Polis tumpaskan dua penyamun dalam 24 jam

TAWAU: Tidak sampai 24 jam selepas memecah masuk sebuah premis dan melarikan pelbagai peralatan fotografi, dua lelaki termasuk seorang warga asing akhirnya diberkas polis dalam serbuan di sebuah bilik penginapan di bandar ini, semalam. Lebih menarik, polis turut menemukan semula pelbagai barangan dipercayai hasil curi yang masih disimpan di lokasi persembunyian suspek. Ketua Polis Daerah […]
Pengukuhan TVET, STEM dan AI dalam agenda pembangunan pendidikan Sabah

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memberi perhatian dan keutamaan terhadap agenda pembangunan pendidikan menerusi pemerkasaan modal insan, peluasan bantuan pendidikan serta pengukuhan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta literasi kecerdasan buatan (AI). Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata usaha itu penting bagi memastikan setiap anak Sabah […]
Sorok hampir empat tan tepung, gula subsidi dalam premis tidak berlesen

SEMPORNA: Taktik menyimpan hampir empat tan barang kawalan bersubsidi di sebuah premis tidak berlesen di daerah ini terbongkar selepas diserbu pihak berkuasa menerusi Ops Tiris 4.0 (Bersepadu), semalam. Dalam operasi di sekitar Pekan Semporna itu, pelbagai jenis tepung gandum dan gula pasir kasar yang dipercayai disimpan tanpa kebenaran Pengawal Bekalan berjaya dirampas dengan nilai keseluruhan […]
Lelaki mengamuk, rosakkan harta benda ditahan

KOTA BELUD: Seorang lelaki dipercayai mengalami gangguan mental yang sebelum ini dilaporkan bertindak agresif sehingga mencederakan orang awam dan merosakkan harta benda di sekitar pekan Kota Belud berjaya ditahan polis, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, lelaki berkenaan dikesan dan ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud bagi […]
‘Zoo mini’ haram terbongkar, pelbagai hidupan liar dirampas

PENAMPANG: Kegiatan seorang lelaki dipercayai memelihara pelbagai spesies hidupan liar tanpa kebenaran terbongkar apabila premis miliknya di Kampung Nambazan, di sini, diserbu dalam Operasi Bersepadu Khazanah (OBK), hari ini. Dalam serbuan kira-kira jam 10.30 pagi hasil kerjasama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah, Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang […]
Sambungan elektrik haram setinggan di Semporna, lelaki tanpa dokumen dipenjara dua tahun

TAWAU: Seorang lelaki tanpa dokumen pengenalan diri dijatuhi hukuman penjara selepas mengaku bersalah atas kesalahan mencuri elektrik melalui sambungan haram di sebuah penempatan setinggan di Semporna. Keputusan itu dibuat Mahkamah Sesyen Tawau hari ini selepas tertuduh, Abdul Hamid Siddiq, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan mengikut Seksyen 61(1) dan Seksyen 61(8) Enakmen Bekalan Elektrik 2024 […]
Minggu Perpaduan 2026 Gegar Sabah sasar 250,000 pengunjung

KOTA KINABALU: Seramai 250,000 pengunjung dijangka memeriahkan Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Pekarangan Stadium Likas di sini, bermula 11 hingga 14 Jun ini. Program anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) itu dijadual dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Jun, sekali gus menjadi antara acara perpaduan terbesar yang […]
300 telur penyu dirampas, lelaki ditahan

TUARAN: Ketika populasi penyu terus berdepan ancaman kepupusan, masih ada pihak yang sanggup menyimpan dan memperdagangkan telurnya untuk meraih keuntungan. Kegiatan itu bagaimanapun terbongkar apabila Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah bersama Perisikan Siasatan Khas (WCB) merampas 300 biji telur disyaki telur Penyu Hijau dalam serbuan di Kampung Serusup, di sini, semalam. Dalam operasi khas yang […]
Keputusan AGC bukti perundangan bukan berasaskan spekulasi

KOTA KINABALU: Keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) mengklasifikasikan aduan ahli perniagaan, Albert Tei, terhadap bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) membuktikan proses perundangan negara bukan berasaskan persepsi atau spekulasi. Bekas Presiden Persatuan Ahli-Ahli Kehormat Ikatan Relawan Malaysia (RELA) Negeri Sabah, Datuk Jerry Ambuting Mohd […]
Penunggang motosikal maut bertembung kereta di Kota Marudu

KOTA MARUDU: Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Kampung Sumbilingon, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa, Ronaldo Ignasius, 27, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian perut dan beberapa anggota badan lain. Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Simiun […]