Kaji semula syarat BUDI Diesel, bantu pengusaha muda sektor pertanian – Jamawi

KIULU: Syarat kelayakan Program BUDI Diesel perlu dikaji semula bagi membolehkan lebih ramai pengusaha muda dalam sektor pertanian, penternakan dan industri makanan menikmati subsidi yang disediakan kerajaan. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri, Datuk Jamawi Jaafar, berkata kajian itu perlu berikutan ramai pengusaha pertanian tidak layak memohon subsidi diesel kerana kenderaan yang digunakan untuk […]

Sabah beri tentangan sengit, akur NPC pertahan kejuaraan Sukan Muhibah Media

GEORGETOWN: Kontinjen media Sabah mempamerkan semangat juang tinggi sebelum akur dengan kekalahan tipis 2-3 kepada Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) pada Sukan Muhibah Media Sabah-NPC yang berlangsung di Pulau Pinang dari 3 hingga 5 Julai lalu. Walaupun gagal membawa pulang trofi ke Sabah, kontinjen berkenaan berjaya memberikan saingan sengit kepada juara bertahan yang mengesahkan kejuaraan keseluruhan […]

Kejayaan SMJ 2.0 di tangan penjawat awam – SKN

KOTA KINABALU: Kejayaan merealisasikan aspirasi Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 bergantung kepada kekuatan, komitmen dan keupayaan seluruh penjawat awam untuk bergerak sebagai satu pasukan yang tersusun, saling melengkapi dan berkongsi tanggungjawab terhadap matlamat yang sama. Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN), Datuk Zainudin Aman berkata semangat itu menjadi teras Hala Tuju SMJ 2.0 kerana kejayaan […]

Tokan dadah tumpas, pasangan suami isteri antara enam ditahan JSJN Sabah

KUDAT: Kegiatan sindiket pengedaran dadah di daerah ini terbongkar apabila Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah menahan enam individu termasuk sepasang suami isteri dalam beberapa serbuan berasingan, semalam. Dalam operasi itu, polis turut merampas syabu seberat 161.49 gram dianggarkan bernilai RM16,000, selain menyita sebuah kereta Perodua Myvi dan beberapa telefon bimbit yang dipercayai mempunyai kaitan […]

Warga emas maut kemalangan dua kenderaan

PAPAR: Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Pantai Manis, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 6.45 petang itu, mangsa lelaki tempatan berusia 63 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Papar akibat kecederaan parah yang dialaminya. Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan […]

Isu projek LPB Sindumin-Beaufort diteliti

KOTA KINABALU: Ketua Merinyu Projek Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak meneliti sendiri kemajuan pelaksanaan Pakej Kerja (WP01) dan WP02 Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah bagi mendapatkan gambaran sebenar di lapangan mengenai perkembangan di jajaran berkenaan. Lawatan tapak di kedua-dua pakej itu baru-baru ini juga untuk melihat secara dekat cabaran yang dihadapi di lapangan […]

Hospital Likas lakar sejarah pisahkan bayi kembar Siam dari pedalaman Sabah

KOTA KINABALU: Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) atau Hospital Likas, di sini, melakar pencapaian bersejarah apabila berjaya melaksanakan pembedahan pemisahan kembar Siam, prosedur membabitkan kembar Siam yang julung kali dilaksanakan di Sabah. Menerusi satu kenyataan, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), berkata prosedur itu ialah Pembedahan Pemisahan Kembar Siam Pygopagus (Pygopagus Conjoined Twins) yang dilaksanakan […]

Lelaki bunuh isteri dipenjara 35 tahun, 15 sebatan

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tanpa dokumen dihukum penjara 35 tahun dan 15 sebatan selepas mengaku bersalah membunuh isterinya, tiga tahun lalu. Tertuduh, Arip Muktar, 31, membuat pengakuan itu ketika prosiding di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, di hadapan Hakim Datuk Celestina Stuel Galid pada Isnin. Berdasarkan kertas pertuduhan, Arip didakwa membunuh Belnita Abdul Saleh di kuartes […]

95 taska dikesan beroperasi secara tidak sah

KOTA KINABALU: Sebanyak 95 taska tidak berdaftar dikesan beroperasi secara tidak sah di Sabah. Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki, berkata sebahagiannya masih dalam proses permohonan dan menunggu kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT). Berikutan itu, beliau menyeru ibu bapa agar mengutamakan taska berdaftar bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan anak-anak. Beliau turut […]

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan pilihan raya

KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) akan mengemukakan cadangan berhubung kajian semula persempadanan kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor. Presidennya, Datuk Ewon Benedick, berkata setakat ini pihaknya menerima beberapa cadangan supaya kajian semula persempadanan dilakukan, antaranya membabitkan kawasan Kota Belud, Penampang dan Sepanggar. “Di Kota Belud, […]