Mekanik didenda RM6,000 selepas mengaku miliki video, gambar lucah bekas teman wanita

PAPAR: Seorang lelaki didenda RM6,000 selepas mengaku bersalah memiliki bahan lucah dalam telefon bimbitnya selepas dihadapkan di Mahkamah Majistret, di sini, pada Khamis. Tertuduh berumur 27 tahun yang bekerja sebagai mekanik itu membuat pengakuan di hadapan Majistret Zuraini Ali Musa selepas dibacakan pertuduhan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki bahan […]

Cuba seludup minuman keras dari Labuan, dua lelaki dipenjara 3 bulan selepas gagal bayar denda

LABUAN: Dua lelaki tempatan dipenjara tiga bulan selepas masing-masing gagal membayar denda RM10,000 atas kesalahan mengangkut barang tidak berkastam yang dijatuhkan Mahkamah Majistret Labuan, di sini, pada Rabu. Tertuduh berumur 25 dan 32 tahun itu dijatuhi hukuman berkenaan selepas kedua-duanya mengaku bersalah atas pertuduhan mengangkut 86 botol minuman keras pelbagai jenama yang belum dibayar duti […]

Operasi Tapis Bersepadu: Pengedar syabu, ketum dicekup, 30 PATI ditahan

TAWAU: Seorang lelaki disyaki pengedar dadah diberkas bersama lebih 50 gram syabu, manakala 30 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Operasi Tapis Bersepadu Bilangan 1/2026 di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, di sini. Operasi selama dua hari bermula 7 hingga 8 Julai itu turut membawa kepada penahanan 31 individu atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah […]

Projek pembangunan bercampur di Tuaran, ladang tenusu di Keningau bakal lonjak ekonomi Sabah

KOTA KINABALU: Dua projek berskala besar bakal dibangunkan di Tuaran dan Keningau, masing-masing membabitkan pembangunan bercampur dan industri tenusu yang disasar mampu membantu Sabah ke arah mencapai pendapatan RM120 bilion setahun. Cadangan pelaksanaan projek itu masing-masing dibuat menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai di antara Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dan KTI Sdn Bhd di […]

Helah seludup ganja guna pos laju terbongkar

KOTA KINABALU: Helah menyeludup ganja menggunakan bungkusan pos laju terbongkar apabila Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah menahan seorang lelaki sebelum memberkas seorang lagi suspek bersama syabu dalam dua operasi berasingan, semalam. Ketua JSJN Sabah, Asisten Komisioner Alhusin Halil berkata, tangkapan pertama dilakukan hasil maklumat risikan selepas pihaknya menerima satu bungkusan pos laju daripada Agensi […]

Kilang makanan sejuk beku musnah dalam kebakaran

TAWAU: Sebuah kilang makanan sejuk beku di Batu 4, Jalan Apas di sini, musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku pada petang tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.59 petang. Katanya, seramai 31 anggota bersama beberapa jentera dari BBP Tawau dikejarkan ke […]

Imigresen cari Sitti Junda Pistino

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah sedang mengesan seorang wanita warga Filipina bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63. JIM Sabah dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasminya hari ini memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan supaya tampil membantu siasatan. Wanita yang dikesan itu adalah Sitti Junda Pistino, 54, warga […]

SAREX ex Limbawan 2026 perkukuh kesiapsiagaan hadapi bencana maritim

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menganjurkan Search and Rescue Exercise (SAREX) Ex Limbawan 2026 bagi menguji kesiapsiagaan serta keupayaan penyelarasan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) dalam menghadapi bencana maritim berskala besar. Program menerusi Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu itu berlangsung dengan kerjasama strategik PETRONAS dan PTTEP Sabah Oil Limited. Pengarah […]

Polis siasat dakwaan buli libatkan dua murid sekolah rendah

KOTA KINABALU: Polis sedang menyiasat dakwaan kes buli dan serangan fizikal membabitkan dua murid sebuah sekolah rendah di daerah ini selepas menerima laporan daripada bapa kedua-dua mangsa pada 7 Julai lalu. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Bin Syed Abdul Rahman berkata, laporan dibuat selepas pengadu mendakwa anak-anaknya menjadi mangsa gangguan dan […]

JPJ Sabah kesan lima pemandu perdagangan positif syabu

KOTA KINABALU: Seramai lima pemandu kenderaan perdagangan dikesan positif dadah selepas menjalani saringan air kencing dalam Operasi Bersepadu Dadah Terhadap Kenderaan Perdagangan yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah. Pengarah JPJ Sabah, Datuk Mohd Harris Ali, berkata operasi yang dijalankan dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta beberapa agensi penguatkuasaan lain […]