Kilang roti terbakar di Kolombong

KOTA KINABALU: Sebuah kilang membuat roti di Kolombong, di sini, hampir musnah selepas terbakar, tengah hari tadi. Kejadian kira-kira jam 11 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan ataupun kemalangan jiwa. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Noor Sherriyana Bohari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 11.14 pagi. Katanya, sepasukan […]
Lelaki hilang ketika menyeberangi sungai ditemukan lemas

KOTA BELUD: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika menyeberangi sungai di Kampung Lebak Engad, di sini ditemukan meninggal dunia selepas hampir dua hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan. Mangsa ditemukan orang awam pada jam 6.15 petang, kira-kira 150 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang sebelum mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Ketua Balai […]
Lelaki maut ditikam rakan ketika mabuk

KOTA KINABALU: Pertengkaran ketika mabuk selepas minum minuman keras membawa padah apabila seorang lelaki warga asing maut ditikam empat kali oleh rakannya di sebuah tapak pembinaan di belakang bilik pameran kenderaan di Iramanis, di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian itu, mangsa berusia 34 tahun dipercayai sempat berjalan sebelum ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah […]
Jambatan Tamparuli dijangka dibuka semula pada Oktober 2026 – KKR

KOTA KINABALU: Kerja pembaikan Jambatan Tamparuli dijadual siap sepenuhnya pada akhir September depan dan dijangka dibuka semula kepada pengguna pada awal Oktober 2026, kata Kementerian Kerja Raya (KKR). Jaminan itu diberikan dalam satu jawapan bertulis susulan pertanyaan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Madius Tangau berhubung isu jambatan itu pada Persidangan Dewan Rakyat di Kuala Lumpur […]
Ekonomi Sabah tumbuh 5.1 peratus pada 2025, KDNK cecah RM88.8 bilion

KOTA KINABALU: Ekonomi Sabah berkembang 5.1 peratus pada 2025, meningkat dengan ketara berbanding pertumbuhan 1.2 peratus yang direkodkan pada 2024, selaras dengan prestasi nasional. Angka itu berdasarkan data yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan (DOSM) Sabah menerusi satu kenyataan media pada Khamis. DOSM berkata, seiring dengan perkembangan itu, nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sabah pada harga […]
Lelaki ditemui rentung dalam bilik

BELURAN: Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran di Kampung Bayu Permai, di sini, hari ini. Mangsa, Baha Sudirman, 49, yang juga warga Indonesia ditemui rentung di salah sebuah bilik dalam rumah dua tingkat yang didiami bersama ahli keluarganya. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran, Nur Azlan Shah Jamalludin, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kebakaran membabitkan […]
Hormati kuasa autonomi imigresen Sabah

KOTA KINABALU: Kuasa autonomi imigresen Sabah yang termaktub dalam undang-undang perlu dihormati semua pihak, termasuk pemimpin dari Semenanjung. Menegaskan perkara itu, aktivis masyarakat, Aksyah Nasrah, berkata kefahaman itu penting bagi mengelak sebarang tafsiran atau dakwaan salah berhubung kuasa berkenaan. Justeru, katanya kritikan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim terhadap tindakan menyekat kemasukan Pengarah Eksekutif Bersih, […]
Lori terbabas, pemandu maut tersepit bawah kepala lori

KINABATANGAN: Seorang pemandu lori maut selepas tersepit di bawah bahagian kepala lori dalam kemalangan membabitkan sebuah lori lapan tan yang dipercayai terbabas sendiri di Kampung Paris 2, di sini awal pagi tadi. Mangsa berusia 48 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas berjaya dikeluarkan pasukan bomba dengan bantuan sebuah jentera jengkaut yang digunakan bagi […]
Lelaki maut, motosikal terbakar dalam kemalangan

PUTATAN: Seorang lelaki maut apabila motosikal ditungganginya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta sehingga terbakar di Jalan Utama berhadapan pusat jualan Perodua, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian jam 4.40 pagi itu, mangsa berusia 19 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah. Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba Riki Mohan Singh Ramday, […]
‘Larangan masuk Pengarah Eksekutif Bersih ke Sabah bukan arahan KM’

KOTA KINABALU: Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Azrul Ibrahim, menyifatkan tuduhan yang dilemparkan terhadap Datuk Seri Hajiji Noor berhubung larangan kemasukan Pengarah Eksekutif Bersih, Asraf Sharafi Mohammad Azhar ke Sabah sebagai keterlaluan dan tidak berasaskan fakta. Beliau berkata, dakwaan yang dibuat Hamdin Nordin menerusi hantaran di media sosial menuduh Hajiji mengarahkan sekatan terhadap […]