Kerajaan komited dekati usahawan muda melalui pelbagai bantuan, inisiatif

TAWAU: Usaha mendekati dan membantu usahawan muda menerusi Jelajah Outreach Usahawan Muda diteruskan di Zon Tawau dan Kalabakan, baru-baru ini. Pemangku Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Azrul Ibrahim, berkata program itu membuktikan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam menyantuni golongan belia dan usahawan muda melalui pelbagai bantuan, inisiatif serta program yang signifikan. […]
Lelaki ditahan bersama 10 tenggiling, sisik disyaki hidupan dilindungi

KINABATANGAN: Seorang lelaki warga asing ditahan selepas didapati memiliki beberapa hidupan liar dan bahagian hidupan liar yang dipercayai dilindungi dalam satu operasi di Kampung Paris 3, di sini, malam tadi. Dalam operasi kira-kira jam 8.30 malam itu, Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 15 menjalankan pemeriksaan terhadap suspek berusia 27 […]
Pillars of Sabah hasilkan mural unik untuk KupiKupiFM, tonjol kepelbagaian etnik Sabah

KOTA KINABALU: Persatuan Seni Masyarakat Tonggak Sabah (Pillars of Sabah) mencipta sejarah tersendiri apabila menghasilkan mural khas untuk stesen radio komuniti nombor satu Sabah, KupiKupiFM, yang mengetengahkan identiti serta kepelbagaian etnik di negeri ini. Wakil persatuan itu, Jared Abd Rahman, 39, berkata mural berkenaan adalah karya asli yang dihasilkan sepenuhnya oleh pasukan mereka tanpa meniru […]
166 PATI warga Filipina dihantar pulang ke negara asal

LAHAD DATU: Seramai 166 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina dihantar pulang ke negara asal menerusi program pemindahan tahanan yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah melalui Pelabuhan Lahad Datu, di sini. Pemindahan itu membabitkan tahanan dari Depot Imigresen Kota Kinabalu dan Depot Imigresen Sandakan yang dibawa ke Pelabuhan Bongao, Tawi-Tawi, Filipina menggunakan perkhidmatan […]
Lelaki ditemui meninggal dunia di belakang kedai buku

TAWAU: Seorang lelaki berusia lingkungan 50-an ditemui meninggal dunia di kawasan belakang sebuah kedai buku di Batu 3, Jalan Apas, di sini, petang tadi. Dalam kejadian itu, Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau menerima maklumat berhubung penemuan lelaki terbabit kira-kira jam 2.08 petang sebelum sepasukan polis dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan […]
KPDN rampas diesel disimpan dalam lori peti ikan

SEMPORNA: Taktik menyembunyikan minyak diesel bersubsidi di dalam lori yang diubah suai dengan peti ikan bagi mengaburi pihak berkuasa terbongkar selepas diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam Ops Tiris 4.0 di Kampung Simunul, di sini, hari ini. Dalam operasi kira-kira jam 10.30 pagi itu, sepasukan penguat kuasa KPDN Cawangan Semporna […]
Sotong ‘inti’ ikan bukan ‘mainan’ peniaga – KPDN diberitahu

KOTA KINABALU: Peniaga di Pasar Besar Kota Kinabalu, di sini, menafikan memasukkan ikan dalam badan sotong bagi menambah berat makanan laut itu apabila dibeli pengguna. Penafian itu dijelaskan kepada Pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ketika menyiasat aduan pengguna yang mengesyaki ditipu peniaga apabila mendapati sotong dibelinya ‘disumbat’ dengan ikan, dipercayai […]
India sokong hubungan terus dengan Sabah

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia menyatakan sokongan terhadap perbincangan untuk mewujudkan penerbangan terus Sabah-India bagi meneroka potensi kerjasama pelancongan dan ekonomi. Perkara itu menjadi tumpuan ketika kunjungan hormat pemangku Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia, Hitesh Rajpal terhadap Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Joniston Bangkuai selaku Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), di sini, […]
121 sambungan paip haram dipotong dalam Operasi Mega di Sepanggar

KOTA KINABALU: Sebanyak 121 sambungan paip air menyalahi undang-undang berjaya dipotong dalam Operasi Bersepadu berskala besar di dua kawasan setinggan sekitar Sepanggar di sini, semalam. Operasi yang berlangsung dari jam 7 pagi hingga 11 pagi itu dilaksanakan bagi membanteras sambungan paip haram serta mengekang krisis kehilangan air tidak terhasil (Non-Revenue Water, NRW) yang kritikal di […]
UPKO komited untuk kukuhkan GRS, bangunkan Sabah – Ewon

KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) akan menyumbang kepada pengukuhan dan pemerkasaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi memimpin, mentadbir dan membangunkan Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor. Komitmen itu disuarakan Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick ketika mengulas penerimaan UPKO sebagai parti komponen baharu GRS susulan permohonan parti itu yang dikemukakan […]