasi muda. Program tajaan penuh syarikat minyak dan gas Hibiscus Petroleum itu dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan (JPWPL), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba […]

Stor barang kawalan di pulau diserbu, gula, minyak masak dan tepung disita

KUDAT: Sebuah lokasi penyimpanan barang kawalan di Pulau Sibogoh, Pulau Banggi, di sini, diserbu selepas disyaki dijadikan tempat menyimpan bekalan dalam kuantiti besar berhampiran sempadan negara. Serbuan menerusi operasi bersepadu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Kudat bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Kudat itu dijalankan hasil risikan berkaitan aktiviti […]

Lelaki ditahan ugut ahli keluarga guna objek berbahaya

BEAUFORT: Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki mengugut ahli keluarganya menggunakan beberapa objek berbahaya dalam kejadian di Kampung Kilugus, Menumbok, di sini. Suspek dipercayai melakukan ugutan berkenaan sehingga menyebabkan mangsa ketakutan dan bimbang terhadap keselamatan diri serta ahli keluarga lain. Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintendan Champin Piuh berkata, bertindak atas laporan diterima, anggota dari Balai […]

Tanda tanya mayat bersama motosikal dalam parit akhirnya terungkai

KOTA BELUD: Tanda tanya penemuan mayat seorang lelaki bersama sebuah motosikal di dalam parit di Jalan Kota Belud-Kota Marudu berhampiran Kampung Tambilaung, di sini, Selasa lalu, akhirnya terungkai apabila mangsa dipercayai terbabit dalam kemalangan jalan raya. Mangsa berusia 41 tahun dipercayai hilang kawalan ketika menunggang motosikal dari arah Kota Marudu menuju Kota Belud sebelum terbabas […]

Dadah dirampas di Sabah dilupus di Negeri Sembilan

KOTA KINABALU: Semua dadah yang dirampas di Sabah tidak dilupuskan di negeri ini, sebaliknya dihantar ke Negeri Sembilan untuk dimusnahkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, perkara itu dijelaskan susulan persoalan netizen yang tertanya-tanya mengenai proses pelupusan dadah rampasan di Sabah, terutama membabitkan rampasan […]

Pokok tumbang halang jalan, pengguna terkandas hampir dua jam

KOTA MARUDU: Pengguna jalan raya terkandas hampir dua jam selepas sebatang pokok besar tumbang dan menghalang sepenuhnya jalan utama di Kampung Marudu Laut, di sini, petang tadi. Kejadian menyebabkan laluan berkenaan terputus apabila pokok dianggarkan sebesar dua pemeluk tumbang merentangi jalan sehingga kenderaan dari kedua-dua arah tidak dapat melaluinya. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) […]

Sidang DUN: Beri ruang masyarakat pilih calon Ketua Kampung sebelum dilantik – Madius

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri disaran memberi ruang kepada proses saringan dan perundingan bersama masyarakat dalam pelantikan Ketua Kampung di negeri ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Seri Madius Tangau, berkata pendekatan itu bukan bertujuan mengurangkan kuasa kerajaan, sebaliknya membantu memilih calon yang benar-benar berwibawa dan diterima rakyat. “Cadangan ini lahir daripada pengalaman sebenar […]

Dakwaan salah laku pengarah hospital selesai disiasat, tindakan sedang diambil – JKNS

KOTA KINABALU: Siasatan terperinci kes salah laku membabitkan seorang pengarah hospital di Sabah yang tular di media sosial baru-baru ini sudah selesai dijalankan oleh sebuah jawatankuasa khas yang dilantik Kementerian Kesihatan (KKM). Perkara itu dijelaskan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menerusi satu kenyataan media pada Khamis sebagai maklum balas terhadap dakwaan salah laku seorang pengarah […]

S.Comm bentang pelan telekomunikasi dan AI kepada Ketua Menteri, sokong pembangunan KBEIP

KOTA KINABALU: SEDCO Communications Sdn Bhd (S.Comm) membentangkan pelan pembangunan syarikat dan perkembangan projek strategik yang disertainya kepada kerajaan negeri, di sini, pada Rabu. Pembentangan itu dibuat Pengerusi Sabah Economic Development Corporation (SEDCO), Datuk Masiung Banah ketika kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah. Masiung membentangkan pelan […]