89 PATI ditahan dalam operasi bersepadu di tiga daerah

KOTA KINABALU: Seramai 89 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah dalam beberapa operasi bersepadu yang dilaksanakan di Kota Kinabalu, Lahad Datu dan Sandakan. Operasi yang dijalankan bersama beberapa agensi penguat kuasa itu turut menyasarkan individu yang dipercayai melanggar undang-undang imigresen termasuk tidak memiliki dokumen perjalanan sah serta menyalahgunakan pas yang […]

PRU16: GRS mungkin tanding semua 25 kerusi Parlimen

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mungkin bertanding di semua 25 kerusi Parlimen di Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) yang dijangka tahun depan. Ia berdasarkan jawapan Ketua Menteri yang juga Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor, yang menjawab ‘InsyaAllah’ apabila ditanya sama ada GRS bertanding 25 kerusi pada sidang media selepas Mesyuarat Ahli […]

UPKO kini parti komponen GRS

KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) sah diterima sebagai parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Khamis. Penerimaan permohonan parti itu diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor selaku Pengerusi GRS pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi GRS di SICC. Katanya, Majlis Tertinggi GRS sebulat suara bersetuju menerima permohonan UPKO sebagai parti komponen […]

Air ketum dalam tong ais terbongkar

RANAU: Kegiatan memproses dan menjual air ketum di sebuah kampung di daerah ini terbongkar apabila seorang lelaki tempatan diberkas bersama puluhan botol minuman berkenaan dalam serbuan, hari ini. Dalam operasi kira-kira jam 1.30 petang itu, suspek berusia 28 tahun ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau. Ketua Polis […]

Zainudin Setiausaha Kerajaan Negeri yang baharu

KOTA KINABALU: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Datuk Zainudin Aman dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baharu berkuatkuasa mulai 29 Jun ini. Beliau menggantikan Datuk Seri Safar Untong yang akan tamat perkhidmatannya pada 28 Jun ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyatakan harapan agar pelantikan beliau membolehkan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah terus maju […]

Pelajar SMK Agama KK terbaik STPM 2025 kebangsaan

KOTA KINABALU: Seorang pelajar dari Sabah dipilih sebagai Pelajar Terbaik Kebangsaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2025 bagi Aliran Sains Sosial. Nama pelajar terbabit, Ahmad Mursyied Umair Darwis diumumkan Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Raisin Saidin pada majlis pengumuman keputusan STPM 2025 bagi negeri Sabah, pada Khamis. Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Kota Kinabalu […]

Koperasi perlu berani buat transformasi, teroka sektor baharu – KM

KOTA KINABALU: Gerakan koperasi di Sabah perlu berani melakukan transformasi perniagaan dengan mempelbagaikan sumber pendapatan dan meneroka sektor baharu yang mampu memberi nilai tambah kepada anggota, komuniti serta ekonomi negeri. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, dalam landskap ekonomi dan teknologi yang semakin kompetitif, koperasi tidak lagi boleh bergantung kepada model perniagaan tradisional semata-mata, […]

Ajal dalam perjalanan pulang ke rumah

KENINGAU: Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas sebelum terbalik di Jalan Dabata, Tambunan, tengah malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, mangsa, Betus Yussof, 52, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala. Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai berkata, siasatan […]

1,088 pelajar baharu Program Asasi mendaftar di UMS

KOTA KINABALU: Seramai 1,088 pelajar baharu Program Asasi Universiti Malaysia Sabah (UMS) diambil mengikuti pengajian bagi sesi akademik 2026/2027. Kemasukan pelajar terbabit bermula Isnin lalu, didahului dengan program Minggu Suai Mesra (MSM) selama dua hari hingga Selasa. Majlis penutupan MSM yang diadakan di Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2 UMS disempurnakan Naib Canselor UMS, Prof Datuk […]

64 PATI ditahan, kerugian utiliti cecah RM623,450 di Lahad Datu

LAHAD DATU: Seramai 64 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina dan Indonesia ditahan dalam Operasi Bersepadu Daerah Lahad Datu yang diselaraskan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) selama dua hari bermula 16 Jun lalu. Operasi yang membabitkan 262 pegawai dan anggota pelbagai agensi itu turut mengesan pelbagai pelanggaran undang-undang melibatkan sektor pekerjaan, imigresen, pelesenan perniagaan, […]