Lelaki maut kemalangan, motosikal terbakar

PUTATAN: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbakar dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta di Jalan Putatan menghala ke Lokawi, awal pagi tadi. Mangsa berusia 47 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan, Musran Jabri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada […]

Sindiket edar dadah guna kurier terbongkar

SANDAKAN: Taktik sindiket pengedaran dadah menggunakan perkhidmatan kurier untuk menghantar bekalan ke Sabah terbongkar apabila Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah menahan empat individu dalam tiga serbuan berasingan di daerah ini dengan rampasan pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM233,000. Operasi itu dilancarkan hasil kerjasama JSJN Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan, JSJN Ibu Pejabat Polis […]

Mayat lelaki tanpa identiti ditemui terapung di jeti ikan

KUDAT: Mayat seorang lelaki dewasa yang masih belum dikenal pasti identitinya ditemukan terapung di kawasan Jeti Ikan Angkasa Baru, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kudat berkata, pihak polis menerima maklumat daripada orang awam kira-kira jam 10.50 pagi berhubung penemuan mayat berkenaan. Susulan itu katanya, sepasukan anggota dan pegawai dikerah bergegas ke lokasi bagi […]

Empat pelajar dibelasah ketika jalan ke masjid di Tawau

TAWAU: Empat pelajar dibelasah sekumpulan pelajar sekolah ketika berjalan menuju ke Masjid Merotai Besar untuk menunaikan solat Jumaat dalam kejadian di Jalan Sri Delima, Merotai Besar, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, seorang daripada mangsa dipukul terlebih dahulu sebelum tiga rakannya turut menjadi sasaran kumpulan terbabit. Pemangku Ketua Polis Daerah […]

Lelaki maut tersepit dalam kemalangan dua kenderaan

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 21 tahun maut selepas tersepit dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan UMS berhampiran Alamesra, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian itu, mangsa yang memandu Perodua Viva disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Manakala pemandu Perodua Alza, lelaki berusia 57 tahun, terselamat tanpa […]

Kanak-kanak melecur, rumah dan dua kenderaan terbakar

KUNAK: Seorang kanak-kanak lelaki cedera melecur di kaki kiri selepas sebuah rumah jenis tidak kekal terbakar dalam kejadian di Kampung Kasnuri di sini, malam tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak, Mohamad Omarbatha berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 8.20 malam. Katanya, sepasukan sembilan anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue […]

12 rumah terbakar dalam kebakaran di Kampung Kalansanan

KOTA KINABALU: Sebanyak 12 rumah di Kampung Kalansanan, Inanam, di sini, terjejas dalam kebakaran malam tadi. Dalam kejadian itu, 11 rumah musnah sepenuhnya manakala sebuah lagi mengalami kerosakan 50 peratus. Bagaimanapun, kejadian itu tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa apabila semua penghuni dilaporkan berjaya menyelamatkan diri sebelum api merebak. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, […]

Perdana Park Tanjung Aru dibuka semula mulai Sabtu

KOTA KINABALU: Perdana Park Tanjung Aru, di sini, akan dibuka semula kepada orang awam untuk melakukan aktiviti rekreasi bermula pada Sabtu, 4 Julai 2026. Taman yang popular sebagai lokasi joging warga bandar raya itu sebelum ini ditutup sejak Disember 2024 selepas insiden serangan memerang. Pada Khamis, Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah, […]

208 PATI ditahan dalam tiga hari

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah berjaya menahan 208 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) menerusi 26 operasi penguatkuasaan yang dijalankan di seluruh negeri. Operasi selama tiga hari bermula 30 Jun lalu itu dilaksanakan di beberapa kawasan strategik dan tumpuan warga asing termasuk Pasar Besar Kota Kinabalu, Pekan Inanam dan beberapa penempatan setinggan. Dalam kenyataan […]

‘Betulkan rekod, bayaran khas diterima kerajaan Warisan pada 2019 masih interim’ – Darell

KOTA KINABALU: Pemimpin Parti Warisan menolak jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung Kajian Semula Pemberian Khas Sabah di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan yang dikaitkan dengan pentadbiran kerajaan Warisan sebelum ini. Timbalan Presiden Warisan, Datuk Darrel Leiking, berkata jawapan itu menimbulkan tanggapan bahawa pentadbiran kerajaan Warisan pada 2019 bersetuju menerima kadar […]