Presiden PRBS tidak akun salah guna jawatan dapatkan suapan bina dewan RM2 juta

KOTA KINABALU: Seorang pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan jawatannya bagi mendapatkan suapan sebanyak RM2 juta selepas dihadapkan di Mahkamah Khas Rasuah, di sini, pada Khamis. Tertuduh yang juga Presiden Pertubuhan Rungus Bersatu Sabah (PRBS), Makinsos Nawai, 67, didakwa menggunakan jawatannya bagi mendapatkan peruntukan RM2 juta dari Kementerian Kewangan Sabah […]
Sidang DUN: Pembinaan lorong memotong, naik taraf jalan alternatif atasi kesesakan di laluan Ranau-Kundasang

KOTA KINABALU: Sebanyak 10 lorong memotong dan lorong mendaki dicadang dibina di laluan antara pekan Ranau dan Kundasang sebagai langkah jangka pendek mengurangkan kesesakan lalu lintas yang berlaku di laluan berkenaan. Cadangan yang dikemukakan melalui Program Pengurusan Trafik Skim Pengurusan dan Penambahbaikan Trafik dan Pengangkutan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah itu dijangka dapat meningkatkan kapasiti […]
Polis Sabah rekod lebih 13,000 tangkapan, rampasan dadah RM263.82 juta

KOTA KINABALU: Lebih 13,000 individu ditahan Polis Kontinjen Sabah menerusi pelbagai operasi penguatkuasaan, selain rampasan dadah bernilai RM263.82 juta sepanjang enam bulan pertama tahun ini. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, pencapaian itu hasil operasi dan serbuan dilaksanakan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di […]
Operasi sambungan air haram diperkasa, empat ditahan

KOTA KINABALU: Polis Sabah memperkasakan operasi membanteras kegiatan penyambungan paip air secara haram di kawasan setinggan dalam usaha membantu mengurangkan ketirisan bekalan air di negeri ini. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, operasi bersepadu bersama Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan agensi berkaitan itu dilaksanakan sejak 15 Julai lalu. Katanya, setakat ini empat individu […]
Dakwaan gangguan seksual di hospital berlaku Oktober lalu – Polis

KOTA KINABALU: Dakwaan gangguan seksual membabitkan seorang pengarah di sebuah hospital di Sabah yang tular di media sosial sejak semalam sebenarnya membabitkan kejadian yang didakwa berlaku pada Oktober tahun lalu. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, polis sudah menerima laporan berhubung dakwaan itu pada Januari lalu dan siasatan sudah dijalankan sebelum isu berkenaan tular. […]
Lelaki didakwa edar 74.8 kg syabu

TAWAU: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, pada Rabu atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 74.87 kilogram (kg). Perbuatan itu didakwa dilakukan di kawasan letak kereta sebuah bangunan di Jalan Tun Hamdan, di sini, pada 12 Julai lalu. Tertuduh, Sopian Mustafa, 40, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Don […]
Kes bayi ditemui dalam semak, remaja lelaki direman bantu siasatan

TAWAU: Seorang remaja lelaki direman empat hari bagi membantu siasatan berkaitan penemuan seorang bayi perempuan yang dipercayai ditinggalkan di kawasan semak berhampiran sebuah rumah di Kampung Jawa, di sini, pada Selasa. Permohonan reman terhadap remaja berumur 17 tahun itu dibuat di Mahkamah Majistret Tawau pada Rabu yang dikemukakan Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat […]
Seluar dalam isteri hilang dari ampaian, suami buat laporan polis

TAWAU: Kehilangan beberapa helai pakaian dalam wanita yang dijemur di luar rumah membongkar perbuatan seorang lelaki warga asing yang disyaki mencuri barangan berkenaan di Kampung Haji Matahir, di sini. Kejadian disedari seorang lelaki berusia 47 tahun apabila mendapati beberapa helai pakaian dalam milik isterinya yang dijemur di luar rumah tiba-tiba hilang sebelum tampil membuat laporan […]
Pekerja, pengunjung cemas keluar selamatkan diri selepas kebakaran di pasar raya

KOTA KINABALU: Pekerja dan pengunjung sebuah pasar raya di Kolombong, di sini, bergegas keluar menyelamatkan diri selepas kebakaran tercetus di bahagian medan selera premis berkenaan, hari ini. Kebakaran dipercayai bermula di bahagian dapur memasak sebuah gerai sebelum api merebak ke sistem pengudaraan (ventilation) bangunan Bataras Hypermarket Kolombong. Bagaimanapun, tindakan sistem sprinkler automatik bangunan membantu mengawal […]
Sidang DUN: Muzium Tamadun dan Warisan Etnik Dusun Ranau dijangka siap Mac 2027

KOTA KINABALU: ProjekMuzium Tamadun dan Warisan Etnik Dusun Ranau kini dalam fasa pelaksanaan semula membabitkan peruntukan RM3.5 juta. Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Dr Andi Md Shamsureezal Mohd Sainal, berkata kerajaan melantik kontraktor baharu bagi meneruskan projek itu yang bermula pada 4 Mac 2025. Katanya, tempoh pelaksanaan projek berkenaan mengambil masa selama […]